WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Semalam mak n pak angkat aku call, selalunya bila diorang call aku, mesti diorang tanya bile nak balik sane?..hmmm..ini yang tetiba aku jadi serba salah. Nasib baik semalam diorang tak Tanya…hehe. diorang cuma tanya khabar aku..alhamdulillah aku sihat..mak n pak macam tu juga..bukan aku tak nak pergi sane cuma keadaan yang tak mengizinkan aku kesana..tapi InsyaAllah kalau tiada arah melintang akhir tahun ini aku ke bumi jelapang padi tu..pedu…


Rindu nak makan ikan talang..hehe..banyak-banyak makanan kt pedu tu..ikan masin tu gak yang aku mengidam..nyum..nyum..hehe..dah la buat terliur aku je..rindu bendang pak yang luas terbentang tu..cantik gila permandangan kat sana kat sini habuk je yang banyak..aku naik rimas..Ada satu lagi yang aku teringat..kerbau pak..besar gler…mengalahkan 3-4 kali lembu…ada ke first time dia jumpa aku..dia nak kejar aku..giler punye kerbau!!!.x pasal-pasal aku kena menyorok disebalik pokok…bengong punye kerbau tu!!!..aku rase ko dah kena sembelih kan masa abang long kahwin ari tu kan…tu la padan muka…hahahaha..tu semua tinggal kenangan…satu masa dulu cerita tu berlaku..dan tak akan berulang lagi..Cuma untuk di ingat je..


Tadi
bos aku suruh cari perbezaan mouse Logitech..aduh..susah ye…name mouse ini VX Nano Cordless Laser Mouse and V450 Nano Cordless Laser Mouse. Harga VX tu RM299 and V450 tu RM169. Nape la barang-barang Logitech ni mahal-mahal. Ada ke orang nak beli..hehe.. Pape pun perbezaan pertama yang telah dapat dikenal pasti berdasarkan percarian di internet..huhuhu..ada teknologi guna la. Pertama dari segi material. Material VX ini lebih baik berbanding V450. Kedua dari sedi design, design VX ini direka untuk tangan kanan sahaja dan V450 untuk kedua-dua tangan. Ketiga VX ini mempunyai function buttons iaitu forward and back buttons manakala V450 tidak mempunyai function buttons. Keempat VX mempunyai hyper fast scroll berbanding V450. Kelima VX menggunakan bateri 2 AAA manakala V450 menggunakan bateri 2 AA. Bezanya 2AAA adalah lebih kecil berbanding 2AA. Persamaan antara kedua-duanya, pertama dua-dua wireless mouse, kedua plug and forget Nano receiver. Bermaksud dia punya peranti sangat kecik berbanding wireless mouse yang lain. Ketiga dua-dua barang Logitech dan keempatnya warranty selama 3 tahun..

2 comments:

Anonymous said...

haa..aku nk lik pedu ry nih..hehe.ko nk pesan pape ke..dlu bley la..aku jdik posmen.huhu.penuh 1 beg aku dgn brg jaja.. :)

bB sYasYa said...

aku pun miss kat dowg semua..
mak2..ayah2 angkat aku 2..
byk btl mak n ayah angkat aku..hahahha ~_~