WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Ahad lepas aku dan dia ke melaka.. Bebuka di sana. Dan mengambil kesempatan untuk menyeberangi Sungai Melaka menaiki bot.. Alhamdulilah kami berdua selamat pergi dan balik..
Ambik dia di rumah selewat jam 3.40 petang dan gerak memasuki tol ayer hitam jam 4.10 petang.. Kemudian dia memandu keretaku sehingga pertengahan highway..Bergilir memandu.. Selepas memasuki jalan bandar..Turn dia plak.. Kami ke bandar hilir untuk mencari tempat yang dituju...Cari punya cari x jumpa...

Dia : Awak tanya la kawan awak kat mana tempat tu?

Aku:ye la..jap ( Sambil cari nombor asri dan tekan butang hijau )

aku : assalamualaikum
asri : wakalaikumsalam
aku : kat mane ni? x balik ke?
asri : x..kat parit raja la ni..kat mane ni?
aku : kat dataran pahlawan. macam mane ek nak pegi tempat tu?
asri : ko kena keluar dari tempat tu..
aku : sebenarnya apa nama tempat tu??
asri : taman rempah...
aku : abis ni nak ke tempat pe?
asri : ko kena keluar dari tempat tu, hmm...jap lagi aku call balik..

------------------------------------------------------------------------

Asri call balik..

asri : Linda
aku : ye..
asri : sekarang ko kat mane?
aku : Bandar Hilir..
asri : Ok.. ko kena ke melaka sentral..nanti jumpa taman rempah..
aku : ok2..ke melaka sentral ek..ok..tq..



Aku : Kita cari melaka sentral wak..

Dia : Tu tempat pe?

Aku : Tu macam bustand wak...Tempat bus parking..

Dia : Saya mana la tau wak.. mana pernah sampai tempat tu..

Aku : Hah tu bus wak, ikut bus tu.. Mesti bus tu nak ke melaka sentral.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ikut punya ikut bus tu.. Sampai gak ke Taman rempah tu. Lepas tu kami mencari tempat bebuka.. Antara menu bebuka kami - 2 air tembikai, 2-nasi putih, 1-kailan ikan masin, 1- sotong tepung, 2 ekor burung puyuh masak kunyit, 1-sup daging, 1-telur mata...Rasa cukup x ek?? hehe..ok kot..

Menyeberangi Sungai Melaka bersama dia...

0 comments: