WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Sepetang yang sejuk dilimpahi dengan hujan rahmat di bumi UTM ni, mengimbau kembali zaman pengajianku..di zaman universiti dulu. Memang tidak dapat dinafikan aku benar-benar rindu zaman itu. Seawal pagi bersiap untuk ke kuliah, acap kali terlambat dan tertinggal bus. Kerap kali terlambat masuk kelas, kuliah atau makmal. Sekiranya ada masa sejam untuk kuliah sambung balik, lepak atau minum-minum di kedai mamak depan fakulti. Antara menu yang gemar di order roti canai kosong, roti telur, milo dan teh tarik.. Kemudian masuk balik ke fakulti meneruskan pembelajaran dengan semangat yang kenyang..hehe

Sekiranya kelas habis awal, semua pelajar dapat bersurai awal. Sekiranya mood baik aku dan teman akrabku pulang ke kolej. sekiranya tidak berkesempatan kami hanya makan tengahari di fakulti sahaja. Jam 2 kami meneruskan pembelajaran kami sebagai pelajar universiti yang sentiasa sibuk..sibuk dan sibuk..Dan aktiviti malam pula tiada televisyen..tiada radio..tiada keluar shoppng melainkan assignment!!assignment!!dan assignment!!!

Belum lagi ditambah dengan kesibukan program kolej..Busy.busy..Test..Exam..Final..Projek..Kuiz..
Aku suka..aku suka..tapi memang tension, motivasi kena tinggi, kesabaran perlu tebal, kecekalan kena pegang, pengorbanan tidak usah dikira..

Tapi semua dah lepas..suasana dulu dan sekarang tidak sama lagi..



kenanganku di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia..


2 comments:

mr haz said...

aku pun rindu gak zaman di uthm dulu.. kat sana best.. kawan2 ramai..

daisy_rose said...

ha..aku x rindoo..
aku benci dok sini!!!!!!