WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Fakulti aku akan mengadakan INTELLECTUAL DISCOURSE. Dan kepada sesiapa yang berminat sila la hadir..




Title : Molecular and structural studies on targets from Mycobacterium tuberculosis
Date : 9th February 2011 ( Wednesday )
Time : 2.15 PM
Venue : Senat Hall, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Talk by Dr. Yusuf Akhter from EMBL Germany




Title : Current Knowledge on Vaccine Development Against Viral Nervous Necrosis (VNN) in High Value Marine Fish Species in Asia
Date : 9th February 2011 ( Wednesday )
Time : 3.15 PM
Venue : Senat Hall, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Talk by Dr. Rolando V. Pakingking Jr. from SEAFDEC Philippines


Organise by Faculty of Biosciences And Bioengineering
Tema perkahwinan yang aku nak memang pink purple. Dan ini semua ini tercapai. Nampak ceria dan happening. Aku x suka yang suram-suram. Aku lebih suka kek dari pulut kuning, memang trand sekarang ramai yang memilih pulut kuning sabagai simbolik perkahwinan. Tapi aku x nak la susahkan mak aku nak buat tu semua. Aku ada dapat 1 website penempahan kek kahwin, coklat dan belajar membuat kek & coklat. Akak ni memang membuat business dia kat kluang, so memang senang la aku. Aku terus tempah kat akak tu la.Kek kahwin aku 3 tingkat – tingkat bawah kek besar, tingkat 2 dan 3 aku pilih cake cup. Tema colour 3 gabungan antaran pink, purple dan putih.

Kek yang tingkat bawah sekali tu bernilai RM120

Cake cup 1 biji RM2.20

Standcake sewa RM50





ADA FRESH FLOWER

PERMINTAANKU, CUP CAKE ADA NAMA. NIE SEMUA TEKNOLOGI MAKANAN DIMANA KERTA DIPRINT DAN SELAMAT DI MAKAN


SELAMAT PENGANTIN BARU


SABOR BANG...KIHKIH..



Pertama kali aku menyambut FAMILY DAY sebagai staf UTM. UTM ni kedekut sikit.. hohoho.. Famil Day pun 5 tahun sekali.. Mak oi.. Dan tidak di sangka-sangka aku adalah salah sorang staf bertuah..kihkih..i like..hehe


So, apa yang bertuah ye aku ni.. Aku dapat cabutan bertuah. Hadiah di sponsor oleh Hotel Puteri Pacific. Bertuah badan. Makan tidur free 2 hari 1 malam.. Makanan ye sedap gler..

Voucher ini hanya valid dari 1 August 2010 sehingga 31 Disember 2010.. Jadi aku mengambil peluang ni untuk buat honeymoon..Horeeyy!!!



No Bertuah..112

Ni voucher aku dapat, 1 voucher accomondation dan 1 lagi voucher meal berharga RM100

Bangunan Puteri Pacific

Bersantai-santai atas katil


Tempat kami bersolat disitu...

Katil yang empuk..hehe

Bilik Mandi – kami tengah honeymoon..hehe ( sengaja taburkan kelopak bunga ros merah ) Suka sangat!!!


Sangat selesa dengan toilet ye...

Romantik


Semua lengkap..

Sirap selasih RM10.90.. AMEK KO...


JOM JAMU SELERA

Tara.. Jom jamu selera.. HARGA RM115.. RM15 kena tambah sendiri ye kawan2.. Rupa-rupa ye dia bagi voucher RM100 untuk meal.. Memang mahal makanan kat sini..


Sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej pengembaraan yang dianjurkan oleh Tabung Haji boleh melawati website ini : http://thts.com.my/mytour.html



PAKEJ :


1 - LONDON - PARIS : 6 HARI 5 MALAM HARGA SERENDAH RM3040


2- EARTERN EUROPE : 5 MALAM 4 HARI HARGA SERENDAH RM2645


3- JAKARTA SHOPPING TOUR : 3 HARI 2 MALAM HARGA SERENDAH RM560


4- BANGKOK – PATTAYA : 4 HARI 3 MALAM HARGA SERENDAH RM630


5- BEIJING–TIANJIN MUSLIM TOURS: 6 HARI 3 MALAM HARGA SERENDAH RM420


6- ISTANDUL : 5 HARI 4 MALAM HARGA SERENDAH RM1670


7- AUSTRIA : 6HARI 5 MALAM HARGA SRENDAH RM3180


8- BALI : 3 HARI 2 MALAM HARGA SERENDAH RM480


9- HONGKONG – DISNEYLAND : 4 HARI 3 MALAM HARGA SERENDAH RM758


10- SEOUL – NAMI : 4 HARI 3 MALAM HARGA SERENDAH RM1620






Pakej ini lebih kepada group DAN sesiapa yang berminat boleh melawati website tersebut serta ada lagi macam2 pakej…

Syukur pada Illahi, keinginan untuk merasai kasih sayang seorang bergelar ayah.. Ayah panggilan aku untuk arwah ayah tercinta. Sekarang tiada lagi panggilan itu..



“abah” – panggilan untuk bapa mertuaku. Abah seorang yang kelakar, simple, ringkas, tidak ambil hati, tidak kesah dan sangat peramah/ banyak cakap, selalu ikut kata mak.hehe..(ni selalu yang perempuan suka) Suamiku pun ada persamaan dengan abah..Suka aku..hehe.. Selalu aku yang buat keputusan..Bukan En Suami..Sangat bahagia memiliki keluarga yang bahagia. Dulu time aku kecik2, Dr Fadilah pernah bercakap anak-anak akan gembira makan nasi berlaukan kicap bersama ibubapa dari makan nasi berlaukan ayam tanpa ditemani ibubapa. Menitis air mataku time tu, mak aku jarang sangat makan bersama aku adik beradik. Dia terlalu kuat bekerja. Dia adalah inspirasi hidupku. Berbalik cerita tadi…hehe

Abah, pertama kali menyalami tangannya terasa bagaikan aku memiliki ayah semula. Pada sesiapa yang pernah kehilangan orang tersayang mungkin akan faham perasaan dan situasi aku ini. Rasa doaku selama ini telah termakbul untuk merasai kasih sayang seorang ayah.
JOM LAYAN GAMBAR NI..



Bergambar selepas akad nikah..4 Dis tahun lalu..

Serius....

 
* Semoga mak dan abah sihat saja..Doaku mengharap..
Baru bermula kehidupan bersama En suami, cukup sederhana kehidupan kami. Tengah survey-survey untuk beli barang kelengkapan rumah. Mak aku ada offer untuk belikan juga. Kemungkinan besar aku akan tolak. Ingin hidup berdikari. Aku ingin hias rumahku dengan caraku sendiri.


Oleh kerna rumah suamiku tidak berapa nak besar, tidak boleh membazir space.. aku rase kat dapur tu kena beli almari tinggi.. Aku x suka banyak barang. Aku suka yang simple dan kemas sebab aku malas mengemas.hehe




Idahkan dapur macam ni...

ok la..


like english style mcm ni....

Suka ada color pink

                              curi kat google..hehe


Tetiba teringat nasi goreng tomyam kat Alamanda Putrajaya. Sedap gler…Adoi..mane nak cari nie..

Sebermula 2011 ini, Insyaallah dengan semangat baru ini, akan aku mulakan keaktifan aku kat TERATAK USANGKU INI…


Pengalaman bergelar seorang isteri – Sangat tidak sangka terlalu awal dan pendek

perjalanan hidup ini. Dari seorang bergelar kanak-kanak kemudian meningkat remaja menjadi seorang pelajar dan mula bekerja. Perubahan anak remaja perempuan menjadi tunang orang dan hari ini bergelar isteri orang. Hidup mula menjadi dua, citarasa berbeza, perangai berlainan, cara hidup hidup masing-masing. Sebulan bergelar isteri tiada apa yang berbeza antara sebelum kahwin dan selepas kahwin, aku tetap aku dan suamiku tetap bergitu. Pertama kali menjadi makmum berimamkan suamiku, hati sangat2 sayu. Bacaan alfatehah suamiku merundum jiwa sagaku. Aku kena hormat dan taat kepada suamiku. Air mata mula menitis. Kehidupanku sekarang bukan seperti dulu. Selagi ada kesempatan masih lagi solat berjemaah bersama suami. Kami sendiri memilih untuk berjauhan atas urusan kerja, jadi bukan hari-hari la kami solat jemaah.


Semangat baru lepas 4hb 12 2010 – Nekad dalam perjalanan hidup ini, derita bukan selama-lamaye bahagia akan pasti muncul. Jodoh segala ye yang menentukan. Sabar itu menguji diri, Janji Tuhan sentiasa ada. Lepas tarikh itu aku nekad untuk tidak bergantung pada ibuku lagi. Aku dengan caraku sendiri tanpa bantuanye lagi.. Semoga doa seorang ibu sentiasa mengiriingi diriku..Amin


Buat Suamiku tercinta – Ingin sekali menjadi isteri yang sempurna tapi siapa lah diri ini. Teguranmu sentiasa menbina, kritikanmu sentiasa bertempat, senyum dan tawamu buatku bahagia.. Aku manusia biasa punya hati dan perasaan, sayang dan kasihku padamu tidak berbelah bahagi. Setiaku padamu hanya Tuhan saja yang tahu.