WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Jacky tak datang, entah la dengan budak tak cukup umur tu.. tak ada komitmen langsung tuk kerja..Lantak biar p la dengan ko..Ada satu cerita di sebalik pagi ini.. Masa aku tunggu kat luar MYnotebook, ada sorang akak ini datang kat aku, umur dia dalam area 40-an.. Dia berbaju kurung dan bertudung. Perwatakaan dia sederhana saja..untuk cerita selebihnya tentang akak ni memang aku tak kenal langsung..Dipendekkan cerita akak ni tegur aku nada dan intonasi nya betul-betul menampakkan dia tengah risau..dia cakap dia dari parit sulong, suami dia ajak jalan-jalan pergi kluang dengan anak-anak 3 orang…Dalam perjalanaan ke kluang suami dia suruh dia sain satu borang. Borang tu borang poligami..Dia susah..senang-senang dia nak kahwin lain..Dia cakap dia tak nak sain.pastu suami dia suruh dia turun di persimpangan jalan..Belum sampai kluang lagi..Dia cakap sekarang ini dia tak ada apa-apa pun..Dia mintak aku duit untuk tambang dia balik parit sulung..Kerana simpati aku pada akak tu sebagai insan apatah lagi akak itu seorang pempuan.. Aku hulurkan adalah seberapa sedikit duit almaklum la belum gaji lagi..huhu..kalau dah gaji confirm aku bagi lebih..hehehe.. Aku harap aku membantu dan menolong orang yang betul. Dalam dunia ini susah untuk mempercayai orang..terlalu ramai orang yang menipu….

Walaupun kejadian ini berlaku kurang dalam 10 minit tapi bagi aku pengajarannya cukup banyak..Aku tak nak jadi macam akak tu..Aku x nak jadi pempuan kampong yang hanya mengharap dan bergantung pada suami. Aku akan bergantung pada diri aku sendiri!!! Lelaki?? Mengapa perlu begitu ye???
Semalam aku pergi tengok wayang, tiap-tiap ahad aku rasa boring sangat mungkin sebab tak kerja kot. Kalau kerja ahad pun aku tak kesah bukan buat apa pun kat rumah… Semalam pergi tengok wayang cite High School Musical 3. Aku pernah tengok citenya sebelum ni Cuma kurang pasti yang pertama or kedua..Rasenya yang first kot.

Aku suka cite ini sebab heroin nya cantik ya ampun!!! Pastu ada lagu dan tarian..ala-ala hindustan gitu..hohoho..Pastu suara heroinnya merdu nyaaa…Mungkin kena dengan jiwa aku kot, remaja, suka tengok dress up diorang, suka tengok gaya diorang, semua tentang cite ini aku suka tengok..
Aku bagi 3.9 bintang..huhuhu..macam ada something kurang untuk cukupkan 4 bintang..hihihi






Cun kan gambar diorang??????????

haha...bos aku nak sistem aku dulu masa praktikal..aduh!! aku ingat dia dah x nak..
mati la aku..dah lame aku tinggalkan study ni..ni kena study balik.
aku ingat dia x nak guna, nape la tetiba baru cakap...
aku mintak masa sampai bulan Disember tahun ni..
Insyaallah aku sedaya upaya untuk siap kan..

Lagi satu mungkin sampai akhir tahun ini juga aku kerja kat sini, aku nak benti..
ye..aku nak benti!!!
Tentang aku…….

1- Bagi aku, aku ini istimewa.( hahaha..) ye la mane lagi hendak jumpa orang bernama Raja Aslinda Binti Raja Muhammad di dalam dunia ini.hehe..

2- Hidup ini tak selalunya indah..perjalanaan hidup seseorang itu pasti ada onak dan duri, begitu juga aku. Suka atau tidak kita kena menghadapinya tapi itu semua terpulang pada individu itu untuk menghadapinya secara positif atau negatif. Kenyataan pertama untuk aku hadapi seusia 8tahun, aku telah kehilangan insan bergelar ayah..dia meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Cuma ada satu perasan sampai sekrang yang aku tidak tahu bagaimana untuk terangkan perasaan itu tetap ada..bila aku melihat seorang ayah dengan anak perempuannya berada depan mata aku..air mata ini terlalu mudah untuk mengalirkan. Aku juga terlalu rindu untuk salam cium tangan seorang ayah..mungkin ayah mertua kot nanti..hehe…Kenyataan Kedua, itu semua kenyataan hidup aku sendiri first time aku tinggal di asrama pada usiaku 16 tahun, lepas tingkatan 3. Aku betul-betul belum membiasakan diri tinggal di asrama walaupun telah setahun berlalu. Pada masa yang sama juga 4 Perdagangan 3, merupakan kelas yang tercalon sebagai kelas harapan. Aku betul-betul rasa tertekan, bagi aku pelajar-pelajar kelas itu bukan dikalangan pelajar pandai tetapi mereka semua berusaha untuk menjadi seorang yang pandai termasuk aku. Terlalu sengit persaingan di kelas itu, aku betul-betul rasa tertekan. Bagi aku selama 2 tahun aku disana, hidup aku betul-betul focus pada pelajaran. Dan sampai sekarang pesaing-pesaing aku adalah dikalangan mereka semua tapi mereka semua tidak pernah tahu. Aku tetap juga hendak berjaya. Kenyataan Ketiga ialah..hehe..malu nak bagi tahu..gagal dalam percintaan.Stop!! x boleh cakap lebih-lebih.huhuhu..Sebab itu juga aku ambil masa setahun untuk pulih..Sebab itu juga merupakan tekanan besar dalam hidup aku, Cuma aku simpan dalam hati je..hohoho..kesannya pada diri aku sendiri..muka aku abis tumbuh jerawat..hohohoho…

3- Aku merupakan ahli taekwan-do bertali pinggang biru..mesti korang tidak percaya kan??huhu..tapi itu la kenyataan nya.aku sertai taekwan-do semasa di tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Latihan aku pada hari ahad jam 8pagi hingga 10pagi..Budak-budak taekwan-do ini selalu ponteng duty asrama..hahaha..sebab masa duty asarama itu kitaorang semu ada latihan..

4- Nak kata aku kesal..bukan juga..mungkin aku serba salah..memilih salah satu antara dua pilihan yang baik..Pertama taekwan-do merupakan minat aku.sukar untuk aku gambarkan..aku terlalu minat tentang sukan itu..Bagi aku sukan itu dapat meningkatkan keyakinan diri sebab kita akan berasa selamat dan tahu mempertahankan diri apabila kita diserang. Kata-kata perangsang dari jurulatih aku sendiri.Sir Sallehudin memang banyak membantu meningkatkan minat aku dalam bidang ini. Berbalik pada perasaan serba salah tu kan..hehehe..Sebenarnya beberapa minggu sebelum spm menjelang aku kena buat dua persediaan iaitu untuk membuat latihan menghadapi peningkatan tali pinggang hitam atau spm..Aku kena memilih salah satu antara dua sebab aku tidak mampu memikul keduanya sekali. Aku memilih spm tapi minat aku sampai sekarang tidak pernah luput mengenai taekwan-do walaupun sedikit..Kalau ada rezeki Insyaallah tali pinggang hitam dalam genggaman aku. Satu lagi perkara yang membuat aku serba salah.. Tawaran untuk aku meneruskan pengajian ke UPM dalam jurusan Sains Komputer major rangkaian computer terpaksa aku lupakan.. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya bukan..begitu juga aku..minat untuk belajar tetap ada, tapi aku takut akan masa, aku perlu membalas jasa ibuku..sebab masa tak pernah kenal aku langsung..dan aku tidak dapat menjangkakan masa itu bagaimana..
Kalau masa itu kenal aku, tidak mungkin seusia 8 tahun aku kehilangan seorang ayah!!!

5- Bagi aku, aku seorang yang mempunyai sikap yang baik..hahahaha..tak boleh cite lebih-lebih..nanti orang cakap aku perasan..hohohoho..dan aku kurang senang mempunyai sikap itu, bukan apa tanggapan setiap orang berbeza-beza bukan. Mungkin dengan sikap aku itu, diorang menganggap aku ini lemah, aku ni tak berani, aku ini penakut, aku ini tidak bergantung pada diri sendiri. Aku bersyukur setiap perjalanan hidup aku ia mematangkan pemikiran dan cara hidup aku.. Cuma satu je korang semua tidak tahu tentang aku. Kalau seseorang itu buat baik pada aku, 10 kali ganda aku akan buat baik pada korang tapi kalau sekali korang buat jahat kat aku, 10 kali ganda aku buat jahat kat korang..hehe..Tapi insyaallah selagi hati ini dibaluti keimanan tidak mungkin kejahatan bermaharajalela..=)

6- Kelemahan aku adalah keluargaku..mak dan adik kesayanganku..

7- Ada satu benda buat aku takleh lupa tau..Geram la juga bila ingat-ingat balik, dulu masa aku sekolah rendah, sek menanggah cikgu-cikgu aku selalu cerita tentang universiti tentang sekolah asrama..Pastu aku ingat untuk masuk universiti kena masuk asrama. Lepas PMR aku bersungguh nak masuk asrama sebab nak masuk universiti. Bila dah besar ini tidak ada lah istilah macam itu Cuma tanggapan aku je masa kecil-kecil dulu..huhuhu. Tak apa lah jadikan itu sebagai pengalaman hidup untuk mendewasakan diri.

8- Aku dibesarkan dalam keadaan yang cukup sederhana.., aku tak pernah tak cukup makan, aku tak pernah tak cukup pakaian. Semuanya ada dalam keadaan sederhana, Betul cakap mak aku dan aku juga percaya kata-katanya. “Keluarga orang lain yang mak dan ayah mereka ada nape mereka lebih susah dari aku padahal aku hanya ada sorang mak. Dialah ibu dan dialah bapa.” Aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada, dan aku akan doakan kesejahteraan dan kesihatan ibuku selagi nyawaku dikandung badan.

9- Aku anak keturunan raja..Ya aku anak raja. Cuma aku kurang pasti tentang salahsilah latarbelakang keturunan keluarga arwah ayah.. Insyaallah kalau ada rezeki dan berkesempatan aku sendiri ingin mengenal dan mengkaji salahsilah latarbelakang keluarga arwah ayah. Cuma yang aku ingat aku pernah pergi kelantan sekali setahun sebelum arwah ayah meninggal dan selepas ayah meninggal kami semua terus putus hubungan dengan keluarga disana.

10- Dan akhir sekali tentang aku, aku Cuma manusia biasa yang ingin menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini. Aku seorang yang berjiwa seni. Aku suka akan karya, aku suka akan penulisan, aku suka akan pembacaan, aku suka akan kehidupan.

Aku
baru bangun nape perlu jatuh lagi

Tidak!!! itu semua tidak akan berlaku selagi aku hidup…aku kuat..ye aku kuat..
Aku tak akan kalah lagi, aku tak akan menyerah lagi. Hidup perlu diteruskan walau apa pun berlaku. Setiap masalah pasti ada penyelesainya. Hidup ini jangan sesekali lari dari masalah sebab esok lusa bila masalah itu mendekati kita, kita akan jatuh sebab tidak tahu menghadapinya. Belajar menghadapinya walaupun air mata menjadi taruhan..

Aku tak akan kalah lagi, walaupun aku tak menang..
itu yang pasti..