Itu lah satu-satu cerita atau drama bersiri seram yang tidak pernah aku miss. Sebelum ini semua cerita seram aku blacklist dalam diary hidup aku. Entah la lepas aku masuk asrama masa aku form 4, start dari tu aku jadi penakut yang teramat sangat.huhuhu.. Gelap sikit tak boleh, ini tak boleh, itu tak boleh. Susah betul aku ini. Segala-gala filem atau drama seram adalah musuh aku sebelum ini. Entah kenapa KEKASIHKU SERU mengubah segalanya..hehe
Episod pertama aku tengok drama ini, Cuma berkesempatan selama kurang daripada setengah jam (<30 minit) selepas tu aku masuk bilik, bukan sebab ngantuk tapi sebab takut. Hehehe. Episod kedua kurang daripada 10 minit, tv tu dah dimatikan. Aku tak tau macam mane aku boleh tersuka drama ini. Nasib baik aku boleh tengok semula drama-drama episode awal-awal kat website tv3. Time kasih tv3. Sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ini. Tentang agama islam yang indah, tentang makhluk2 ghaib, tentang iman dan terutama sekali tentang manusia. Drama ini juga banyak beri pengajaran kepada diri aku sendiri.. aku yang sering lalai dan alpa tentang tanggungjawab sebagai hamba, yang kadang-kadang melanggar perintah dan suruhan NYA. Yang lupa asal usul kejadian aku. Hamba kepada NYA..
Semalam episode 9, tinggal lagi 7 episod semuanya. Harap-harap aku sempat mengetahui kesudahan drama ini. Yang baik aku ambil sebagai pengajaran hidup aku dan yang buruk aku jadikan sempadan hidup aku. Aku teringin kata-kata ustaz aku dulu masa aku disekolah agama, darjat manusia ini kadang-kadang lebih mulia atau lebih baik dari darjat malaikat, dan kadang-kadang lebih hina atau lebih teruk dari seekor anjing. Itu semua terpulang dan terserah pada kita. Beristiqamah pada jalanNYA..

0 comments:
Post a Comment