WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Kad Perkahwinaan
Salam semua, terlalu lama aku menyepi baru hari nie ada mood untuk update blog.. Syukur alhamdulillah semua ye telah selamat.. Terima kasih kepada semua yang menjayakan ye...

Berbalik kepada tajuk entry ini, aku nak cerita serba sedikit tentang persiapan perkahwinaan aku. Pertama sekali tentang kad perkahwinaan aku.. Aku buat 3 versi kad kahwin aku.hehe..

Tapi yang paling utama kad yang paling aku suka... nak show kat semua ni..


ni saje je..hehe





Sangat suka reben pink ala2 purple... SANGAT PUAS HANDLE MAJLIS SENDIRI


Kepenatan melipat kad baru amek dari kedai

Saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput rakan-rakan terutama rakan2 SRK BT 3, STABK, SEK TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR, UTHM, ICON SOMPUTER, KKM, UTM, rakan2 RUMAH SEWA dan semua yang mengenali sy ke MAJLIS PERKAHWINAN SY (RAJA ASLINDA & MOHD KHIR) pada 5HB DISEMBER 2010.



Putih bersih..i like...


Kertas dalamnya pink...sebenarnya aku nak merun..tapi kertas colour merun xde...reda je la...


Gambar Mengedixxx...wek..wek...

* selepas selesai majlis perkahwinan aku nanti, akan aku update banyak-banyak. Semu benda aku nak cerita. Sangat puas handle majlis sendiri..



Jauhkan lah aku dengan kenangan lalu dia... Selama ini aku selalu berfikiran positif,  kenapa kali ini...
Tahun ini xde nak pikir raya ye.... Semu pikir pasal kahwin je... Banyak barang lagi belum beli...OMG...

Tengah survey2 kasut ini...












tq google.... mane yang cantik ye...
Bagi pasangan yang bakal melangkah kea lam perkahwinan, persiapan fizikal dan mental perlu dilakukan seawal tiga bulan sebelum majlis yang direncana berlangsung. Rawatan diri perlulah diberi perhatian secara menyeluruh dari hujung rambut sehingga hujung kaki yang mana ia dibahagi kepada tiga bahagian iaitu badan, muka dan rambut.

Kesibukan menguruskan majlis perkahwinaan sememangnya meletihkan dan boleh membawa kepada tekanan. Oleh itu, untuk menghilangkan tekanan pada tubuh dan wajah agar keserian terserlah dan tubuh kekal bertenaga semasa majlis perkahwinan berlangsung, apa kata anda ikuti petua dan pesanan di bawah ini.

RAWATAN BADAN UNTUK BAKAL PENGANTIN

1-Bagi rawatan badan, apa kata anda berbelanja sedikit untuk memanjakan diri di spa-spa yang menawarkan pakej lengkap rawatan badan untuk menberi ketenangan kepada tubuh anda. Mulakan rawatan badan ini sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menjelangnya hari bahagia. Kerapkan rawatan ini menjadi seminggu sekali sehingga menjelangnya majlis persandingan.

2-Rajinkan diri untuk melakukan scrub seminggu sekali ke seluruh tubuh anda. Amalan scrub ini bukan sahaja mampu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati malah ia meninggalkan kesan lembut dan licin pada kulit anda. Sebagai ingatan, anda tidak perlu menggosok scrub dengan kuat pada kulit kerana butiran halus scrub itu sudah mampu membersihkan kulit anda.

3-Kekerapan melulur badan dengn herba dan rempah terpilih membantu menghaluskan kulit di seluruh badan anda agar kulit kelihatan gebu dan mulus. Untuk kali pertama mendapatkan khidmat professional untuk memberi tunjuk ajar supaya anda boleh melakukannya sendiri di rumah pada masa akan dating. Selain menjimatkan, anda boleh melakukan mengikut kesesuaian masa anda sendiri.

4-Satu lagi rawatan yang tidak boleh anda lupakan ialah mandi susu. Rawatan ini berfungsi untuk mencerahkan kulit selain menghindarkan kulit daripada masalah kusam dan tidak bermaya. Susu mandian daripada ekstrak susu kambing bercampur madu dikatakan amat bagus digunakan untuk rawatan ini. Selain mencerahkan kulit, ia juga mampu mengekalkan kelembapan dan melembutkan kulit anda.

5-Untuk mendapatkan tubuh bertenaga di hari persandingan nanti, apa kata belai diri anda dengan mandian bunga yang dicampur perahan limau nipis. Mandi bunga dipercayai mampu memberi efek tenang dan mendamaikan pada tubuh. Tenaga dari bunga-bungaan yang digunakan dapat menyuntik kekuatan dalaman tubuh selain meninggalkan keserian berpanjangan pada wajah..


JOM KITA SAMA-SAMA MENCUBA...


SUMBER BUKU PRIMA TAJUK TIP MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN MUDAH, MERIAH DAN JIMAT


 

 
CALON ISTERI DAMBAAN ISTERI

 

 

Walaupun mungkin ada yang merasakan ramai lelaki memandang paras rupa dalam mencari calon isteri mereka, namun hakikatnya tidak semuanya begitu. Mungkin ada yang menawan namun ramai juga sebenarnya mencari cirri-ciri lain yang layak untuk dikagumi selain kecantikan….

 
Apakah cirri-ciri tersebut? Inilah yang dicari-cari oleh mereka :

 

 
MEMBANTU PASANGAN MENJADI LEBIH BAIK

 
Pada dasarnya, setiap lelaki yang memiliki isteri yang hebat akan berkata bahawa pasangannya itu telah membuat dirinya ingin menjadi seseorang yang lebih baik. Tidak perlu kata-kata atau tindakan untuk membuat lelaki merasakan perkara tersebut kerana menurut lelaki,ia dating dengan sendirinya. Secara automatik, lelaki akan berusaha memperbaiki hidupnya, lebih perhatian pada keluarga, berusaha memperbaiki hidupnya agar lebih baik dan melakukan pelbagai perkara untuk membuat dirinya lebih baik.

 

 
MENDENGAR KATA

 
Perkara yang palaing menyenangkan seorang lelaki adalah apabila memiliki pasangan yang menghormati dan menghargainya sebagai seorang lelaki. Lelaki sebenarnya mengimpikan calon isteri yang selalu mendengar kata-katanya meskipun dia tidak selalu bersetuju dengan pendapat dan pemikiran pasangannya itu. Selain mendangar kata-kata suami, seorang isteri yang baik itu juga akan sentiasa menjaga air muka suaminya. Dia tidak akan memperlekeh atau memperkecilkan suami di hadapan teman-teman atau keluarganya. Mereka juga tidak akan membuka masalah peribadi untuk dikongsi dengan orang ramai melainkan mereka berdua saja.

 

 
MENCINTAI SEPENUH HATI

 
Lelaki selalu mencari calon isteri yang dapat mencintainya sepenuh hatinya. Apabila mereka sudah bertemu dengan wanita yang mencintainya bersungguh-sungguh nescaya kehadirannya tidak akan disia-siakan. Setiap manusia memiliki sikap dan kebiasaan yang berbeza. Jadi, sekiranya seseorang wanita itu mencintai lelaki sepenuh hati maka dia akan berusaha menyesuaikan diri dengan sikap pasangan mereka. Inilah juga cara untuk mengetahui cinta seorang wanita. Apabila dia mencintai seseorang lelaki maka perkara kecil buat pasangannya akan menjadi sesuatu yang penting baginya.

 

 
RAPAT DENGAN KELUARGA

 
Biasanya wanita mudah akrab dengan teman atau keluarga sanga lelaki. Sememangnya itu yang diinginkan. Menjadi pasangan yang baik tidak hanya menyenangkan hati pasangan saja tetapi juga menikmati aktiviti yang dilakukan bersama diri pasangan dan keluarganya dengan sepenuh hati. Pasangan yang baik akan sangat menghargai

 


Semalam aku ada beli satu buku untuk persiapan perkahwinan dan aku ingin berkongsi dengan bakal-bakal pengantin semua... Persiapan perlu dibuat seawal 10 bulan dari tarikh majlis dan AKU 3 BULAN SEBELUM MAJLIS...Berjayakah aku????? OMG...


Persediaan Lengkap Kecantikan


10bulan sebelum majlis


-Bina matlamat untuk mencapai berat badan yang ideal dan seimbang. Setiap minggu turunkan sekurang-kurangnya 1kg.
-Awasi pemakanan kerana ia bantu mendapatkan berat badan ideal.
-Lakukan senaman, sekurang-kurangnya setengah jam sehari.
-Pastikan kening anda dibentuk mengikut bentuk wajah. Mula mendapatkan sentuhan professional bagi memiliki kening yang cantik.
-Pastikan kebersihan pada kuku, rawat kuku dan kilatkan permukaannya.
-Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka. Mula berjinak dengan pusat rawatan kecantikan.
-Mengekalkan bentuk badan yang cantik, gunakan scrub yang boleh menghilangkan sel-sel kulit mati agar diganti dengan yang baru.
-Sapukan krim badan yang kaya dengan vitamin C, agar kulit lebih cerah dan bersih..

8bulan sebelum majlis


-Manjakan diri anda ke salon kecantikan bagi memperolehi hasil yang lebih berkesan. Lakukan rawatan wajah, sekurang-kurangnya sebulan dua kali.
-Dapatkan rawatan mengurut bagi mengeluarkan angin di dalam badan serta membetulkan kembali urat-urat yang tersimpul. Lakukan juga mandi wap, lulur dan mandi rempah.
-Kurangkan makanan yang berminyak, berlemak dan tinggi kolestrolnya.
-Amalkan makanan yang dimasak secara rebus dan kukus.
-Rendamkan kaki dan tangan ke dalam air suam, bagi menghasilkan kuku yang cantik dan secara tidak langsung boleh menghilangkan ketenangan.
-Berusaha untuk menghilangkan tanda-tanda hitam atau sel kulit mati.
-Jangan mengubah imej tanpa sebarang rundingan kerana ini akan memberi risiko kepada penampilan.
-Lakukan penjagaan rambut dengan mengamalkan produk yang bersesuaian.
-Jika anda inginkan kuku yang cantik, kunjungilah pusat rawatan manicure.


6bulan sebelum majlis

-Kekalkan wajah agar kelihatan cantik, segar dan muda. Jalani rawatan muka yang boleh menghilangkan tekanan dan kedutan halus di wajah.
-Jika anda belum mempunyai seorang pendandan rambut yang bersesuai, carilah sekarang. Dia yang lebih professional akan member rawatan dan mengubah potongan rambut yang bersesuaian.
-Kolagen semula jadi akan berkurangan setiap hari, gunakan lebih pelembap yang mengandungi vitamin E pada rambut dan wajah agar tidak terlalu kering.
-Tidak salah mula belajar cara senaman yoga, lebih baik untuk kesihatan dan ketenangan mental dan fizikal.

4bulan sebelum majlis

-Mendapat tempahan mekap. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik pada majlis tersebut, lakukan 90minit test make-upterlebih dahulu.
-Dapatkan khidmat nasihat serta panduan kecantikan dari pakar.
-Jika anda ingin mewarnakan rambut, boleh lakukan sekarang. Sekiranya tidak bersesuaian, anda masih mempunyai masa untuk mengubahnya kembali seperti asal.
-Jangan bertukar syampu di saat begini,kekalkan pilihan dan belailah ia setiap hari
-Gunakan mask,sekerap yang boleh bagi menghilangkan tekanan dan kesegaran pada wajah


2Bulan sebelum majlis

-Mulakan latihan pakaian dan penelitian kepada aksesori rambut seperti mahkota, layah, bunga hidup dan sebagainya.
-Lakukan rawatan yang lebih terperinci bagi memperbaiki keadaan wajah yang bermasalah
-Jangan menggunakan solekan harian yang tebal kerana bimbang akan merosakkan wajah

Seminggu sebelum majlis

-Dapatkan sentuhan terakhir dari pendandan rambut anda
-Pastikan kening telah dipantis dengan cantik dan bersih
-Sekali lagi mengingatkan mekap artis anda pada hari istimewa tersebut
-Jika wajah anda masih mengalami masalah, mungkin dengan cara suntikan dari pakar kecantikan akan berhasil

Sehari sebelum majlis

-Tidur dengan cukup dan rehatkan fikiran anda supaya kulit wajah segar dan berseri di hari persandingan
-Mulai berinai, sebolehnya minta bantuan dari orang lain atau ke salun bagi mendapatkan hasil yang lebih kemas.
-Tampil dengan yakin dan berseri di majlis persandingan nanti.




Semua yang dilistkan perlu settel tima cuti raya nie juga :


-Tempah kad jemputan
-Tempah bunting
-Cari frame letak gambar dalam bilik
-Print Gambar studio - saiz B5
-Cari kasut standby untuk nikah/sanding
-Confirm kek kahwin - Kak ija
-Baju pengapit
-Pomander ball
-Lilin pink
-Vitamin kesihatan
-Carpet bilik
-Booking inai dan threading
-Survey red carpet
-Survey bunga tiang
-Survey pintu gerbang
-Cadar Bilik -standby (dah booking kat kak leha)
-Corset
-Spa
-Tengah pikir-pikir tentang guestbook...





1- ANDAMAN
   -deposit rm300
   -dh book baju : putih, hijau, merah/hitam, biru, jubah hitam/kelabu


2- JURUGAMBAR
  -deposit rm1000


3-TEST HIV
  - setel


4-KANOPI
  -deposit rm150
  -3 kanopi tetamu
  -1 kanopi pengantin


5-BARANG HANTARAN
 -kain pelikat
 -kemeja
 -tali pinggang


6-HONEYMOON
  -honeymoon 1
  -honeymoon 2


SELEBIHNYA MASA CUTI RAYA KENA SETELKAN JUGA.....
14 Mac 2010...


Tarikh-tarikh penting dalam hidup aku semua ditentukan oleh mak aku.. Tidak boleh menbangkang...hehe..Pape pun aku sayang mak aku...Apa merepek aku cite ni.. Barang-barang hantaran pertunangan aku yang lepas, hasil tangan aku dan mak aku..pape pun jom layann...

Sejadah berbentuk Rihal...luv it...

Bakul tu berharga rm23.00, kain putih sekeping berharga rm2.00, batu+renda digam satu papan berharga rm150.00,.. Bunga rose putih 3 tangkai rm15.00

Kerja gam-gam itu hasil tangan aku dan sejadah itu hasil tangan ibuku...



Ni antara hantaran coklat yang aku buat...Simple tp remeh...




Samping dibeli, dibentuk dan direka oleh ibuku.. Berbentuk kipas...Sayang mummy...hihi



Kek pertunanganku, aku dengan En Tunang bersetuju buat kek sama saiz, sama jenis, sama rupa tp lain perisa..hehe. En Tunang perisa coklat dan aku perisa vanila...



Tuala...

Sekian...
Tengah survey kek kahwin, nak buat yang biasa tiga tingkat atau campur cup cakes... Sekali pandang cantik juga cup cakes ni....





Pencarian di google...cantik kn?
Semu yang aku dapat ini pun dari blog orang lain, untuk dijadikan panduan kepada semua bakal-bakal pengantin baru...

MARI KITA SAMA-SAMA BERKONGSI ILMU...Selamat Mengamal....



~:: 43 Pantang Larang Bakal Pengantin ::~

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang
jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


1.Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2.Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga namabaik keluarga.

3.Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yangmempunyai niat tidak baik.
4.Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5.Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

6.Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

7.Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

8.Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

9.Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

10.Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

11.Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

12.Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

13.Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

14.Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

15.Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

16.Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

17.Belajar ilmu rumahtangga daripada org yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

18.Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

19.Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

20.Elakkan minum minuman keras dan merokok.

21.Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

22.Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

23.Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

24.Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

25.Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

26.Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

27.Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

28.Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

29.Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

30.Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

31.Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang.

32.Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

33.Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

34.Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

35.Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

36.Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

37.Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

38.Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

39.Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

40.Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

41.Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

42.Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

43.Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.




Berjimba-jimba bersama En Tunang yang sudi ke JB.. Luv u.. Sebelum kami berbuka, kami ke Angsana.. Aku beli lampu untuk rumah  kami lepas kahwin.. Sangat-sangat suka lampu tu, beli kat Romantika.. nampak English style...i like...hoho


Menu untuk 2 orang bebuka..



nyum...yum...Selamat Berpuasa Semua.

BLOGKU DALAM PEMBANGUNAN...HARAP MAKLUM...


Terlalu lame aku x berbicara di blog yang aku rindu ini hanya sebab sakit hati..
Tapi mulai hari ini aku peduli apa dengan orang kata...
Kalau x sudi baca blog aku ini, boleh bla ( bak kata mak aku la... )
Kalau ko dah baca blog ini, nak buat pe kecoh-kecoh...
Aku x heran pun kalau orang lain x baca blog aku ini..
Mulai saat ini, aku x kan hiraukan apa korang nak kata terutama KO....


Aku bertugas lagi untuk konvokesyen di UTM ni.. BEST la juga dari duduk rumah x tahu nak buat pe..Baik aku kerjo kan..hehe.


Bagi penjawat-penjawat awam, kita seharusnya bersyukur kerna kita mempunyai pekerjaan yang baik jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Di luar negara itu, ada sesetengah yang ingin memohon pekerjaan mengiklankan diri mereka sendiri untuk mana-mana syarikat yang ingin mengambil pekerja.. berbanding dengan di negara kita ini.. Syarikat2 masih mengiklankan kekosongan jawatan melalui media cetak atau media elektronik.. Bersyukur la kita yang ada pekerjaan, gaji bukan menjadi isu besar tapi sesetengah orang yang amat berkira tentang gaji yang diterima.. Mereka itu adalah orang yang rugi..


Pengiring tetamu kehormat di majlis konvokesyen UTM yang diimport dari Sulawesi Indonesi....

Bershopping dengan elaun petugas konvokesyen- satu baju untuk Mr Tunang ada satu baju i..ok..
Target untuk menguruskan berat badan... Timbang je...berat masih mase je.. tiada perubahan, Aku bersenam separuh nak pitam... Keliru aku, Siapa yang salah ni. Yang pasti bukan aku yang salah.. Aku dah bersenam. Aku dah berdiet.. Mesti penimbang yang bersalah ni.. Betul2...HUHUHU

peace....mari la kita semua menguruskan badan..cayok2...hehe
Jom Ngeteh....

Restoran x best langsung.. tempat macam kopitiam tapi makanan ye hampeh betul.. Tension betul aku...
Pakal je ada tunang aku time tu kalau x..kalau x pe...hehehe...xde pape la...hehe


2- nasi ambang special...special la sangat...hampeh betul... 2-teh tarik pahit.. 1 pinggan jemput beku dan lebih tepung... Selamat jamu selera semua...

Nampak je macam sedap... tapi hanya kepura-puraan...
Aku baru je membaca satu blog ni. dia kawan aku masa aku sekolah di Sek Teknik Perdagangan JB. Dia pandai, cantik, kurus, ramping..semua pakej dia ada, memang x dapat aku nafikan.. bertuah badan. Tapi sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang dia. Yang aku nak bercerita tentang dia la kan..hehe.. Dia bercinta 6 tahun sejak dari sekolah teknik tu sampai sekarang. Dia putus baru-baru ini sebab ada perampas. Bila aku baca-baca blog dia, ingatkan balik kisah percintaan aku dulu..

Situasi lebih kurang sama, putus ada pihak ketiga atau perampas. Masa tu, aku derita. Masa tu, aku jatuh. Aku ambil masa untuk bangun, aku ambil masa untuk bahagia. Sensaranya hanya Allah je yang tahu. Masa tu aku selalu pikirkan tentang mereka. Mesti tengah seronok, bahagia... Dan aku hanya ditemani air mata. Aku berdendam.. Aku mengutuk bukan-bukan tentang mereka tapi cuma dalam hati.. Tidak sekali pun aku berkongsi cerita dengan sesapa..

Untuk memaafkan mereka... Hanya kata maaf yang aku pohon.

Dan sekarang aku berkawan dengan pihak ketiga tu, tidak ku sangka... Dia mencari kekuatan sebagaimana aku kuat dulu.. Entah la.. Mungkin aku dah lupakan kekasih hatiku yang dulu.. Dan aku tidak kesah sangat... Sesungguhnya ada hikmah atas semua yang terjadi.. Aku bersyukur sangat...amat-amat bersyukur..
14HB 4 2009.. Itu tarikh untuk esok..


Tapi x tau la kenapa aku rasa down sangat lepas bertunang ni.. Lebih banyak rasa sedih dari gembira. Kenapa aku perlu bandingkan dia dengan orang lain. Teruknya aku ini. Mesti dia bosan dengan aku yang gila ini. Aku pun bodoh kenapa asyik pikir bukan-bukan, pada hal semua itu tidak menjadi. Esok genap sebulan aku dengan dia bertunang. Sory...


Aku terpilih untuk pemilihan pemail futsal UTM. Kelakor kan.. Aku ni sejak dari zaman tadika lg punya la kaki bangku, macam mane urusetia tu boleh nampak bakat terpendam aku..kelakor..kelakor... Isnin, selasa, khamis dan jumaat training futsal..





Hari ini jumaat plan baik-baik untuk balik kampung, dah 2 minggu x balik kampung... Lepas tunang ini rase tenang, rase macam x nak kahwin la plak...hehe...jangan cakap mr tunang aku..dia sangat sensitif bab-bab ini..Hari ni perlawanan friendly dgn fkm(fakulti kejuruteraan mekanikal) dibatalkan..


Esok ada plan baik punye.. esok pagi-pagi buta bangun nak berjogging bersama mr tunang, bina stamina untuk kahwin...kahkah..lepas tu pergi sarapan di railway stesen..roti bakar dia amat-amat aku suka..hingga menjilat sepuluh jari..hehe.pastu pergi kedai emas, besarkan cincin tunang..nampak sangat ko dah gemuk linda..take note ok...pastu aku nak buat facial...


Pasal background blog ini....ni adalah background blog lame yang amat aku sayang... untuk publish semula blog lama itu, tidak perlukan..tp amat-amat aku sayang blog tu...aku sangat geram tentang mamat yang x reti nak jaga mulut tu...dah baca blog aku fine la...aku x kesah..tp.....dalam hati aku tuhan je yang tahu...