WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Andaian itu takdir tuhan aku terima dengan hati terbuka. redha dan pasrah atas ketentuannya. Siapa aku di muka bumi ini untuk mempertikaikannya. Biar ia berlalu dan terus aku lupa. Anggap ia tidak pernah berlaku dalam cacatan diari hidup aku. Usah ditangisan semu itu..

Hmmm.. Apa nak cite ek??Hehehe...Dah lama aku tak update blog aku ni, Life aku kat sini macam biasa je. Tapi bagi aku kalau hidup ini ada persaingan, kehidupan kita akan lebih berjaya... Dari banyak pemerhatian dan kajian aku tentang manusia ini, aku percaya tentang itu. Tapi perlu di ingatkan kembali persaingan dari sudut positif dan sihat tanpa ada unsur-unsur yang melanggar perintah dan suruhan ALLAH SWT.

Dia!! Dah sebulan menyertai sp. Semoga dia dapat tauliah dengan jayanya. X kesah la apa kesudahan semua ini. Bagi aku pengucapan dan doaku seikhlas hatiku yang luhur tanpa ada pengharapan yang perlu dibalas. "Keajaiban sebuah keikhlasaan". Hanya Allah yang tahu doaku yang tersurat dalam tersirat.


Jabatan Perdana Menteri Putrajaya

Masjid Putrajaya tersergam indah



Biar ia menjadi rahsia sehingga ketentuaan dan takdir tuhan menjadi milik kita...amin..............

Geram sungguh dengan hari ini.. dah la dekat blok aku tak de air..plak tu ada excident masa on the way pergi kerja...udah lambat bangat...huahuahuahua....


Seusia 22 tahun ini banyak tanggungjawab yang aku fikirkan dan bakal aku galas sebagai anak.. Ada apa pada usia, usia cuma angka yang bakal bertambah dari sehari ke sehari.. Aku tak pernah terpikir 22 adalah terlalu muda atau pertengahan dewasa atau lewat remaja..
Remaja!!! Seronok sungguh zaman itu..tak mungkin dapat diulang balik.. Memang aku juga belum puas untuk menjadi remaja..enjoy!enjoy! belum terfikir komitmen besar yang bakal dipikul...

Dan keputusan aku setahun yang lalu adalah muktamad.ya muktamad. Biar apa pun terjadi di depan aku bakal aku tempuh dengan hati terbuka. tidak akan aku toleh kebelakang lagi. Aku adalah aku dan tidak akan sama dengn sesiapa. Sabar. Terlalu banyak aku bersabar. Seharusnya aku sepatutnya bersyukur dengan pemberianNYA serta hidayahNYA. aku masih lagi bernafas dimuka bumi ini..

Hidup ini merupakan satu penggembaraan manusia hingga nafas terakhir dihembus. Jangan mudah putus asa bila satu kehidupan dalam perjalanaan sebagai manusia gagal. tidak kesah lah sebagai anak, kekasih, kawan, suami, isteri, ibu atau bapa. pasti ia boleh dibetulkan atau diperbaiki kesilapan lalu. Jangan terlalu meratapi ketewasaan ini. Jangan terlalu melihat kesempurnaan kalau diri hampir tidak sempurna. Belajar bangun semula walaupun terlalu banyak kau jatuh dan tersungkur. Walau ia mengambil masa yang panjang. Bahagia pasti milik kau juga.

Pada satu ketika itu, selepas solat malamku. aku ke kamar untuk merehatkan diri. Terimbau kembali kenangan lalu. Hmmm...Memaafkan. Siapalah aku untuk menghukum manusia. Kesilapan demi kesilapan itulah manusia. Tapi untuk melupakan. Mati hidup semula tidak mungkin aku lupa setiap detik itu... satu persatu kenangan itu kembali.. Mataku makin berat..aku ingat kenangan itu adalah mimpi.tapi ia merupakan kenyataan hidup..mataku makin berat...dan terus lena...senyap..

Ya allah!!! aku mimpi..ya aku mimpi...sesedar aku di atas katil..seingat aku selepas solat ku hampir melewati jam 2 pagi aku telah melelapkan mata. dan kini 5.45 pagi. kedengaran azan subuh. apa yang aku telah mimpi..bayangan itu..ya bayangan itu..tapi siapa dan apa??aku kian buntu..buntu. aku masih lagi berada di atas kamarku. aku kembali memejam mata untuk mengingati tentang mimpi tu..tidak boleh..aarrghh!!!..apa harus aku lakukan????
Sampai sekarang aku masih lagi mengingati mimpi itu...
aku pasti akan ada jawapan pada mimpi tu..
ya...mimpi itu adalah petunjuk bagi diri aku, aku percaya...
bayangan itu akan sentiasa dalam sanubariku..
menanti dan terus menanti...
setahun yang telah berlalu...
dua tahun yang bakal aku tempuh...
tiga tahun penanti bakal ada penunjuk...
empat tahun doaku sentiasa...

mimpi itu adalah petunjuk bagi aku kerna dalam solat malam itu cuma satu saja doaku....tidak akan aku lupa sepanjang hayat.. aku akan menemui jawapan pada segala persoalan mindaku itu...
Bila di ingat-ingat balik azam aku tahun 2008..aku pun tak berapa pasti tentang azam tu..hehe..aku lupa atau aku x de azam pada masa tu..hmm..mungkin tahun itu aku tengah sedih..huahua...sudah la jangan di ingat balik perkara lepas..Yang pasti tahun ini aku ada azam..aku tidak kesah la azam aku ini tercapai atau tidak tapi semestinya kita yang mencipta azam mesti hendak azam ini tercapai..bagi aku biar ada cita-cita dari ada angan-angan yang kosong.Sebenarnya aku tidak berapa gemar untuk berkongsi azam-azam baru aku kepada sesiapa atau sesiapa membaca azam aku nie...hehehe.. aku tulis di sini adalah untuk mengingati diri aku sendiri yang sering alpa dan juga untuk memotivasikan diri aku sendiri..

Pertama sekali. aku ingin mendapat pekerjaan yang membuatkan diri aku sentiasa berpengetahuan am yang luas...
Kedua.Aku ingin memiliki harta yang satu itu..idamanku...insyaallah akhir tahun ini kalau tiada arah melintang dan kalau rezeki itu sememangnya milik aku...amin..aku sentiasa berdoa ke arah itu..
Ketiga.Karya.pengarangan dan kehidupan adalah minat aku..manuskrip!!!manuskrip!!!
Keempat. Untuk mamaku yang tercinta..sememangnya itu ada anganku yang satu...
Kelima.Dia.perasaan.kasih sayang.cinta.noktah.hidayahNYA.

*kalau ada-ada lah.kalau x de nak buat mcm mane..itu semua kerja-NYA..-filem laila islabela..