WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
14hb Jun 2009. Jam menunjukkan 11.12pagi.. Aku berada di Bengkel Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja di Port Dickson.. Baru lepas present..hehe.. tentang jawatan yang aku pegang di UTM khususnya di Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan... Bengkel yang bermula pada jumaat lepas dan akan berakhir pada tengahari ini.. Dan aku akan bergerak balik ke Skudai menghampiri jam 2petang nanti..

Fail Meja ( Pengurusan Modal Insan )

Nama itu bukan saya..hehehe

Macam-macam En Azham nak tegur..hehe...
Ya ALLAH..

Bercampur baur perasaan hari ini..takut! Seram sejuk! Gementar! Mengigil!
Pertama kali bawa kereta ke pejabat dengan perasaan bercampur baur.. Susah untuk aku gambarkan perasaan itu.. Ye la aku naik bosan asyk tumpang orang. Berani tidak berani aku kuatkan semangat..

Semalam aku balik johor dengan ery..Dia pun kurang confident aku bawa. Sampai tol ayer itam dia yang bawa myviku dengan selamat.. Semalam memang jem giler. Aku ingat dapat sampai awal. Nasib baik ada dia. Mak aku yang suruh balik saing dia. Aku tak pernah bawa kereta masa hujan. Aku juga tak pernah bawa kereta waktu malam. Aku tahu ery risau aku. Tiada siapa pun kawan aku yang sudi tolong semalam. Aku dah contact tapi hmmm.. Ery mintak tolong kawan dia.. Satu taman kat kluang tapi kerja di TNB Kulai.. Sebelum kawan dia sampai JB, ery tunjuk jalan ke rumah dia, tunjuk sekali rumah dia di Kempas. Kemudian balik semula ke Skudai tunggu sehingga kawan dia sampai.... Ery hantar aku sampai rumah.. sampai aku selamat... Aku tak sangka plak kawan dia perasan calar di myviku.. Dengan senyum-senyum ala-ala gedik-gedik manja...hehe. Aku cakap la langgar tiang kat garaj rumah..hehe.. Thanz ye untuk kawan ery.. Aku tahu dia tidak akan sesekali baca blog aku ini.. Cuma aku menghargai pertolongan ery dan kawan dia.. Kemudian kawan dia hantar ery sampai rumah plak.. Aku rasa aku selalu menyusahkan orang.. ke nasib selalu menyebelahi aku...

Untuk ery..Terima Kasih banyak-banyak.... Aku ingat nak balas jasa dia sebab dulu dia selalu tumpang aku balik kerja.. bawa aku keluar jalan-jalan... teman aku pergi survey kereta.. hantar abang aku kahwin... Tak sangka plak kali ini aku menyusahkan dia lagi.. Belum sampai masanya kot aku balas jayanya...mungkin kot..Maybe satu masa nanti.. Thnz ye ery...