WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Semalam aku ada beli satu buku untuk persiapan perkahwinan dan aku ingin berkongsi dengan bakal-bakal pengantin semua... Persiapan perlu dibuat seawal 10 bulan dari tarikh majlis dan AKU 3 BULAN SEBELUM MAJLIS...Berjayakah aku????? OMG...


Persediaan Lengkap Kecantikan


10bulan sebelum majlis


-Bina matlamat untuk mencapai berat badan yang ideal dan seimbang. Setiap minggu turunkan sekurang-kurangnya 1kg.
-Awasi pemakanan kerana ia bantu mendapatkan berat badan ideal.
-Lakukan senaman, sekurang-kurangnya setengah jam sehari.
-Pastikan kening anda dibentuk mengikut bentuk wajah. Mula mendapatkan sentuhan professional bagi memiliki kening yang cantik.
-Pastikan kebersihan pada kuku, rawat kuku dan kilatkan permukaannya.
-Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka. Mula berjinak dengan pusat rawatan kecantikan.
-Mengekalkan bentuk badan yang cantik, gunakan scrub yang boleh menghilangkan sel-sel kulit mati agar diganti dengan yang baru.
-Sapukan krim badan yang kaya dengan vitamin C, agar kulit lebih cerah dan bersih..

8bulan sebelum majlis


-Manjakan diri anda ke salon kecantikan bagi memperolehi hasil yang lebih berkesan. Lakukan rawatan wajah, sekurang-kurangnya sebulan dua kali.
-Dapatkan rawatan mengurut bagi mengeluarkan angin di dalam badan serta membetulkan kembali urat-urat yang tersimpul. Lakukan juga mandi wap, lulur dan mandi rempah.
-Kurangkan makanan yang berminyak, berlemak dan tinggi kolestrolnya.
-Amalkan makanan yang dimasak secara rebus dan kukus.
-Rendamkan kaki dan tangan ke dalam air suam, bagi menghasilkan kuku yang cantik dan secara tidak langsung boleh menghilangkan ketenangan.
-Berusaha untuk menghilangkan tanda-tanda hitam atau sel kulit mati.
-Jangan mengubah imej tanpa sebarang rundingan kerana ini akan memberi risiko kepada penampilan.
-Lakukan penjagaan rambut dengan mengamalkan produk yang bersesuaian.
-Jika anda inginkan kuku yang cantik, kunjungilah pusat rawatan manicure.


6bulan sebelum majlis

-Kekalkan wajah agar kelihatan cantik, segar dan muda. Jalani rawatan muka yang boleh menghilangkan tekanan dan kedutan halus di wajah.
-Jika anda belum mempunyai seorang pendandan rambut yang bersesuai, carilah sekarang. Dia yang lebih professional akan member rawatan dan mengubah potongan rambut yang bersesuaian.
-Kolagen semula jadi akan berkurangan setiap hari, gunakan lebih pelembap yang mengandungi vitamin E pada rambut dan wajah agar tidak terlalu kering.
-Tidak salah mula belajar cara senaman yoga, lebih baik untuk kesihatan dan ketenangan mental dan fizikal.

4bulan sebelum majlis

-Mendapat tempahan mekap. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik pada majlis tersebut, lakukan 90minit test make-upterlebih dahulu.
-Dapatkan khidmat nasihat serta panduan kecantikan dari pakar.
-Jika anda ingin mewarnakan rambut, boleh lakukan sekarang. Sekiranya tidak bersesuaian, anda masih mempunyai masa untuk mengubahnya kembali seperti asal.
-Jangan bertukar syampu di saat begini,kekalkan pilihan dan belailah ia setiap hari
-Gunakan mask,sekerap yang boleh bagi menghilangkan tekanan dan kesegaran pada wajah


2Bulan sebelum majlis

-Mulakan latihan pakaian dan penelitian kepada aksesori rambut seperti mahkota, layah, bunga hidup dan sebagainya.
-Lakukan rawatan yang lebih terperinci bagi memperbaiki keadaan wajah yang bermasalah
-Jangan menggunakan solekan harian yang tebal kerana bimbang akan merosakkan wajah

Seminggu sebelum majlis

-Dapatkan sentuhan terakhir dari pendandan rambut anda
-Pastikan kening telah dipantis dengan cantik dan bersih
-Sekali lagi mengingatkan mekap artis anda pada hari istimewa tersebut
-Jika wajah anda masih mengalami masalah, mungkin dengan cara suntikan dari pakar kecantikan akan berhasil

Sehari sebelum majlis

-Tidur dengan cukup dan rehatkan fikiran anda supaya kulit wajah segar dan berseri di hari persandingan
-Mulai berinai, sebolehnya minta bantuan dari orang lain atau ke salun bagi mendapatkan hasil yang lebih kemas.
-Tampil dengan yakin dan berseri di majlis persandingan nanti.




2 comments:

Anonymous said...

hye...
how are u..
dont forget to follow me at muhammadjay.blogspot.com k

naniE said...

misti boleh..insyaAllah..