WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Apa salahku
Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mahu yang menginginkan aku
Tuk jadi pengubat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat, selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan

Oh tuhan
Inikah cubaan
Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak
Bilang aku,
Aku yang tengah malu sama teman-temanku
Kerna Cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman siapa yang mahu bantu
Tolong aku kasihani aku tolong carikan
Diriku kekasih hatiku siapa yang mahu

Ku tak laku-laku
Ku tak laku-laku
Ku tak laku-laku


Istimewa Buat Orang Di Kluang..hehe
Dia datang bersama-sama 4 orang anak buah dia.. Anak-anak buah dia mesra alam buat aku sendiri x kekok dan suka melayan diorang.. Memang best la anak buah dia.. Tetamu yang di nanti mak aku telah tiba.. Kekasih hatiku..huhu..(perasan). Bawa buah tangan-ikan patin dan ikan talapia... Jemput masuk itu sudah semestinya..

Aku memang sengaja suruh dia makan tengahari kat rumah tu.. Antara menu-menu untuk tetamu ini ialah nasi putih, ikan kicap, sayur labu campur pucuk manis masak lemak, telur dada, ikan kering, tahu goreng, sambal kicap dan air ribena..hehe.. Selepas makan plak sesi temu bual with my mum.. Amin.. Alhamdulilah lepas..huhu..Suka?? Mesti la suka.. Aku sendiri pun x tahu apa yang diborakkan sebab aku x masuk campur..hehehe..

Hampir 4 jam baru la dia berangat..So sweet.. Lepas balik my mum cakap dia lembut orang ye... Aku tanya la mana mak tahu kan??? Kalau korang-korang nak tahu macam mana nak tahu orang tu lembut atau kasar adalah melalui cara dia makan.. Dia makan slow dan x gelojoh..hehehe.. Lepas peringkat pertama.. Sekarang peringkat aku plak..Aduh....
Hari ini aku baru memulakan kerja setelah seminggu lebih aku merehatkan diri sempena Raya Aidilfitri.. Hati aku x de sepenuhnya disini.. Ya Allah.. Aku sangat rindu kampung halaman.. Sangat rindukan dia.. Tapi kerja perlu diteruskan untuk aku meneruskan perjalanan hidup aku.. Semoga kehidupan aku lebih baik dari semasa ke semasa..
Bila perasaan teringin menguasai pemikiran, makanan itu juga yang kita idam-idamkan..hehe..

Baru ajak budak-budak rumah untuk bebuka di pizza.. Baru semalam kitorang free.. apa lagi nasib baik datang awal sikit ke Jusco Taman U, ingat nak datang lewat.. Nasib kitorang memang baik. Dapat table betul-betul last, tu pun depan pintu nak buat macam mane kan.. Kebanyakkan table dah dibooking..Penuh.. Walaupun lewat sikit makanan yang diorder tapi kitaorang sempat sembahyang magrib dirumah..hehe.

Extra cheese..hehe



Udang Tauco..hehe


5hb 2009..

My mum birthday...

Tp aku x ingat langsung.. Ada ke patut.. Macam mane la mak aku ada anak macam aku ini..hehe
Tapi dengan mood yang sangat baik pada hari itu, aku masak sepenuhnya juadah berbuka puasa.. Jam dah 6.30petang, apa lagi siap-siap la apa yang patut.. Tapi adik aku yang sorang ini x de kat rumah, padahal dah nak berbuka ini... Mana la dia ini..


Aku selaku anak yang lebih tua di dalam rumah pada masa dan ketika itu, x suka orang di dalam rumah tiada ketika makan atau keluar-keluar malam.. Dilarang sama sekali untuk keluar malam tapi dibenarkan atas sebab-sebab tertentu..hehe.. Azan dah terkumandang.. Aku dan my mum berbuka la dulu, sambil membebel-bebel kat adik yang sorang ini.. Beberapa minit kemudian dia pun balik...


Surprise!!!!

Kek untuk my mum... Untuk hari lahir my mum hari ini yang ke 54...
Malu ye aku...hohoho...

Selamat Ulang Tahun Ke-54

Pertama kali membayar zakat sendiri dengan hasil titik peluh sendiri.. Perasaan? Bangga la kan. Sudah semestinya x payah menyusahkan mak ayah lagi.. Dan langkah seterusnya terus berdiri di kaki sendiri..hehe..

Salinan pembayar zakat..


Semalam pikir punya pikir tudung apa aku nak pakai.. Dah la minggu lepas balik kampung bawa baju je terlupa plak nak bawa tudung.. Macam mana ni.. Kena ke pakai tudung coklat dengan baju biru..gila la kelakar gler.. Aduh.. Asiah cakap x kena la kak pakai tudung coklat dengan baju biru...Budak setahun muda dari aku merangkak rakan sebilik aku juga.. Bila sampai pejabat.. Ada orang cakap x kena gak...Ahh..Hehehe.. x kena ek???

Kena x?hehe..

x Guna punya saman!!! Hehehe





Baru balik dari bayar saman..melayang duit aku.. 200ringgit tu.. X boleh bla betul..
Nasib baik dapat kurang 100ringgit...
5hb Julai lepas aku melanggar lampu merah..hohoho..


Bukan tunjuk berani.. tapi masih takut membawa kereta...
x pe pengalaman pertama.. Ingat-inagt balik peristiwa itu kelakar betul..
Pertama kali kena saman memang rasa macam nak nangis...huhuhu..
Tadi ke balai polis skudai..mintak kurang..kurang tu je la dapat..
Pegawai polis tu tanya..Aku ni student ke?? Aku pun pelik...
Aku ini nampak muda lagi rupanya...huhuhu..Baru tahu...




Salinan pedua Saman ..hehe
Ahad lepas aku dan dia ke melaka.. Bebuka di sana. Dan mengambil kesempatan untuk menyeberangi Sungai Melaka menaiki bot.. Alhamdulilah kami berdua selamat pergi dan balik..
Ambik dia di rumah selewat jam 3.40 petang dan gerak memasuki tol ayer hitam jam 4.10 petang.. Kemudian dia memandu keretaku sehingga pertengahan highway..Bergilir memandu.. Selepas memasuki jalan bandar..Turn dia plak.. Kami ke bandar hilir untuk mencari tempat yang dituju...Cari punya cari x jumpa...

Dia : Awak tanya la kawan awak kat mana tempat tu?

Aku:ye la..jap ( Sambil cari nombor asri dan tekan butang hijau )

aku : assalamualaikum
asri : wakalaikumsalam
aku : kat mane ni? x balik ke?
asri : x..kat parit raja la ni..kat mane ni?
aku : kat dataran pahlawan. macam mane ek nak pegi tempat tu?
asri : ko kena keluar dari tempat tu..
aku : sebenarnya apa nama tempat tu??
asri : taman rempah...
aku : abis ni nak ke tempat pe?
asri : ko kena keluar dari tempat tu, hmm...jap lagi aku call balik..

------------------------------------------------------------------------

Asri call balik..

asri : Linda
aku : ye..
asri : sekarang ko kat mane?
aku : Bandar Hilir..
asri : Ok.. ko kena ke melaka sentral..nanti jumpa taman rempah..
aku : ok2..ke melaka sentral ek..ok..tq..



Aku : Kita cari melaka sentral wak..

Dia : Tu tempat pe?

Aku : Tu macam bustand wak...Tempat bus parking..

Dia : Saya mana la tau wak.. mana pernah sampai tempat tu..

Aku : Hah tu bus wak, ikut bus tu.. Mesti bus tu nak ke melaka sentral.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ikut punya ikut bus tu.. Sampai gak ke Taman rempah tu. Lepas tu kami mencari tempat bebuka.. Antara menu bebuka kami - 2 air tembikai, 2-nasi putih, 1-kailan ikan masin, 1- sotong tepung, 2 ekor burung puyuh masak kunyit, 1-sup daging, 1-telur mata...Rasa cukup x ek?? hehe..ok kot..

Menyeberangi Sungai Melaka bersama dia...