WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Jodoh pertemuan itu telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana janjiNYA tentang perkara-perkara yang lain..Ajal…Maut..Rezeki..Sakit..

Sekiranya JODOH itu milik aku.. Setahun akan datang ia akan jadi milik aku.. Aku hanya penghitung waktu dan pemutarnya ada di ATAS.. Aku berdoa dan berharap semoga setahun akan menjadi secepat yang mungkin….

Sebulan…….Dua bulan……….Cepat la masa berlalu..

Dua tahun yang lalu..Sukar untuk aku gambarkan siapa aku ketika itu..bagaimana situasi aku pada saat aku..Aku yang terlalu naïf dan bodoh saat itu..Cinta pertama dan orang bodoh seperti aku tidak layak untuk lelaki sekejam dia.. Aku yang terlalu baik..terlalu lurus..sangat kurang pergaulan..diri sendiri baik dan menganggap semua orang juga baik..setiap perlakuan yang baik akan dibalas dengan baik..silap..Setiap perlakuan yang baik tidak semestinya akan dibalas dengan baik..Itu hakikat hidup yang sebenar!!! Jangan percaya pada sesiapa, itu pegangan prinsip aku sekarang..Hanya percaya pada diri sendiri.. Semakin aku dewasa makin aku kenal erti kematangan….

Aku Cuma ingin meluahkan apa perasaan yang tersemat dalam hati aku yang terlalu lama terbeku.. Semoga perasaan ini akan terus hilang dan terhapus setelah habis cebisan hati ini aku karang… Perasaan tidak puas hati..Itu ke yang dimaksudkan.. Sebelum kita jumpa lelaki yang betul..kita akan jumpa lelaki yang salah terlebih dahulu.. Demi ALLAH aku katakan disini.. aku seorang perempuan yang lurus..menganggap yang baik..semuanya akan menjadi baik..ni pengajaran yang besar dalam hidup aku..yang membuka seribu kata hati aku sendiri tentang kehidupan yang baik tidak sentiasa berpihak kepada orang baik.. Baik tidak selayak kepada sebaik… Hidup ini umpama permainan..Mulai selepas itu aku suka permainan yang manusia sendiri cipta..Tiada baik dan tiada jahat..Yang hanya ada untuk hidup adalah strategik.. Dan aku mula suka kannya..sebab walaupun aku tidak menang tapi tidak sesekali aku akan mengaku kalah.. Itu lumrah kehidupan.. Bagi lelaki yang aku tujukan ini…Aku tidak pernah sesekali membenci kau..tapi bagi aku, kau memang lelaki yang sangat kejam yang pernah aku jumpa…

Doaku sentiasa…

“Ya ALLAH ya tuhanku, hapuskan lah sekelumit perasaan yang tidak pernah sekali aku mengerti ini..hapuskan la YA ALLAH..Sesungguhnya aku tidak mengerti tentang apakah perasaan ini…Ya allah ya tuhanku janganlah ada benci antara aku dengan sesame hamba yang kau cipta…..Aku redha setiap kejadianmu..”

0 comments: