WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Bagi pasangan yang bakal melangkah kea lam perkahwinan, persiapan fizikal dan mental perlu dilakukan seawal tiga bulan sebelum majlis yang direncana berlangsung. Rawatan diri perlulah diberi perhatian secara menyeluruh dari hujung rambut sehingga hujung kaki yang mana ia dibahagi kepada tiga bahagian iaitu badan, muka dan rambut.

Kesibukan menguruskan majlis perkahwinaan sememangnya meletihkan dan boleh membawa kepada tekanan. Oleh itu, untuk menghilangkan tekanan pada tubuh dan wajah agar keserian terserlah dan tubuh kekal bertenaga semasa majlis perkahwinan berlangsung, apa kata anda ikuti petua dan pesanan di bawah ini.

RAWATAN BADAN UNTUK BAKAL PENGANTIN

1-Bagi rawatan badan, apa kata anda berbelanja sedikit untuk memanjakan diri di spa-spa yang menawarkan pakej lengkap rawatan badan untuk menberi ketenangan kepada tubuh anda. Mulakan rawatan badan ini sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menjelangnya hari bahagia. Kerapkan rawatan ini menjadi seminggu sekali sehingga menjelangnya majlis persandingan.

2-Rajinkan diri untuk melakukan scrub seminggu sekali ke seluruh tubuh anda. Amalan scrub ini bukan sahaja mampu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati malah ia meninggalkan kesan lembut dan licin pada kulit anda. Sebagai ingatan, anda tidak perlu menggosok scrub dengan kuat pada kulit kerana butiran halus scrub itu sudah mampu membersihkan kulit anda.

3-Kekerapan melulur badan dengn herba dan rempah terpilih membantu menghaluskan kulit di seluruh badan anda agar kulit kelihatan gebu dan mulus. Untuk kali pertama mendapatkan khidmat professional untuk memberi tunjuk ajar supaya anda boleh melakukannya sendiri di rumah pada masa akan dating. Selain menjimatkan, anda boleh melakukan mengikut kesesuaian masa anda sendiri.

4-Satu lagi rawatan yang tidak boleh anda lupakan ialah mandi susu. Rawatan ini berfungsi untuk mencerahkan kulit selain menghindarkan kulit daripada masalah kusam dan tidak bermaya. Susu mandian daripada ekstrak susu kambing bercampur madu dikatakan amat bagus digunakan untuk rawatan ini. Selain mencerahkan kulit, ia juga mampu mengekalkan kelembapan dan melembutkan kulit anda.

5-Untuk mendapatkan tubuh bertenaga di hari persandingan nanti, apa kata belai diri anda dengan mandian bunga yang dicampur perahan limau nipis. Mandi bunga dipercayai mampu memberi efek tenang dan mendamaikan pada tubuh. Tenaga dari bunga-bungaan yang digunakan dapat menyuntik kekuatan dalaman tubuh selain meninggalkan keserian berpanjangan pada wajah..


JOM KITA SAMA-SAMA MENCUBA...


0 comments: