WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
30hb Oktober 2009, jam 8.15pagi bersiap-siap bergerak ke blok C08, prepared untuk student mengambil peperiksaan, dulu aku yang kelam kabut bersiap untuk menduduki peperiksaan semasa di universiti sekarang aku plak yang bersiap-siap untuk mereka mengambil peperiksaan.. Lain benar situasi itu.... Dah dapat rasa kedua-duanya sekali..ok la tu..




Dewan Peperiksaan...



Good Luck untuk pelajar-pelajar UTM...
 


Pemberian ikhlas dari sarawak...


Terima kasih untuk dia... Hanya dia yang tahu siapa dia...Yang sering mengikuti perkembangan blog usang aku ini..




Dari sarawak...

*Esok nak pergi date..seronoknya...Jom balik kluang...Tapi gaji xde...ada orang nak belanja..hoho..










Di bahagian dalam.. Tema Hello Kitty..




Stering.. Kecik dan Smart





Tempat Duduk..Pink dan Putih..





Cermin..Gerek syei....




pintu kereta...


KESELURUHANNYA!!!!!!!!!!!

TARA!!!!!!!!!!!!!!





JURUGAMBAR...AKU..
Pemberian pertama…



Entah la dengan tiba-tiba aku ingin memberi sesuatu yang sangat cute untuk dia.. Bear Kecik.. Dia tahu aku suka pink.. Aku nak beli 2 bear  ini.. Mula-mula aku nak beli 2 bear pink tapi x kan nak bagi dia pink plak kan...jadi aku beli la satu pink dan satu coklat..1 akan aku letakkan di kereta aku dan 1 lagi aku ingin letak di kereta dia.. Sebenarnya tidak ada apa-apa makna pun sekadar ingatan tulus ikhlas.. Beli di kedai university UTM..hehe.. Kat luar mana nak dapat wei… Dalam UTM je ada..hehe


Aku tahu jodoh itu ditangan tuhan, aku x kesah dan aku berserah atas ketentuannya

 



 Cute kan ???




Nak cerita pun x sedap, tapi ada seseorang yang buat aku tidak puas hati.. Cara dia, percakapan dia, pergaulan dia.. Jangan ingat dia bagus sangat.. Jangan ingat dia hebat sangat.. Walaupun kau bukan musuh aku dan aku bukan musuh kau.. Tapi ingat hidup di dunia ini hanya sementara.. INGAT! Aku akan buktikan yang aku akan lebih dari kau dalam masa 3 bulan.. Memang kau tidak ada kena mengena dengan aku.. Tapi dia kawan aku… Tidak selayaknya kau hina dia macam tu… Tunggu dan lihat..




Ahad lepas mood tengah baik bangun pagi-pagi masak keow tiaw goreng selepas itu basuh kereta sambil basuh kereta jiran sebelah rumah memberi sepinggan mee goreng, hari sebelumnya itu jiran depan rumah memberi nasi kerabu.. Murah rezeki duduk rumah baru ini..hehe.. Selepas penat mencuci kereta yang tidak seberapa mencuci itu..hehe landing depan tv sampai tengahari hingga la tertido.. Belah petang plak, lepas asar aku ingat ingin survey sesuatu.. Pergi jusco bersendirian.. Aku lebih suka bersendirian mengikut mood yang ada.. Masuk MPH.. Sambil-sambil dan terjumpa yang menarik ini..




Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia...


20 Tips Agar Dicintai Isteri




Aku beli yang ini..hehe



Your Name


Selepas aku menamatkan pembelajaran aku di IPTA, aku tiada teman baik dan yang ada hanya teman lama.. Mungkin selepas aku keluar dari universiti.. Aku hanya sendiri.. Minggu lepas memang tahap gila aku rindu kampung halaman walaupun aku baru berpindah ke rumah baru.. Esok lusa insyaallah aku akan post gambar terbaru rumah baru aku ye… Sungguh selesa bagi aku selaku anak dara pemalas ni..hehe.. Sekarang dah ada mesin basuh senang sikit kalau x dulu bawa balik kluang baju-baju.. Punya la pemalas kan…hohohoho..



Your Name


Aku tidak sangka hidup akan menjadi sesusah ini seawal pengembaraan hidup.. Walau apa pun hidup perlu diteruskan. Memulakan sesuatu terlalu payah atau menamatkan persimpangan jalan.. Jangan terlalu cepat menyerah kalau perjuangan baru bermula.. Jangan kesali keputusan yang lalu.. Sesungguhnya aku amat bersyukur setiap apa kurniaanNYA.. Ya Allah Bantula Aku..



Seharian Yang Memenatkan..

Semalam lepas balik kerja, terus balik rumah lama kemas barang.. Macam nk kejang kaki turun naik turun naik tangga.. Sampai umah baru dekat magrib.. Semalam macam nak mati aku x nak pergi jamuan bbq rumah dekan.. Terguris hatiku dengan msg tu..Stop..Balik dari rumah dekan aku bergayut dengan dia..hampir setengah jam..rindu tahap gaban tapi aku x nak cakap, ego...hehehe..Biar! Dia nak ambil sesuatu yang memang milik dia..hal dia, aku xnak berada di mana-mana belah pihak.. Daripada dia cakap ada nada kesal.. Apa yang mampu aku buat hanya simpati.. Tidak selayaknya dia diperlaku begitu... Aku amat simpati.

Selepas itu ery plak call, aduh malasnya nak layan, hari tu dia call aku tidak angkat..angkat je la...



Your Name


Seharian asyik bertegang urat dengan dia semalam, mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku.. Jauhnya termenung.. Jauh perbezaan umur makin jauh prsefahaman... Perkara kecik boleh jadi isu yang panjang..

Pinjaman ikhlas buku tentang perbezaan lelaki dan perempuan dari teman serumah ku.. Dia cakap prepared sebelum nak kahwin.. Bagus untuk pembacaan...



Buku Pinjaman Adilin...

Pagi-pagi tadi masuk bilik bos aku untuk serahkan design prospectus.. Berlama-lamaan untuk seketika sambil itu bos aku tengah bersiap untuk pergi meeting.. Tidak lama kemudian…hehe


Bos : Hmm..u ada pakwe x?

Aku : x de..

Bos : Nape x de pakwe? X suka ke?

Aku : Entah. Nape cik din ?( nama panggilan dia disini)

Bos : X de orang datang merisik ke?

Aku : x de..Nape cik din?.. Kawan –kawan ada la..

Bos : close?

Aku : Ye,close..Nape cik din?

Bos : x de la, nak kenalkan u dengan seseorang.

Aku : Sape2..(mula la nak gedik-gedik…hahahaha)
Napa la tension pasal benda ini.. Terasa half-half tentang hubungan ini.. Xboleh ke dia berkorban bersusah untuk aku. Sampai satu tahap x seharusnya aku berpikiran yang bukan-bukan tentang hubungan kami. Aku memang malas nak pikir semua ini buat sementara waktu ini.. Biar dua-dua buat bodoh je!!

Semalam aku pergi tengok-tengok rumah baru di Taman U bersama adilin dan asiah. Rumah teres tiada tingkat..hehe.. Cantik. Semua barang lengkap Cuma bawa diri je masuk.. Insyaallah minggu depan aku pindah ke rumah baru dan memulakan kehidupan aku disana. Aku pun makin tawar hati nak balik kluang.. Biar!!

Pagi tadi sempat call my mum semasa memanaskan enjin kereta. Rindu plak mendengar suara dia.. Bertanya khabar saja itu je.. Untuk memaklumkan perkara yang lain belum berani lagi dan belum bersedia.. Apa reaksi dia agaknya ye??

Aku plak hati makin tidak tenteram memikirkan hubungan kami, Aku tahu dua-dua hati terguris..
Biasalah masalah akan ada, aku juga percaya masalah selalu menjadikan kehidupan kita lebih baik..

Aku ada masalah dengan dia..Masalah untuk menuju ke alam rumahtangga.. Betul ke ayat aku itu.. Xkesah la.. Ni masalah dan tekanan pertama aku dengan dia.. Dia x nak mengalah.. Dan aku juga x nak mengalah..Biar sama-sama menang.. Geram la.. Dah satu ayat aku terkeluar untuk menuju perpisahan..


*Aku : Atau awk ada keputusan lain??


Aku yang selalu berpikiran singkat.. Membuat keputusan berasaskan emosi.. Siapa nak mengalah ni..Dia dah terus terang dia x boleh..x kan aku kena mengalah??


*Dia : Kita teruskan wak...mudah2n jodoh kita kuat..tabh hadapi dugaan yang sedang n akan dialami
Aku dah bagitahu kat mak tentang aku dengan dia..

Tentang rancangan kami…

*Esok sape bangun awal , kejut tau…

Harapan la dia ni nak kejut aku..Mimpi tidur semula..hehe.. Alarm hp aku dah berbunyi 6.00am..tapi malasnya nak bangun..6.10 baru sedar..terus call dia..suruh bangun takut plak terlambat..aku masih landing-landing atas katil…6.25 baru terhiggih-higgih nak mandi..7.00am..Saya dah gerak..Msg dari dia..Aku masih lagi belum siap..hehe..
Dekat pukul 9.00pagi rasanya baru masuk tol ayer hitam..selepas ambil hafiz… Singgah di r&r jejantas ayer keroh.. Sarapan.. Si hafiz ini plak gila bola.. Dia ajak pegi jalan-jalan area jejantas itu..

Kami meneruskan perjalanan ke putrajaya..Dan sampai putrajaya melepasi pukul 12.00 tengahari.. Dia bagitahu adik dia(faezah) yang kami telah sampai putrajaya.. Adik dia cakap nak masak..Dia cakap x payah sebab dia dah bawa ikan tilapia goring…
Sebelum ke rumah adik dia..Aku ambil barang-barang lama aku di Flat Hijau..Beborak dengan budak rumah lebih kurang setengah jam..

Selepas itu baru menuju ke kuarters Persint 9.. Adik dia ok2 je.. Terima aku sebagai tetamu abang dia …aku rasa pelik..hehe..nak tahu…Adik n adik ipar dia panggil dia abg ****..Aku panggil adik n adik ipar dia..akak..kelakar ye…huhuhu
Petang itu, kami ke alamanda..window shopping saja..Lepas itu ke warisan..Adik ipar dia ajak minum..Si kimi ini betul-betul lincah..aktif betul.. Adik dia cakap yang dia ni lebih banyak kepada keluarga.. Terdetik juga aku masa tu..

Si hafiz dan kimi yang lincah..



Aku dengan hakimi yang x boleh diam...Dia di bawa tu tengah tido..


Dia dan si hafiz..

Hari raya ke-7..Syawal ke-7.. Air mata ini mengalir kerna dia.. Dia xpernah tahu kewujudan blog ini sebahagian besar ye menceritakan tentang hal dia dan aku.. Kenapa perasaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini sungguh unik.. Naluri yang kuat antara perempuan dan lelaki.. Perkara lama x perlu diungkit lagi tapi sentiasa diingat dan waspada.
Hari ni datang lambat secara tak sengaja disebabkan semalam g shoppng untuk cari barang-barang untuk ke putrajaya esok.. Aduh..penat betul semalam shoppng.. Bengang pun sama gak..Aku pergi bertiga lepas kerja terus ke angsana.. Budak umah aku kata tahu jalan ke angsana pastu boleh plak sesat.. Tu dah bengang pertama..Bengang kedua plak bile dah sampai angsana..satu helai baju pun x berkenaan langsung.. Pastu teruk balik ke JJ taman u.. Shopping kat situ, nasib baik ada gak yang berkenaan.. Balik rumah sampai 10 lebih..

Lepas balik tu, terus call dia..Entah nape hati aku berdetik.. Tanya sesuatu yang serius tentang kami.. Serius ke kami sampai tahap ini... Dan tido lepas pukul 12 malam.. Dan hari ini sampai pejabat pukul 8.01 minit...hehe..


Nama aku yang paling bawah sekali.. yang tulisan merah tu...hehe
Semalam fakulti aku ada buat jamuan hari raya untuk staf dan juga pelajar-pelajarnya..

Dan ada benda gak yang x puas hatinya.. Bila bekerja pasti ada benda yang perlu ditimbang tara. Dan akan ada benda yang terlebih dan terkurang... X puas hati dengan bos2 besar kat sini..heh
Takut terlepas cakap je ni...hehe..pape pun jom layan gambar..
Kek yang disponsor oleh Dr Haryati..sedap..jgn jeles..hehe
Hujan..Kesian kami...Kasutku basah sampai ke ari ini..huhu
Lebat betul hujan pada hari itu...Kami tetap bersabar..Sebab banyak makanan..huhu
With mumy ida..Sayang ida...
Sangat hormat pada orang-orang lama
KAMI...POSING...SUKA...CLIK..SENYUM..


x boleh bla betul...pakai sikit punya cun..kena buat air sirap...huhu..
Giordano..

Pilihan Baju



Display T-shirt..



Sebelum raya ari tu, kami berdua pegi shopping bersama.. Aku yang nak shopping.. Dia plak yang sibuk nak ikut.. Aku yang teringin nak shoppng, dia plak yang terlebih beli..


Kitaorang bershopping di BP Mall dan dalam leka x leka.. Sibuk memilih baju ada sorang kawan masa diploma aku teguh.. Sedar x sedar la tu.. Dia masih di situ belum balik lagi..


Dia beli pe ek?? Songkok, 3 helai t-shirt, pe lagi ek?? x ingat la

Aku plak beli?? Sepasang kasut dan sehelai baju..


Yang aku x berkenaan dengan dia ni.. suka sangat beli dan pakai baju color gelap..

Sehari sebelum dia beraya ke rumah aku, aku mintak dia pakai baju color krim yang aku pilih mase bershopping ni..hehe


X kesah la..terpaksa ke dipaksa ke..huhuhu






Sudut bahagian ruang tamu..

Pintu hadapan rumah

Bahagian Halaman 1


Bahagian Halaman 2
Rumah salah seorang staf dalam pejabat ini..Really nice. Boleh mencuri idea untuk rumah aku akan datang..hehe




Aku plan dengan asiah-(roomateku yang gila2) untuk ke angsana esok petang lepas kerja.. Masalahnya aku pun x pernah menjejak kaki ke sane... Aku pun penakut bawa kereta apatah lagi dalam keadaan jem.. Aduhh. Harap esok x ramai orang.Senang sikit aku nak shopping.. Shopping semata-mata untuk ke Putrajaya..huhuhu..

Apa agaknya nak beli ek???

Blause Biru?
Seluar Putih?
Selendang Coklat?
Kasut pe ek?
Handbeg color pe ek?
Foundation maybelline?
Perfume Bodyshop?

Hehehe.. Xpe berangan dulu..
Woh!!

Baru hirup seteguk air nesface firdaus buat..hehe..Lega

Hilang sikit sakit kepala ini..Sakit betul kepala hari ini.. Hari ini turn aku bertugas kaunter, memang diwajibkan kepada staf sokongan seperti aku kerna fakulti ini x ramai staf..

Tentang dia, jumaat ini aku akan balik kluang dan akan memaklumkan kepada ibu tercinta tentang kami.. Bagaimana dan apakah yang seharusnya akan berlaku bukan, aku pun x dapat bayangkan semuanya itu...

Jarak perbezaan umur kami yang terlalu jauh..9 tahun.. Bagi aku dia terlalu tua untuk aku.. Dan permulaan hubungan kami aku terlalu muda untuk dia..

Sebelum ini ada banyak masalah yang berlaku antara kami, hubungan kami terlalu slow.. terlalu lambat..

Segalanya aku berserah pada Allah atas ketentuanNYA.. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku...

Dia ada disini...Dimana dia??

Insyaallah sabtu ni aku pegi putrajaya..hehe

Tak jadi pergi minggu depan, ditunda kepada minggu ini.. Apa dah jadi ini..huhu

X Sabar ye!!!!!!!!!!

Insyallah kami akan pergi bertiga aku dia dan hafiz..hehe

Bahaya kalau pergi berdua ini..hohoho

* dia - awk,sy dh bgtau adk sy yg plan kita nk pg ptrajaya sabtu ni..

aku - dia ckp pe?

dia - dia ckp dtg la, nk tido sana pun takpe.hehe..lg satu dia ckp kalo cnfirm jd dtg,bgtau awal2..nant dia msak,tp sy ckp x yah susah2, biar awk je yg masak nanti
..hehehe.
2 Oktober 2009, Jamuan Raya Staf UTM.. Fakulti aku perlu menyediakan satay untuk jamuan tersebut.. dan aku menjadi jurufoto yang tidak bertauliah untuk majlis itu. Sebelum bermula macam biasa la setiap bulan akan ada perjumpaan bulanan bersama Naib Cancelor dan majlis marhaban..hehe

Jom tengok gambar..


Keluarga besarku di sini...



Cun betul awek dgn aku ni..nasib baik dah jadi bini orang.hehe


Gosip girl kat office..huhuhu

Sebenarnya aku sungguh tak sabar untuk balik kluang, untuk memberitahu berita baik kepada my mum..hehe..

Berita baik ke?? Baik untuk aku la.. X sabar la untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Untuk minggu ni dan minggu depan aku x balik kluang.. Aku akan bertugas menjadi urusetia program Degree ++. X pe la. X balik kluang, x dapat jumpa dia..

Insyallah 16hb Oktober ni aku balik kluang dan dengan budi bahasa yang baik dan penuh tatatertib aku akan memaklumkan kepada my mum.. Apa agaknya ek respon ibuku tu ek. Tapi aku tengok my mum suka kat dia.. Harap-harap semua dalam keadaan yang baik.

Insyallah 17hb nya itu aku akan ke putrajaya dengan dia untuk ambil barang-barang aku kat rumah sewa lama.. Sambil tu ingatkan nak jumpa norin sekali..Rindu ye kat kawan-kawan lame masa zaman universiti dulu.. Pastu dia ajak pergi rumah adik dia. Aku cakap la kan ok kan.. x dapat jumpa mak dia, dapat jumpa keluarga dia pun x pe la kan..
Harap semua berjalan lancar.