WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Tentang aku…….

1- Bagi aku, aku ini istimewa.( hahaha..) ye la mane lagi hendak jumpa orang bernama Raja Aslinda Binti Raja Muhammad di dalam dunia ini.hehe..

2- Hidup ini tak selalunya indah..perjalanaan hidup seseorang itu pasti ada onak dan duri, begitu juga aku. Suka atau tidak kita kena menghadapinya tapi itu semua terpulang pada individu itu untuk menghadapinya secara positif atau negatif. Kenyataan pertama untuk aku hadapi seusia 8tahun, aku telah kehilangan insan bergelar ayah..dia meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Cuma ada satu perasan sampai sekrang yang aku tidak tahu bagaimana untuk terangkan perasaan itu tetap ada..bila aku melihat seorang ayah dengan anak perempuannya berada depan mata aku..air mata ini terlalu mudah untuk mengalirkan. Aku juga terlalu rindu untuk salam cium tangan seorang ayah..mungkin ayah mertua kot nanti..hehe…Kenyataan Kedua, itu semua kenyataan hidup aku sendiri first time aku tinggal di asrama pada usiaku 16 tahun, lepas tingkatan 3. Aku betul-betul belum membiasakan diri tinggal di asrama walaupun telah setahun berlalu. Pada masa yang sama juga 4 Perdagangan 3, merupakan kelas yang tercalon sebagai kelas harapan. Aku betul-betul rasa tertekan, bagi aku pelajar-pelajar kelas itu bukan dikalangan pelajar pandai tetapi mereka semua berusaha untuk menjadi seorang yang pandai termasuk aku. Terlalu sengit persaingan di kelas itu, aku betul-betul rasa tertekan. Bagi aku selama 2 tahun aku disana, hidup aku betul-betul focus pada pelajaran. Dan sampai sekarang pesaing-pesaing aku adalah dikalangan mereka semua tapi mereka semua tidak pernah tahu. Aku tetap juga hendak berjaya. Kenyataan Ketiga ialah..hehe..malu nak bagi tahu..gagal dalam percintaan.Stop!! x boleh cakap lebih-lebih.huhuhu..Sebab itu juga aku ambil masa setahun untuk pulih..Sebab itu juga merupakan tekanan besar dalam hidup aku, Cuma aku simpan dalam hati je..hohoho..kesannya pada diri aku sendiri..muka aku abis tumbuh jerawat..hohohoho…

3- Aku merupakan ahli taekwan-do bertali pinggang biru..mesti korang tidak percaya kan??huhu..tapi itu la kenyataan nya.aku sertai taekwan-do semasa di tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Latihan aku pada hari ahad jam 8pagi hingga 10pagi..Budak-budak taekwan-do ini selalu ponteng duty asrama..hahaha..sebab masa duty asarama itu kitaorang semu ada latihan..

4- Nak kata aku kesal..bukan juga..mungkin aku serba salah..memilih salah satu antara dua pilihan yang baik..Pertama taekwan-do merupakan minat aku.sukar untuk aku gambarkan..aku terlalu minat tentang sukan itu..Bagi aku sukan itu dapat meningkatkan keyakinan diri sebab kita akan berasa selamat dan tahu mempertahankan diri apabila kita diserang. Kata-kata perangsang dari jurulatih aku sendiri.Sir Sallehudin memang banyak membantu meningkatkan minat aku dalam bidang ini. Berbalik pada perasaan serba salah tu kan..hehehe..Sebenarnya beberapa minggu sebelum spm menjelang aku kena buat dua persediaan iaitu untuk membuat latihan menghadapi peningkatan tali pinggang hitam atau spm..Aku kena memilih salah satu antara dua sebab aku tidak mampu memikul keduanya sekali. Aku memilih spm tapi minat aku sampai sekarang tidak pernah luput mengenai taekwan-do walaupun sedikit..Kalau ada rezeki Insyaallah tali pinggang hitam dalam genggaman aku. Satu lagi perkara yang membuat aku serba salah.. Tawaran untuk aku meneruskan pengajian ke UPM dalam jurusan Sains Komputer major rangkaian computer terpaksa aku lupakan.. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya bukan..begitu juga aku..minat untuk belajar tetap ada, tapi aku takut akan masa, aku perlu membalas jasa ibuku..sebab masa tak pernah kenal aku langsung..dan aku tidak dapat menjangkakan masa itu bagaimana..
Kalau masa itu kenal aku, tidak mungkin seusia 8 tahun aku kehilangan seorang ayah!!!

5- Bagi aku, aku seorang yang mempunyai sikap yang baik..hahahaha..tak boleh cite lebih-lebih..nanti orang cakap aku perasan..hohohoho..dan aku kurang senang mempunyai sikap itu, bukan apa tanggapan setiap orang berbeza-beza bukan. Mungkin dengan sikap aku itu, diorang menganggap aku ini lemah, aku ni tak berani, aku ini penakut, aku ini tidak bergantung pada diri sendiri. Aku bersyukur setiap perjalanan hidup aku ia mematangkan pemikiran dan cara hidup aku.. Cuma satu je korang semua tidak tahu tentang aku. Kalau seseorang itu buat baik pada aku, 10 kali ganda aku akan buat baik pada korang tapi kalau sekali korang buat jahat kat aku, 10 kali ganda aku buat jahat kat korang..hehe..Tapi insyaallah selagi hati ini dibaluti keimanan tidak mungkin kejahatan bermaharajalela..=)

6- Kelemahan aku adalah keluargaku..mak dan adik kesayanganku..

7- Ada satu benda buat aku takleh lupa tau..Geram la juga bila ingat-ingat balik, dulu masa aku sekolah rendah, sek menanggah cikgu-cikgu aku selalu cerita tentang universiti tentang sekolah asrama..Pastu aku ingat untuk masuk universiti kena masuk asrama. Lepas PMR aku bersungguh nak masuk asrama sebab nak masuk universiti. Bila dah besar ini tidak ada lah istilah macam itu Cuma tanggapan aku je masa kecil-kecil dulu..huhuhu. Tak apa lah jadikan itu sebagai pengalaman hidup untuk mendewasakan diri.

8- Aku dibesarkan dalam keadaan yang cukup sederhana.., aku tak pernah tak cukup makan, aku tak pernah tak cukup pakaian. Semuanya ada dalam keadaan sederhana, Betul cakap mak aku dan aku juga percaya kata-katanya. “Keluarga orang lain yang mak dan ayah mereka ada nape mereka lebih susah dari aku padahal aku hanya ada sorang mak. Dialah ibu dan dialah bapa.” Aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada, dan aku akan doakan kesejahteraan dan kesihatan ibuku selagi nyawaku dikandung badan.

9- Aku anak keturunan raja..Ya aku anak raja. Cuma aku kurang pasti tentang salahsilah latarbelakang keturunan keluarga arwah ayah.. Insyaallah kalau ada rezeki dan berkesempatan aku sendiri ingin mengenal dan mengkaji salahsilah latarbelakang keluarga arwah ayah. Cuma yang aku ingat aku pernah pergi kelantan sekali setahun sebelum arwah ayah meninggal dan selepas ayah meninggal kami semua terus putus hubungan dengan keluarga disana.

10- Dan akhir sekali tentang aku, aku Cuma manusia biasa yang ingin menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini. Aku seorang yang berjiwa seni. Aku suka akan karya, aku suka akan penulisan, aku suka akan pembacaan, aku suka akan kehidupan.

3 comments:

bB sYasYa said...

ermm..
byk gak yg ko tls 2 aku dh tau..
itu tandanya aku mengenalimu kan syg?
hahahahha...
setiap pe yg terjadi,ade sesuatu terselindung di sebaliknye..cuma kte je yg xnampak or blm nmpak..
bersabar k ~_~

As said...

ye ke?
aku ingat ramai belum tahu tau..
hehehe..
ye..itu yg pasti.

p i j a h said...

ha! ini missy pijah baru tau taok..selama nie aku xtao pun yg mak linda is both of parents..
tp ko mmg kuat a linda..caiyok!
eh jap2 ini kire hutang tag aku ke...