WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
assalamualaikum..

4.20 petang.. waktu bekerja sepatutnya tapi hari ini bosku tiada..emergency leave..hehe
aku selaku anak buah yang sangat bertanggungjawab telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berdedikasi..cewah..hehe...

Setelah hampir sebulan aku menjejak kaki di utm ni.. aku telah hampir menyesuaikan diri dengan baik sekali dengan kawan-kawan di sini.. Life aku biasa-biasa saje tapi bagi aku hidup ini tidak seronok kalau tiada cabaran dalam hidup..hehe..tension-tension seronok tapi kadang-kadang menyampah juga..hahaha..

Persekitaran di sini life macam student...hehe.. ye la..Universiti tu beb..
Dari dulu aku nak kerja di universiti..sesungguhnya aku sepatutnya kenal erti bersyukur... Aku pun tidak sangka secepat ini perjalanan hidup aku.. dari satu perubahan ke satu perubahan dalam hidup ini betul-betul mendewasakan aku...

Kawan-kawan di sini semuanya sudah kahwin padahal umur semua awal 20-an..gler ah..
hehe..dah sampai seru kot..muda-muda dah ada anak.. Aku hapy disini.. tiap-tiap minggu aku balik kluang.. padahal bukan ada benda yang menarik dikluang itu.. naik muak aku pandang..hohoho..marah orang kluang..huhu

hmm..dia..malas nak cerita..hehe..cite pasal orang lain boleh x??
sampai mak aku naik marah.. ala kawan-kawan je.. manusia semuanya bukan boleh percaya..
enjoy my life!!! hari muda lagi..hoho
aku enjoy-enjoy juga masa depan aku tidak pernah lupa...
satu target aku hampir mendekati..
dua lagi target aku memburu..
huhu...
tajuk di atas mengambarkan perasaan aku hari ini..hehe..
entah la mungkin tentang hari semalam..mungkin..
arghh..
hidup ini sememangnya banyak pilihan..
sememangnya banyak pilihan di hadapan kita bukan..
begitu juga dengan aku..
x perlu risau la tentang masa depan..
kita yang merancang, semuanya atas ketentuanNYA..
Kadang-kadang..maybe selalu juga aku terpikir yang aku ingin sangat memutuskan terus berhubung dengan dia. Entah la.. selalu sangat..tapi entah la..hmmm..payahnya semua ini..
Biarlah apa yang berlaku di sekeliling.. Aku dengan hidup aku.. Aku ingin hidup untuk diri aku sendiri.. Aku ingin bergantung pada diri aku sendiri.. Aku percaya pada rezeki.. Aku percaya pada ajal dan maut.. Dan kenapa tidak aku percaya tentang itu.. Aku percaya pada ketentuanNYA.. Aku sangat percaya.. Masa yang akan menentukan semua itu... Aku akan terus menanti saat dan ketika itu..

Aku belum berkesempatan untuk bercerita tentang UTM.. nanti la dulu..hehe...
aku tidak tahu apa-apa melainkan aku mau menangis saja.
aku tidak mahu menjadi pempuan lemah, pempuan yang kuat menangis..
aku tidak mahu jadi seperti itu..
tapi yang aku tahu aku mau menangis..

balik ni, aku mau menangis puas-puas..
biar aku puas
esok lusa aku tidak mau menangis lagi..
aku nak cerita apa yang aku rasa pada seseorang..
tapi aku tidak tahu siapa..
tiada siapa..tiada..tiada..

air mata sudikah kau temani aku??
sudi kah kau??

Benar kah aku perlu buat keputusan sekarang atau setia menanti masa..
Ya Allah beri la daku sedikit petunjukmu...
Aku berserah dan pasrah padaMU..Ya Tuhanku...
makbulkan la doaku..amin...
Entah la apa yang seharus dan selayaknya aku rasa tentang pengakuan dia malam tadi. Kenapa hidup ini selalu bersimpang siur tidak lurus..tidak seperti yang aku sangka. Kenapa perlu ada hati yang terguris, kenapa perlu ada hati yang memendam rasa, kenapa perlu ada hati yang bakal kecewa. Siapa dia untuk dia kenal aku. Seharusnya aku tidak perlu tahu tentang perkara silam itu tapi untuk apa dia membuat pengakuan sebegitu berani. Pengakuan dan perkara itu telah lama berlaku aku tidak perlu rasa apa-apa. Patut kah aku bersedih? tapi untuk apa? dah lama...aku pun tidak ada kena mengena dengan hidup dia pada masa dan ketika itu. Hubungan ini diteruskan dengan tiada apa-apa antara aku dan dia. dia adalah dia dan aku adalah aku.
semoga dia berjaya dalam sp dia..Dia akan mencari dan terus mencari. dia manusia yang tidak pernah kenal erti serit walaupun pernah kecewa tahap babun..hahahaha....

Apa yang unik tentang dia...nothing special..hahaha..haah ek? apa yang menarik tentang dia ni..x kan keta dia kot..haha..ada sikit kot share saham..haha..

Dia nak tanya aku tapi tak tanya pun..Lupa kot. Makin hari umur makin meningkat..hehe..
Sejak dua menjak ni, sungguh jarang benar aku update blog aku yang makin usang dan uzur ini..hehehe.. Kemalasan membelenggu diriku ini..hahaha
10hb mac yang lepas aku telah selamat melapor diri di Universiti Teknologi Malaysia khususnya di Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan. Dan sehari selepas itu aku telah mendapat khabar yang sungguh mendukacita dari kampung halamanku. Lewat petang 11hb mac aku telah diberitahu tentang pemergian nenekku yang tercinta. Malam itu juga aku telah bertolak untuk pulang ke kampung.. x jauh pun..dari skudai ke kluang je..dalam sejam setengah..

Aku ambil cuti dua hari iaitu pada hari khamis dan jummat. Kemudian jummat petang aku kembali semula ke UTM untuk menghadiri Bengkel Fail Meja pada hari sabtu dan ahadnya. Life aku kat sini. Untuk selama dua minggu ni, aku happy and senang.. Perkenalan aku dengan bos aku pun..baik... ada cerita di sebalik cerita sebenarnya.. Nanti la aku cerita. Dalam entry lain..


DIA??? hahaha..sebenarnya kan, aku rase la..aku dan dia main tarik tali..is ok..


14 mac 09- 2.23 am

dia : salam. awk dh tido ke? sy trjaga ni.

i : haah.hehe..(mamai...)

dia : la x tido lg?

i : tido2. yom tido. kte msg esok la ek.

dia : k awk tido ar dulu

i : Nape awk x nk tido?

dia : dh trtido td, ni trjaga plak.

i : ok la. sy nk tido. awk jaga la.hehe..

dia : hehe ok.


14 mac 09- 7.19am

i : Salam.pagi. awk mimpi pe smlm smpai terjaga ni?hehe

dia : wslm..Mrning.Dh sarapan ke awk? Ape plan awk ari ni?

i : Plan pe wak. sy ada bengkel ni.otw nk g ni. awk mimpi pe smlm? mcm mane

boleh terjaga?cite la..hehe

dia : sabtu pun keje ke wak?

i : bengkel.wajib. klu x memang malas nk g.awk ni..cite la..
dia : ow..Hm..Secret.hehe..



Ni office baru aku..


Jam menunjukan pukul 3.23pm..
10 mac 2009 iaitu pada hari ini aku telah selamat melaporkan diri dengan jayanya dan selamat.
alhamdulillah..
Aku dah ada meja.. meja nya lagi luas dari kt putrajaya dulu..hehehe
x tau nak letak pe..
keje sini ok..persekitaraan ok..tapi mati la aku kalau nak pergi mana-mana naik teksi..
nekad la, berani atau x dalam masa terdekat aku nak ada transport sendiri.
NEKAD!!!
dia??
dia terus terang benda yang lain...
bukan benda yang aku harapkan..hohoho..
arghh...whatever la...
kalau ada..ada la...kalau x de..sudah...huhuhu
life aku...aku kena lebih rajin dan kena lebih kerja keras..
ok2..no hal...aku kena maintain kesihatan...
doa dan pengharapan padaNYA..