WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Esok gaji pertama aku akan masuk..esok juga hari lahir aku yang ke 22 tahun.. esok juga bermula aku takeover kerta pembantu tadbir(siswazah)..sebab dia akan start mula bercuti bersalin..


Gaji pertama- macam-macam yang aku idamkan dengan gaji pertama ini. Antara yang sangat aku idamkan adalah buku harry potter. Aku pernah survey harganya dalam rm45++ di Alamanda Putrajaya dan aku akan beli dengan gaji pertamaku.. Barangan komputer yang sentiasa buatku teruja adalah external hard disk.. 250GB toshiba 3 years warranty berharga RM278.. Mahalnya.. Aduh..kena pikir balik ni..


Hari lahir 22 years old - Aku x rasa aku ingin sambut hari lahir.. Bukan aku tidak mempunyai rasa bersyukur.. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kesihatan yang sangat baik di dunia ini. Cuma feel je tak ada.. Aku rasa hari lahir itu cuma angka meningkat kedewasaan. Aku sudah dewasa ke?? hehe..


Takeover kerja PT- Insyaallah aku mampu.. Kalau tak tahu kena rajin bertanya.. Mak aku pernah cakap dan aku selalu ingat pesanan nya "Kalau orang lain boleh buat nape kita tak boleh buat".


Selama setahun aku bekerja ini, ada satu pesanan mak aku, aku ingin berkongsi kepada sesiapa yang sudi membaca disini..mak aku pesan "bila kita kerja kita jangan kejar pangkat"..hehe..tapi.hehe..aku ingin jadi seseorang..hehe.. just wait and see..


Pertama kali pegang stering sangat seronok tetapi bukan kereta milik sendiri lagi..hehe..
Syukur alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Loan aku telah lulus.
Cuma membilang hari saja. Sungguh tidak sabar.. Color gold yang aku idam-idam tidak menjadi kenyataan. Sebab tiada stok begitu juga dengan color hitam.. Whatever la..
Sungguh tidak sabar..hmm..=>

Hari ni...aku terima slip gaji.. First time ada slip gaji yang rasmi..hehe
Seusia hampir mencecah 22tahun.. terlalu banyak perjalanan hidup yang tidak mampu aku senaraikan atau menceritakan semunya di sini. Terlalu banyak dan ada sesetengahnya terlalu peribadi untuk aku ceritakan kepada sesiapa.. Biar aku simpan seorang..aku rela...

Pengembaraan aku selama ini telah menemukan aku tentang seorang kawan ini. Dari zaman persekolahan seusia 7 tahun kami telah berkenalan.. Kemudian meneruskan persekolah ke alam remaja dan kemudian mendapat tawaran belajar di sekolah teknik di daerah johor bahru. Memang tidak dapat dinafikan keluarga dia banyak menbantu aku. Menghantar dan mengambil aku dari kluang ke johor. Aku amat bersyukur tentang pertolongan itu...Amat-amat.

Kemudian aku meneruskan pengajianku ke tingkatan 6. Dia minat sejarah dan aku minat sejarah..Kami sekelas. Selepas itu aku telah mendapat tawaran membuat Diploma.. Aku tinggal kan dia dan sekolah itu.. Dan perjalanan kami mula berlainan arah..

Dia sekarang baru tahun dua dalam pengajian ijazah sarjana muda.. Antara perbualan antara aku dengan dia satu setika itu..

*kebetulan jumpa di bank
aku : ai, dari mane?
dia : dari umah dengan akak-akak, akak nak amek duit. Tengah rehat ke? (dia tahu aku keje masa tu)
aku : haah rehat, singah jap.. Tengah cuti ke?
dia : x la..Ada kenduri kat umah, balik 2 hari je, malam ni balik....
aku : oh...naik bus la ek..
dia : haah.. Keje kat kluang je ke? x try mintak keje lain ke? ( dah terasa panas je hati, masa itu aku baru lepas praktikal ..control..control)
aku : Ada gak.. Kalau ada rezeki ada la..Dah banyak mintak kerja tunggu panggil interview je..
dia : Hmmm, tak kan belajar kat johor nak kerja kat kluang je ke?? x nak try keluar johor ke??
Lain macam kita ni, bidang kita belajar banyak kerja kat area kuala lumpur, selangor, johor bahru...

* Keciknya hati tuhan je yang tahu.. Sabar je la..kawan punya pasal..dah lama kenal..
aku : Belum ada rezeki, kalau dapat kat luar johor..kita pegi la..kalau dapat dalam johor..kita terima juga... Kalau ada rezeki tak kemana..

Tamat........
Tengok la time ko nanti, aku akan balas kau2 punya..tunggu je la saat dan ketika itu...


Semalam bersama fida di Restoran Singgah Selalu Danga Bay.. Tempatnya sangat best...

Sepetang yang sejuk dilimpahi dengan hujan rahmat di bumi UTM ni, mengimbau kembali zaman pengajianku..di zaman universiti dulu. Memang tidak dapat dinafikan aku benar-benar rindu zaman itu. Seawal pagi bersiap untuk ke kuliah, acap kali terlambat dan tertinggal bus. Kerap kali terlambat masuk kelas, kuliah atau makmal. Sekiranya ada masa sejam untuk kuliah sambung balik, lepak atau minum-minum di kedai mamak depan fakulti. Antara menu yang gemar di order roti canai kosong, roti telur, milo dan teh tarik.. Kemudian masuk balik ke fakulti meneruskan pembelajaran dengan semangat yang kenyang..hehe

Sekiranya kelas habis awal, semua pelajar dapat bersurai awal. Sekiranya mood baik aku dan teman akrabku pulang ke kolej. sekiranya tidak berkesempatan kami hanya makan tengahari di fakulti sahaja. Jam 2 kami meneruskan pembelajaran kami sebagai pelajar universiti yang sentiasa sibuk..sibuk dan sibuk..Dan aktiviti malam pula tiada televisyen..tiada radio..tiada keluar shoppng melainkan assignment!!assignment!!dan assignment!!!

Belum lagi ditambah dengan kesibukan program kolej..Busy.busy..Test..Exam..Final..Projek..Kuiz..
Aku suka..aku suka..tapi memang tension, motivasi kena tinggi, kesabaran perlu tebal, kecekalan kena pegang, pengorbanan tidak usah dikira..

Tapi semua dah lepas..suasana dulu dan sekarang tidak sama lagi..



kenanganku di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia..