WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Hari ini bos no tiga aku belanja makan..Kat alamanda Putrajaya. Cik Nadia.belum kahwin..orangnya kecil je..cute..Semalam aku benggang gler dengan sorang akak ini. Dia bersungguh-sungguh ajak aku pegi Seri Kembangan. Bila aku tanya untuk apa, dia cakap nanti dia bagitau. Aku ingat dia nak pegi shopping sebab gaji kerajaan baru masuk kan. Cakap pukul 8suku. Aku punya la tunggu, punya tunggu.. Hampeh betul! Lambat.. Rupa-rupanya nak g kelas CNI.. Geram tahap gaban aku.. Untuk jaga hati ikut je la. Dah alang-alang aku dah bersiap sikit punya cantik!! Pegi je la.

* Picture tengah hari tadi. Aku berkawan dengan staff pangkat sama baya dengan mak dan aunty2 aku. Semoga aku dapat suaikan diri.

Sebelah aku tu la Cik Nadia. Time kasih ye... Lain kali belanja lagi..huhuhu..

Abg Zukeri.. cute and funny..hehehe..i like!! tapi dah kahwin tau..hahaha
Sebenarnya sekarang sepatutnya aku telah punch card untuk pulang kerumah tapi sekarang aku masih lagi di office. Tadi ada kerja sedikit yang perlu aku selesaikan. Malas untuk bertangguh untuk hari esok. Staff di unit aku ok2 belaka aku senang sekali di sini. Cuma aku perlu sedikit masa lagi untuk suaikan diri. Aku mintak cuti untuk Hari Raya Haji.. Aku nak balik kluang.x sabar nya..tapi sebenarnya bukan apa pun..

Susah untuk aku gambarkan apa yang aku rasa sekarang.. Aku disini tak akan korbankan agama aku lagi.. tidak akan sama sekali!! itu yang aku paling jaga selain maruah aku..

Doaku semoga ALLAH merahmati setiap perjalanan hidupku disini..amin..

Pagi ini aku jatuh tangga..Hampeh betul! Harap-harap tak ada sapa yang perasan. Macam mane tah aku boleh jatuh tangga. Kasut tu kot yang besar tapi kasut itu aku baru beli tau. Geram betul. Sakit lutut aku nasib baik tak tinggi.. Aku tak tahu apa kena dengan hari ini. Ada je silap..
Hari-hari yang aku lalui disini dan sepanjang hari ini berjalan dengan lancar. Alhamdulilah.. Rahmatilah dan berkatilah hidup aku disini Ya Allah hanya padaMu aku meminta..Amin..
DIA datang kepadaku. Siapa dia sebenarnya ye?? Apa harus aku lakukan. Biar la semua begini dulu. Aku akan setia menanti jika kau benar-benar jujur kepadaku.
MISI pertama aku telah selesai. Kita teruskan kepada MISI KEDUA dan MISI KETIGA. Misi kedua-dua ini perlu berlaku secara serentak. Misi kedua jangkaan aku dalam masa 3-4 bulan sahaja. Misi Ketiga target aku dalam masa 10 bulan dari sekarang. Bila nak mula misi ni?? Start hari ini la. OK!!
Sabtu dan ahad lepas, aku bermalam di rumah jaja. Beli barang-barang keperluan aku dan makan sate kajang..hohoho..

Semoga hubungan silaturahim ini berputus sampai kita mati!! Amin


Mejaku yang kosong pada minggu pertamaku bekerja..

7.21 pagi..Awal tu punch card..haha..x merah lagi.

Pagi semua..=) hehe.. Hari ni mood baik.. Semalam aku punch card merah 8.01 pg. Hari nie ok.

Semalam petang aku dah pindah rumah. Sedih gak tengok bilik aku sebab tak ada apa-apa..Aduh. Tapi x kesah la asalkan itu bilik sewa aku sendiri malas la nak tumpang-tumpang rumah orang memangla diorang tak kata apa tapi faham-faham sendiri la..

Hari ini aku bangun awal dan gerak awal. Kunci rumah hari ini aku dapat.. Aku tunggu bus dengan akak rumah itu sebab kami menuju tempat yang sama Komplek E. Pastu dia ke KPM aku plak Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku tak tunggu Noly or Kak La sebab aku belum ada pas lagi. Pagi tadi aku masuk terus ke kaunter mintak pas pelawat ditukarkan kepada lesen memanduku.. Berani tak berani aku naik je lif..Tekan butang 6. Pintu lif terbuka dan aku keluar lalu pintu utama, punch card dan menuju ke mejaku..hahaha.. Hari yang cukup memgembirakan.. Aku makin berani..Semua OK..tu la aku perlukan masa..berdikari ok??OK!!

Ok la aku nak start kerja dah ni..daaaa.. Lain kali aku show kat korang pict office aku k..
Hari ini hari ketiga aku di sini.. Tugas yang diamanahkan kepada aku telahku laksanakan dengan baik. Ditempat kerja semuanya berjalan dengan lancar. Tidak ada masalah cuma bila aku balik..hmmm macam-macam yang aku pikirkan. terutama sekali tempat tinggal. Petang ini aku pindah walau apa pun aku perlu pindah...aku kena juga pindah.. Hari ini juga! Bilik aku kosong tiada apa pun.. Barang dan kelengkapan yang aku bawa juga tidak lengkap kalau semuanya aku nak beli sekarang susah la hidup aku.. Gaji pun aku tak tahu bila masuk..



Aku pun tiada harap apa-apa untuk tinggal disini sekadar pengalaman hidup dan seseorang yang cabar aku pun keluar dari johor.. Sekarang aku puas walau aku sedih.. Aku harap kesedihan aku tak lama.Bandar putrajaya sangat cantik memang tidak dapat aku nafikan.. Kehidupan disini pun boleh tahan..Aku berharap aku dapat ikut rentak disini..
Aku pun dah mula dapat kawan baru..aku tak kesahlah tua ke muda ke..ia tetap kawan.. tapi bagi persepsi diri aku sendiri jangan menilai seseorang dengan perkenalan pertama.. aku juga tak ada hati ingin mempunyai kawan rapat sedewasa ini..



Bakal rumah yang akan aku diami. Presint 9, Pangsapuri Putra Harmoni Blok C2, T4 U02..
Air mataku jatuh di Putrajaya..

Perubahan yang berlaku perlukan pengorbahan untuk aku, aku pun tidak tahu kenapa dan bagaimana ia berlaku.. Kawan aku itu, dia dengan hidup dia dan aku dengan hidup aku.. Sama-sama dah besar ada haluan masing-masing, cuma aku perlu berhati-hati dalam pengatur perjalanan hidup ini. Aku tidak mahu menyesal dikemudian hari.

Semalam semuanya berlaku, DIA menguris perasaanku, kata-katanya cukup buat aku mengalir air mata tambah lagi persekitaraan baru untuk aku. Aku perlu ingat jalan, aku perlu ingat bus, aku perlu ingat aras-aras dalam bangunan ini dan aku takut naik lif. Tidak lama lagi aku akan berpindah. Banyak yang perlu aku fikirkan. Aku perlukan masa untuk semua ini. Aku perlu masa!

Untuk kawan-kawan yang sudi bagi sokongan untuk aku.. Terima kasih ye, aku benar-benar menghargainya..

Untuk DIA, biar masa yang menentukan semuanya. Aku serahkan semuanya pada ALLAH S.W.T. Ery ada kt kajang, dia ada kursus kat sana.. Kecil betul dunia ni..

Aku akan belajar hidup sendiri!!! Hidup berdiri di kaki sendiri tanpa perlu sesapa pun.. Aku akan sentiasa panjatkan doa semoga aku selamat tanpa keluarga disisi..

* Doaku semoga impianku mendahului segalanya sebelum perkara lain berlaku..amin..
Kementerian Kesihatan Bahagian Akaun.

Hari ini aku telah lapor diri untuk bekerja disini. Aku bakal menjadi warga putrajaya. Esok malam aku akan duduk di rumah sewa aku beralamat G-T3-U1, Presint 11 Putra Damai. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku berdoa apa sahaja rintangan yang bakal aku laluan bakal aku tempuh dengan kesabaran..

Aku belum tahu lagi aku berada di unit mana. Kejap lagi kot, pegawai yang uruskan aku tu busy.

Dia muncul lagi dalam hidup aku buat kali ini. Dia tahu aku suka kat dia. tapi mengapa begini..
Ya Tuhanku, apa harus aku lakukan.. napa perasaan ini harus begini.. Jangan air mata jadi taruhan lagi.. Doaku.. Jika benar kau jodohku, dekat kan dia padaku Ya ALLAH, sekiranya dia bukan jodohku jauhkan dirinya dariku Ya ALLAH..

Semoga impian dan cita-citaku mendahului segalanya sebelum perkara yang lain berlaku..Amin..
6.16 minit petang.. Masa terus berlalu dan tidak akan berpatah balik.

Hari ini merupakan hari terakhir ku disini dan tidak akan ada lagi aku disini, aku tidak perlu disini lagi.. masa aku telah berlalu..

Hari ini ramai customer. Penat la juga. Angkat berkotak-kotak printer. Service yang banyak. Hari ini dapat jual 2 laptop belum yang survey lagi dan beli aksesori. Hari pelanggan yang cukup memberangsangkan cuma aku tak cukup tidur. Semalam tetamuku dari UTHM datang. Norin yang pertama kali menjejak kaki dirumah usang ko dan juga Jaja. Borak dengan jaja sampai lewat malam, esoknya pula hantar jaja seawal pagi.. Sakit kepalaku belum hilang..

Kenanganku di MyNotebook..


barangan LOGITECH yang cukup MAHAL!!!. QuickCam Pro For Notebooks Image-perfec detail and clarity..



Selamat Tinggal MyNotebook...
huh...
Lemas!!!

Panggilan dari noly.. Aku dapat keje di putrajaya itu.. 7 October lepas, aku pergi sana untuk interview keje. Baru hari ini dapat.. ok la tu..tak sia-sia duit tambang aku..hehe
Cuma aku tak biasa kat sana je la.. Entah la..tempat orang mana nak sama dengan tempat sendiri..

Nie, aku berkongsi sama coretan diari hidup aku..


7.10.2008/ 11.45pm
Aku berada di putrajaya. Bandar putrajaya sangat cantik. Aku tidak percaya aku telah sampai disini. Sungguh tidak percaya =(. Aku takut. Pertama kali aku ke sini seorang diri. Aku tidak percaya. Aku bukan seorang yang berani tapi aku terpaksa jadi berani. Ya terpaksa!
Dari tingkat 4 aku lihat pemandangan dari sini, orang putrajya belum lagi kenal erti malam..jauh berbeza di kampung halaman aku.. aku rindu mak..sangat rindu..Entahlah baru berapa jam aku sampai sini tapi perempuan itu juga yang aku rindu..
Aku sentiasa berdoa semoga cepatlah masa berlalu, cepat aku dapat balas jasa dia..aku tidak tahu boleh kah aku bekerja di sini kalau rezeki aku di sini... Aku rindukan kampung tapi sebenarnya aku rindukan mak.. Dia tidak perlu tahu tentang kesusahan dan ketakutan aku di sini, pasti dia risau...Aku tak nak..aku pun belum selesa di sini mungkin tempat baru kot...


* Selamat tinggal Kluang, relakan aku pergi dari sini..
* Semoga rezeki dan kejayaan berpihak kepada aku..amin...
Bagaimana untuk mulakan semua ini ya.. Aku dengan dia hanya sekadar kawan. Kawan biasa tapi dalam banyak-banyak kawan, dialah kawan yang ada segalanya. Aku selesa dengan dia, tiada perasaan malu untuk berkata apa saja, sikap ambil beratnya buat aku senang.

Perlukah selamanya begini, biar masa menentukan segalanya. Bukan jarak menghalang persahabatan ini, bukan masa menjauhkan perhubungan ini.. Kita masih muda, masih ada cita-cita, masih ada impian untuk digapai, ada tanggungjawab yang belum selesai. Hidup baru setahun jagung, cukup berani bercerita tentang kehidupan. Aku belum bersedia. Biar semuanya begini.

Aku suka kau sebagai kawan aku!!!! ya!! itu yang benar..Walaupun kita jarang berhubung tapi kau dan aku adalah satu jodoh. Aku percaya itu jodoh.. Kalau tidak tak mungkin semua ini berlaku..

Kenapa mesti kau ye??? Pasti ada hikmah disebalik segala-galanya berlaku..
Maafkan aku tentang perkara yang lepas...Semoga ianya menjadi asam garam persahabatan ini kerna aku terlalu sayang akan perhubungan ini..Sungguh!!
Doaku semoga impianku mendahului segala-galanya sebelum yang lain berlaku...amin..
....huh...aku tak mampu bertahan lagi..sungguh!! aku tak mampu..aku akan jadi gila jika terus begini..aku terlalu bosan disini, aku fikir sampai disini saja semu ini, aku perlu keluar dari sini. aku perlu pergi dari sini.

makin lama aku disini, aku makin lemah, aku makin tidak bermaya, aku makin tidak bernafas dan yang pasti aku makin gila=(
Cuaca petang ini cantik sekali.. Cuaca nan senja bakal menyembunyikan matahari. Malam yang akan menjelma ditemani sang bulan. Biasanya cuaca sebegini cantik selepas hujan, hujan pembawa rahmat. Hujan sebagai tanda rezeki, semasa hujanla kita digalakkan untuk berdoa. Semoga pintu rezeki sentiasa terbuka untuk kita..

Tentang semalam, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga rezeki berpihak kepada aku.
Cuma aku ingin berkongsi satu kejadian kepada sesape yang sudi melawat teratakku ini. Masa aku balik dari utm itu, aku naik teksi. Okla kan memandangkan aku bukan tahu sangat tentang jalan-jalan di bumi johor ini. Bagi aku, aku bukan jenis memandang rendah pada sesorang. Aku lebih suka berbudi bahasa kepada seseorang itu atau lebih tepat sekali reti hormat orang!!!
Aku amat hormat dia sebagai pemandu teksi dan lebih berusia dariku apatah lagi dia pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Kalau la pakcik ini ambil MUET, pasti dia layak mendapat band 5, pada pandangan aku la. Tapi dia amat bangga dengan diri dia sendiri. Itu paling aku tak berkenaan. Tidak perlu bangga dengan diri kita, setiap manusia pasti ada lemahnya. Pada mulanya aku sangat kagum dengan dirinya, tapi dengan sikapnya yang agak berlagak, buatkan aku meluat apatah lagi hilang langsung rasa kagum dengan dirinya yang pandai berkata-kata. Aku hormat dia hanya kerna dia lebih berusia dariku. Berdasarkan apa yang aku amati, cara dia cakap MACAM pada satu ketika dulu ada seseorang pernah memandang rendah kepadanya. Tapi yang pasti bukan aku.. Tapi yang menjadi mangsanya adalah aku..

Orang macam tu x layak untuk dikagumi tapi menjadi bahan ketawa orang lain ada lah..Buat sakit otak je untuk dipikirkan. Untuk pakcik semalam.. Bukan pakcik sorang je yang baca THE STAR!! Saya pun sama tau!!!!!!!!!!!!!!

Biar ombak masa laluku,
Jangan gelombang masa depanku,
Hmm..Rase ya dah lama aku tak megarang di teratakku..Bukan aku tiada masa, bukan kerna aku jarang online..hampir setiap hari..9 jam dalam 24 jam aku online..tiada cerita untuk aku kongsi kan..banyak angan-angan dari impian..hehe..:D
Aku berdebar..sejak dari 2-3 ari ni..aduhh....nape harus begini??Ya ALLAH bantu la hambamu yang lemah ini..berikan lah sebaik-baik petunjuk kepadaku..aku yang merintih sendiri..memohon pengharapanMU..

Entah la..pertama kali aku mendapat surat temuduga kerja..aku suka!! sudah semestinya..tak sia-sia resume2..sijil2 dan surat permohonan yang aku print berhelai-helai dan gambar pasport yang entah keberapa kali dah aku cuci..akhirnya berhasil..Hari pertama tidak la berdebar..langsung tak ambil pusing tentang surat temuduga tu..Tapi hari ini merupakan persiapan untuk hari esok..aduhhhh...bagaimana ye menempuh hari esok..hari esok yang tinggal beberapa jam lagi..adduhhhh...

Aku dah beli ticket bus.KKKL. Jam 10pg. Single Seat. Tempat duduk ke-3. Harga RM9.80. Sebenarnya hari ini pun aku ada interview kt Cosmopoint Johor Bahru. Aku tak pergi, nape la orang Cosmopoint tu call aku..mengharap aku keje dengan dia ke??? Tetiba je petang ini pak cik aku call, dia cakap esok dia keje kat johor gak..nak tumpang dengan dia x???aduhhh..padahal aku sudah beli tiket..bagaimana lagi ye...
ahhhh..balik ini buat muka tak malu je la...jual balik kt kaunter KKKL itu..Entah diorang nak ke x nak ye...Esok adalah MISI seterusnya..Seawal 7 pagi, aku mesti telah bersiap..Mampu kah aku..sudah lame aku tak mandi seawal pagi itu..apatah lagi untuk bersiap..alaaa...untuk sehari dalam setahun je linda...=)...ok2...mesti boleh punye..first interview kt Cosmopoint JB sebagai trainer..kemudian petang itu ke UTM...
Interview yang kt utm tu aku berdebar...bagaimana ye...apa soalan dia akan tanya ye..Database ke??Coding PHP ke?? MySQL ke?? Coding VB ke?? Joomla ke??

Bagaimana hari esok untuk aku ye..Aku mengharapkan yang indah itu untuk bakal menjadi milik aku..tapi aku hanya khalif yang kerdil dimuka bumiNYA, yang tidak layak untuk memilih....apatah lagi meminta.