WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
TAKAFUL KELUARGA

Pengenalan


Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.

 Apakah takaful keluarga?


Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa. Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000 setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000 setahun.


Konsep takaful dan takaful keluarga



Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.
 Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.



Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.


Jenis perlindungan


Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut:


• Keluarga biasa


-Takaful keluarga individu (perseorangan) – Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.
 -Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) – Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


• Anuiti
Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara.


• Berkaitan pelaburan

Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.
 Takaful keluarga 'rider' merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. 'Rider' memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan.


Manfaat di bawah takaful keluarga


Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:


Daripada AP anda


Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.
 Daripada AKP anda


Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.
 Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat- manfaat berikut:


Daripada AP anda


Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.


Daripada AKP anda


Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.

 


Terma dan syarat utama


Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.


Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:


Caruman – Ini ialah ansuran caruman takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan ataupun tahunan.



Tempoh tangguh – Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.



Tempoh matang – Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluan anda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.


Ciri-ciri penting takaful keluarga


Sebahagian daripada ciri-ciri penting takaful keluarga ialah:


• Terbuka kepada semua individu berumur antara 18 hingga 55 tahun.


• Anda mempunyai pilihan tempoh matang.


• Tidak ada pelucuthakan jika berlaku pembatalan


• Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada caruman.


• Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.


• Menyediakan simpanan dan pelaburan jangka panjang.


Pengecualian


Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:


Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasa anda siuman atau tidak.


• Jika anda melanggar undang-undang.


• Jika anda memprovokasi serangan.


• Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.


• Jika anda menghidap AIDS atau HIV.


• Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.
Beritahu penama (wasi) anda
Beritahu penama anda tentang takaful keluarga yang anda sertai, sebarang perubahan yang telah dibuat dan tempat di mana anda menyimpan dokumen-dokumen tersebut.
Simpan dokumen-dokumen tersebut di tempat yang selamat. Letakkan maklumat-maklumat asas seperti nama pengendali takaful, jenis pelan, nombor sijil dan nama-nama penama di tempat yang berasingan.
Pastikan anda memaklumkan alamat penama anda dan pertukaran, jika ada, kepada pengendali takaful anda.


Bagaimanakah saya membuat tuntutan?
Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil anda. Semasa membuat tuntutan:
Maklumkan kepada pengendali takaful anda dengan segera. Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful keluarga.


Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:
• Salinan sijil kematian yang disahkan;


• Salinan kad pengenalan simati;


• Sijil takaful asal;


• Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan


• Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.


Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia


• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takaful atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan.


• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.


• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada FMB, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. FMB mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga.

• FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.
• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah.
• Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-
o RM200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaran
o RM100,000 bagi pelan takaful yang lain
o RM5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga
• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan itu kepada BNM.
Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di dalam buku kecil bertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.


 
VS

Takaful perubatan dan kesihatan





Pengenalan
 Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda dalam memahami takaful perubatan dan kesihatan. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.



Apakah takaful perubatan dan kesihatan?


Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.
 Konsep takaful dalam takaful perubatan dan kesihatan


Apabila anda menyertai takaful perubatan dan kesihatan, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti dimasukkan ke hospital atau didiagnosis menghidap penyakit tertentu.



Jenis perlindungan



Perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan adalah seperti berikut:
• Fi profesional dan perkhidmatan hospital – Pelan ini memberi perlindungan kepada anda terhadap perbelanjaan perkhidmatan hospital dan fi profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum dan/ atau bilangan hari.
• Manfaat penghospitalan – Di bawah pelan ini, anda akan diberi elaun harian bagi setiap hari anda berada di hospital disebabkan oleh penyakit dan/ atau kecederaan, tertakluk kepada bilangan hari maksimum.
• Penyakit kritikal – Pelan ini memberi manfaat sekali pembayaran sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam sijil.


Pengendali takaful boleh menawarkan pelan-pelan takaful tersebut secara individu atau gabungan. Anda perlu berhati-hati apabila memilih pelan yang memenuhi kehendak anda dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat, manfaat-manfaat, had-had, dan pengecualian sesuatu pelan takaful.

 
Bagaimanakah saya menyertai takaful perubatan dan kesihatan



Anda boleh menyertai takaful perubatan dan kesihatan melalui:



• Pelan individu - Anda menyertai pelan takaful secara individu; atau
• Pelan kumpulan - Pelan di mana majikan anda mencarum kepada dana takaful atau setiap pekerja mencarum kepada dana takaful. Jika pelan kumpulan itu disertai menerusi keahlian atau skim kad, anda perlu mendapatkan butir-butir lanjut mengenai terma


pengurusan di antara pengurus skim dengan pengendali takaful. Sila pastikan perlindungan di bawah skim tersebut ditawarkan oleh pengendali takaful yang berdaftar.


Kos pelan takaful individu secara amnya lebih tinggi daripada pelan takaful kumpulan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyesuaikan pelan takaful perubatan dan kesihatan untuk memenuhi keperluan anda berdasarkan kemampuan kewangan anda.


Manfaat yang dilindungi di bawah pelan takaful perubatan dan kesihatan



Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis pelan yang anda sertai. Anda perlu merujuk kepada sijil mengenai maklumat lanjut manfaat yang diberi seperti perkara yang dilindungi dan tidak dilindungi serta bila dan bagaimana manfaat akan dibayar.



Antara perlindungan yang dirangkumi di bawah pelan takaful perubatan dan kesihatan ialah:


• Penghospitalan

• Unit rawatan rapi

• Rawatan pesakit luar

• Lawatan pemeriksaan oleh doktor

• Pembedahan

• Bius

• Perkhidmatan ambulans

• Manfaat kematian

• Lawatan sebelum masuk hospital


Perlindungan di bawah pelan penyakit kritikal merangkumi 36 jenis penyakit kritikal lazim seperti di bawah:


• Serangan sakit jantung

• Pembedahan pintasan arteri konorari

• Kegagalan buah pinggang

• Pemindahan organ utama

• Sklerosis berganda

• Buta

• Pekak

• Hilang suara

• Kelecuran api yang teruk

• Penyakit terminal

• Jangkitan HIV daripada pemindahan darah

• Jangkitan HIV yang diperolehi melalui pekerjaan

• Anemia aplastik

• Tumor otak benigna

• Strok

• Barah

• Hepatitis fulminan

• Kelumpuhan

• Hipertensi arteri pulmonari utama

• Pembedahan injap jantung

• Pembedahan aorta

• Penyakit Alzheimer

• Koma

• Penyakit neuron motor

• Penyakit Parkinson

• Kecederaan teruk kepala akibat kemalangan yang menyebabkan trauma

• Distrofi otot

• Kuman ensefalitis
• Penyakit hati kronik
• Meningitis bakterial akut
• Sindrom apalik

• Pembedahan otak

• Poliomelitis

• Penyakit-penyakit koronari lain yang serius
• AIDS peringkat lewat
• Penyakit paru-paru kronik


Senarai ini mungkin berbeza antara pengendali takaful. Manfaat penyakit kritikal hanya akan dibayar sekiranya anda masih hidup sekurang-kurangnya 30 hari selepas didiagnosis menghidap penyakit kritikal.


Terma dan syarat utama


Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful perubatan dan kesihatan. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalamnya akan diguna pakai semasa membuat tuntutan.



Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:
 • Keadaan sedia ada – Penyakit yang sedia ada sebelum tarikh pelan berkuat kuasa, yang mana anda sedang menerima rawatan atau telah menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tersebut. Jika anda telah berjumpa doktor bagi sebarang kesakitan atau ketidakselesaan, ia akan dianggap sebagai tanda-tanda hilang upaya.
• Rawatan luar negeri – Anda boleh mendapat perlindungan terhadap rawatan yang diterima di luar negeri, tertakluk kepada pengecualian, had dan syarat yang dinyatakan di dalam sijil takaful.

• Salah nyata umur – Umur anda merupakan faktor utama di dalam takaful perubatan dan kesihatan. Jika anda tersilap menyatakan umur anda dan mengakibatkan caruman yang lebih rendah, sebarang tuntutan di bawah sijil tersebut akan dipro rata, bergantung kepada caruman yang dibayar dengan caruman yang sepatutnya dibayar.
• Tempoh layak – Kelayakan terhadap manfaat di bawah pelan takaful hanya akan bermula selepas 30 hari dari tarikh sijil berkuat kuasa.


Pengecualian


Takaful perubatan dan kesihatan pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:


• Penyakit sedia ada semasa memohon menyertai takaful.
• Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.
• Kehamilan atau kelahiran.
• Penyakit venereal, jangkitan atau parasit.

• Pembunuhan atau serangan fizikal.
• Pembedahan plastik atau kosmetik.


Bagaimanakah saya membuat tuntutan?


Sebelum anda menerima sebarang rawatan, hubungi pengendali takaful anda untuk memastikan sama ada perlindungan anda merangkumi rawatan yang akan anda terima.
 Jika perbelanjaan anda termasuk di bawah perlindungan sijil perubatan dan kesihatan, anda dinasihatkan untuk membuat perkara-perkara berikut:


• Memberi notis bertulis kepada pengendali takaful dengan segera.

• Menyediakan dokumen-dokumen berikut:

o Semua bil dan resit asal.

o Laporan lengkap doktor mengenai diagnosis penyakit yang dirawat.

o Pendapat doktor mengenai tarikh penyakit mula dihidapi.

o Keterangan ringkas mengenai kos rawatan termasuk perubatan dan perkhidmatan yang diterima.
 Penting bagi anda mematuhi nasihat perubatan kerana pengendali takaful tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda memerlukan rawatan atau perkhidmatan akibat kegagalan anda mematuhi nasihat tersebut.
 Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia


Æ’ Sekiranya anda mempunyai aduan mengenai produk atau perkhidmatan pengendali takaful anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan.


Æ’ Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) atau Bank Negara Malaysia (BNM), yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul bagi mengendalikan aduan anda.
 Æ’ Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada BPK, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. BPK mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga.


Æ’ BPK adalah sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.
 Æ’ Walau bagaimanapun, BPK tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah.



Æ’ Selain itu, aduan yang dirujuk kepada BPK adalah terhad kepada:-



o RM 200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaran

o RM 100,000 bagi pelan takaful yang lain

o RM 5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga

 
Æ’ Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa BPK, anda boleh mengemukakan aduan itu kepada BNM.



Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di bawah topik


Maklumat Am bertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.


*Pening-pening, x tau mane satu nak pilih.. Tengah survey2...


1-Ketahui apa yang disukai isteri, penuhilah apa yang diinginkannya dan hindari apa yang dibenci isteri.

2-Suami yang ingin mengatasi masalah keluarganya dan ingin menjalani hidup dengan tenteram, maka jangan sesekali meremehkan isteri. Sebaliknya, muliakanlah dia. Pujilah selalu di hadapan saudaranya atau saudaramu baik ketika mereka berada di hadapan mahupun tidak.

 
3-Ungkapkanlah kata-kata manis yang biasa disukai oleh setiap wanita seperti “semoga Allah selalu menjadikanmu kelihatan awet muda “ dan “janganlah kau tinggalkan aku” pada telinga isteri. Variasikanlah dalam mengucapkan ungkapan itu dengan penuh kejujuran.

 
4-Dengar dengan penuh perhatian ketika isteri bercakap terutama ketika dia meminta pendapat atau bantuan untuk menyelesaikan masalah.

5-Mencantikkan isteri dengan memberikan perhiasan yang bagus.



Aku nak share sesuatu kat korang.. Sumber ini daripada buku 20 tips agar dicintai suami



BERHIAS DAN BERDANDAN UNTUK MEMIKAT SUAMI


Kita tidak boleh lupa bahawa perhatian seorang wanita terhadap kewanitaan dan kecantikannya secara wajar merupakan sesuatu yang sangat perlu untuk diingat dan diterima sebagai kenyataan, dengan keyakinan bahawa lipstik paling indah yang menghiasi bibirnya adalah senyumanya yang manis, celak paling indah yang menghiasi sepasang matanya adalah pandangannya yang sayu dan lembut, pakaian paling cantik yang dia kenakan adalah kelembutan dan femininnya, serta minyak wangi paling harum yang dua pakai adalah kebersihannya.



MEMAKAI PAKAIAN INDAH

 
Oleh itu, seorang isteri harus memberikan hak kepada sepasang mata suaminya untuk melihat yang indah-indah sahaja, memberikan hak kepada sepasang telinganya untuk mendengar yang baik-baik sahaja serta memberikan hak kepada hidung dan citarasanya untuk mencium dan merasakan yang baik-baik sahaja. Isteri harus sentiasa memakai pakaian yang indah dan cantik yang menawan suaminya.

 
Dengan demikian dia dapat memiliki perasaan dan hati suaminya. Akan tetapi, bukan bererti bahawa perhatian terhadap masalah-masalah tersebut membuatnya mengabaikan urusan-urusan rumah tangga yang mencakupi mengasuh anak-anak, memasak, membasuh, membersihkan dan mengatur perabot-perabot rumah. Hal-hal seperti itu semuanya masuk dalam dalam tanggungjawab pemeliharaan serta tanggungjawab selaku pemimpin yang memang harus bertangungjawab terhadap kerja-kerja di dalam rumah.




MEMAKAI WANGI-WANGIAN

 
Isteri yang bijaksana tentu tidak melupakan memakai wangi-wangian di hadapan suami kerana ianya merupakan daya tarik tersendiri bagi suami yang inginkan isterinya kelihatan cantik dan wangi. Sebab badan yang berbau busuk akan sangat dibenci suaminya, apalagi suami yang baru pulang dari pejabat dimana dia melihat dan menyaksikan ramai wanita yang berdandan dengan dandanan memikat dan harum semerbak yang amat mempersonakan.




Tentu sekali ia sangat menginginkan isterinya seperti wanita-wanita yang baru saja dilihatnya. Oleh itu isteri mestilah memahami karakter suami agar suami semakin sayang dan mesra kepadanya.
Sangat-sangat bersyukur  misi dan azam tahun 2011 hampir separuh tercapai.. Padahal baru masuk bulan 4 untuk tahun 2011. alhamdulillah.. dan aku masih lagi mengejar misi-misi seterusnya.. Bercita-cita ingin bersama-sama bonda tercinta mengerjakan umrah.. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan perjalanan hidup hambamu ini..
Baru tergerak hati untuk publish gambar-gambar outdoor mase kahwin hari tu, walaupun sekarang tengah sibuk-sibuk UTMost...hehe.. relax jap ye..nak cuci mata...

Nampak clasik..thanz Hani n zul.


Baru lepas tukar baju.. tema merah dan hitam

Bersama bendara johor..hehe

Sangat suka gambar ni, cantik sangat
Ni di tasik kluang

Ni pun juga nampak klasik...lain dari yang lain

Cuaca pada hari tu ok sangat..alhamdulillah..


sweet...

En Suami teringin menyaksikan Formula 1 yang akan berlansung pada bulan depan.. So, apalagi... dia pun telah menempah seat untuk 2 orang... Aku ikut je, bile sudah ada orang sponsor.hehe..

Untuk sesiapa berminat , sila lawat website ini : http://sepangcircuit.com/eticket/f1

Ticket untuk 3 hari berturut-turut : 8,9,10 April 20111

Selamat Bertunang!!

Tahniah kepada jaimah dan fendi, selamat menjalani alam pertunangan dengan penuh kesabaran.

Aku memang tak dapat pegi pertunangan jaimah sbb dibuat di kelantan dan sabtu lepas aku menghantar bonda tercinta jemputan kahwin di segamat. Pertunangan jaimah dibuat pada hari JUMAAT kerna di kelantan, jumaat cuti.. Disebabkan aku tak dapat datang aku sponsor 1 hantaran yang x seberapa..Harap sangat dia suka.


Coklat berbentuk love dan rose..Pilihan zaimah

Color merah dan oren.Pilihan Zaimah juga.

Selamat Bertunang..
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"




GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun, semalam. - Foto AP



PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP


MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP


WANITA ini menangis kegembiraan selepas mengetahui ibunya terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami di utara Jepun, semalam. - Foto REUTERS


GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo


BEGINILAH keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP


DUA lelaki lari menyelamatkan diri dalam kejadian tsunami berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda Sendai, Jepun, baru-baru ini. - Foto AP


KERJASAMA...Penduduk tempatan dan kakitangan perbandaran bersama-sama membawa keluar barangan bantuan dan keperluan dari helikopter untuk diagihkan kepada yang memerlukan di Onagawa, Miyagi, hari ini. - Foto AFP

  

KEADAAN loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS


DUTA Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie sebak pada sidang media di pejabatnya, semalam.

RUMAH yang dihanyutkan tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini. - Foto Reuters

NEGATIF RADIASI... Kakitangan perubatan memeriksa tahap pendedahan radiasi pada warga tempatan yang tiba di pusat perlindungan awam bandar Hitachi, Ibaraki, hari ini selepas dibawa keluar dari lingkungan 20km dari loji nuklear Daiichi Fukushima. - Foto REUTERS/Asahi Shimbun

 

Gambar dari Berita Harian

TIPS KE 11

Antara tips yang aku nak share…

 

MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PERIBADI SUAMI

Seorang isteri muslimah, terutama yang baru bernikah atau mulai merasakan benih-benih keretakan yang pada akhirnya akan menimbulkan perceraian, ada baiknya mengamalkan pesan dan cara-cara tarbiyah keluarga diatas sebagai pedoman dengan tetap tidak lupa untuk selalu memohon pertolongan kepada Allah. Cara lain adalah dengan menyesuaikan peribadinya dan peribadi suaminya berikut keadaan kejiwaan dan sosialnya untuk memperolehi keselarasan, juga menggunakan cara-cara baru yang berkesan, terutama yang seringkali terbukti Berjaya bagi pergaulan suami isteri.
Secara umum, seorang wanita ideal ialah yang tidak melupakan kudratnya sebagai wanita yang bersifat lemah lembut, memperhatikan hal-hal yang prinsip dengan menjadikan suami sebagai perhatian utama, memiliki tuntutan yang realistik, tidak menciptakan kesusahan bahkan sebaliknya menjadi sumber cinta kasih dan ketenangan, tetap menjaga kemurnian dirinya seperti ketika pertama kali suami melihatnya dan selalu berhias dengan kelemah lembutan, ucapan kata yang sesuai, perbuatan yang wajar dan reaksin yang penuh kecerdasan, selalu berusaha mendapatkan maklumat-maklumat baru dengan mempelajari hal-hal yang actual dan yang berguna, mahu mendengar dan menbaca kisah pengalaman orang lain, memiliki mental sempurna, memiliki keperibadian yang matang, memperlakukan orang lain dengan baik, mengetahui bahawa baginya kebersihan itu lebih kekal daripada kecantikan dalam batas-batas yang seimbang, tidak terlalu berlebihan dalam berhias dan dalam mengikuti fesyen, tulus kepada suaminya sekalipun misalnya dia tidak mencintainya sehingga dia tidak mahu mengkhianatinya dan tetap menghormati kesetiaan pada perjanjian agung yang telah terjalin antara mereka berdua, tidak menganggap harta sebagai bukti atas cinta sehingga ketika suami memberinya wang banyak dia mengira bahawa dia sangat mencintainya dan ketika suami hanya memberinya wang sedikit atau bahkan tidak sanggup memberinya sama sekali, dia merasa yakin bahawa dia sudah tidak mencintainya, tidak berlebihan dalam urusan makan dan minum melainkan sederhana dalam segala urusan, tidak bersikap berlebihan dan tidak pula kurang, berlaku wajar terhadap segala hal sehingga tidak sukar memutar balikkan kebaikan menjadi keburukan, tidak bersikap berprasangka dan berfikiran buruk, menghindari perselisihan dan tidak suka mendorong suaminya berbuat zalim, tidak suka mendedahkan rahsia, setia menemani suaminya dalam kepahitan dan kemanisan hidup, rela menerima apa yang telah dibahagikan oleh Allah kepadanya, serta mahu mensyukuri nikmat Allah dan bukan mengingkarinya.

Wanita seperti itu akan dengan mudah memahami kunci-kunci hati suaminya dan menjalani kehidupan yang tenang dan menyenangkan dalam kerajaan rumah tangga, kerajaan imam, cinta, kasih saying dan kebaikan.