Cuaca petang ini cantik sekali.. Cuaca nan senja bakal menyembunyikan matahari. Malam yang akan menjelma ditemani sang bulan. Biasanya cuaca sebegini cantik selepas hujan, hujan pembawa rahmat. Hujan sebagai tanda rezeki, semasa hujanla kita digalakkan untuk berdoa. Semoga pintu rezeki sentiasa terbuka untuk kita..
Tentang semalam, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga rezeki berpihak kepada aku.
Cuma aku ingin berkongsi satu kejadian kepada sesape yang sudi melawat teratakku ini. Masa aku balik dari utm itu, aku naik teksi. Okla kan memandangkan aku bukan tahu sangat tentang jalan-jalan di bumi johor ini. Bagi aku, aku bukan jenis memandang rendah pada sesorang. Aku lebih suka berbudi bahasa kepada seseorang itu atau lebih tepat sekali reti hormat orang!!!
Aku amat hormat dia sebagai pemandu teksi dan lebih berusia dariku apatah lagi dia pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Kalau la pakcik ini ambil MUET, pasti dia layak mendapat band 5, pada pandangan aku la. Tapi dia amat bangga dengan diri dia sendiri. Itu paling aku tak berkenaan. Tidak perlu bangga dengan diri kita, setiap manusia pasti ada lemahnya. Pada mulanya aku sangat kagum dengan dirinya, tapi dengan sikapnya yang agak berlagak, buatkan aku meluat apatah lagi hilang langsung rasa kagum dengan dirinya yang pandai berkata-kata. Aku hormat dia hanya kerna dia lebih berusia dariku. Berdasarkan apa yang aku amati, cara dia cakap MACAM pada satu ketika dulu ada seseorang pernah memandang rendah kepadanya. Tapi yang pasti bukan aku.. Tapi yang menjadi mangsanya adalah aku..
Orang macam tu x layak untuk dikagumi tapi menjadi bahan ketawa orang lain ada lah..Buat sakit otak je untuk dipikirkan. Untuk pakcik semalam.. Bukan pakcik sorang je yang baca THE STAR!! Saya pun sama tau!!!!!!!!!!!!!!
Biar ombak masa laluku,
Jangan gelombang masa depanku,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment