SUMBER BUKU PRIMA TAJUK TIP MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN MUDAH, MERIAH DAN JIMAT
CALON ISTERI DAMBAAN ISTERI
Apakah cirri-ciri tersebut? Inilah yang dicari-cari oleh mereka :
MEMBANTU PASANGAN MENJADI LEBIH BAIK
MENDENGAR KATA
MENCINTAI SEPENUH HATI
RAPAT DENGAN KELUARGA
Walaupun mungkin ada yang merasakan ramai lelaki memandang paras rupa dalam mencari calon isteri mereka, namun hakikatnya tidak semuanya begitu. Mungkin ada yang menawan namun ramai juga sebenarnya mencari cirri-ciri lain yang layak untuk dikagumi selain kecantikan….
Pada dasarnya, setiap lelaki yang memiliki isteri yang hebat akan berkata bahawa pasangannya itu telah membuat dirinya ingin menjadi seseorang yang lebih baik. Tidak perlu kata-kata atau tindakan untuk membuat lelaki merasakan perkara tersebut kerana menurut lelaki,ia dating dengan sendirinya. Secara automatik, lelaki akan berusaha memperbaiki hidupnya, lebih perhatian pada keluarga, berusaha memperbaiki hidupnya agar lebih baik dan melakukan pelbagai perkara untuk membuat dirinya lebih baik.
Perkara yang palaing menyenangkan seorang lelaki adalah apabila memiliki pasangan yang menghormati dan menghargainya sebagai seorang lelaki. Lelaki sebenarnya mengimpikan calon isteri yang selalu mendengar kata-katanya meskipun dia tidak selalu bersetuju dengan pendapat dan pemikiran pasangannya itu. Selain mendangar kata-kata suami, seorang isteri yang baik itu juga akan sentiasa menjaga air muka suaminya. Dia tidak akan memperlekeh atau memperkecilkan suami di hadapan teman-teman atau keluarganya. Mereka juga tidak akan membuka masalah peribadi untuk dikongsi dengan orang ramai melainkan mereka berdua saja.
Lelaki selalu mencari calon isteri yang dapat mencintainya sepenuh hatinya. Apabila mereka sudah bertemu dengan wanita yang mencintainya bersungguh-sungguh nescaya kehadirannya tidak akan disia-siakan. Setiap manusia memiliki sikap dan kebiasaan yang berbeza. Jadi, sekiranya seseorang wanita itu mencintai lelaki sepenuh hati maka dia akan berusaha menyesuaikan diri dengan sikap pasangan mereka. Inilah juga cara untuk mengetahui cinta seorang wanita. Apabila dia mencintai seseorang lelaki maka perkara kecil buat pasangannya akan menjadi sesuatu yang penting baginya.
Biasanya wanita mudah akrab dengan teman atau keluarga sanga lelaki. Sememangnya itu yang diinginkan. Menjadi pasangan yang baik tidak hanya menyenangkan hati pasangan saja tetapi juga menikmati aktiviti yang dilakukan bersama diri pasangan dan keluarganya dengan sepenuh hati. Pasangan yang baik akan sangat menghargai
0 comments:
Post a Comment