WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com

Dalam kesibukan  menjalani ibadah puasa tahun ini, aku juga menyibukkan diri menghadiri kelas masakan, 2 minggu berturut-turut sabtu ahadku sibuk dengan kelas ini. Seronok sangat. Dapat ilmu dan dapat kawan baru. Lebih baik sibuk diri sekarang sebelum aku bakal jadi student balik. Kad matrik sudah dapat.hehe.


Sabtu, 6hb ogos lepas, aku belajar buat homemake coklat yang simple tapi sangat cantik. Tengah kumpul-kumpul barang untuk menjalani perniagaan.huhuhu...ada ke customer nak beli...kwang kwang...

Mould coklat..

Ni adalah coklat putih yang telah letak pewarna
Di adalah hasilnya...ada beberapa teknik yang dipelajari..
Coklat putih yang dicairkan
Coklat yang dicairkan
Ahad , 7hb ogos plak, aku belajar buat coklat ala-ala lolipop tu... Sangat menguji kesabaran dan keimanan. perlu sangat teliti dan kemas.
Coklat yang tidak berapa jadi... kecewa seorang akak tu.. xpe kak, kat uamh boleh cuba lg
Ni yang aku punya.. saje je nk show off
Cute x?
Ni hasil dengan penuh kesabaran.
Sweet x? RM1.80 sebatang.
Nak bawa balik...

Sabtu, 13hb ogos. aku belajar buat roti.. roti ini memang sedap giler sebab guna tepung high protein


Roti yang belum dimasuk...

Kena tunggu hingga kembang sebelum masuk oven

Roti HOTDOG

Nampak x dah kembang, dan boleh masuk oven..

Macam ini cara-cara untuk menguli

Masuk dalam oven

Ni hasil selepas keluar dari oven

Di dalam oven, kembang-kembang

Sungguh menyelerakan

Dah siap...Jom balik

Ahad, 14hb ogos lepas aku belajar buat cheese tat.. sangat sedap
Fruit Tat
Strawberi Cheese Tat..Yum yum...
Choclate Cheese Tat..RM30  50 BIJI..HEHE
Fruit Tat LAGI
Zoom Dekat
Kelonsong Tat




Akan kembali kepada zaman Kampus...bersyukur sangat....

Your Name
Alhamdulillah borang sambung belajar telah selamat sampai ke UTMSPACE.. aangan-angan yang bakal menjadi kenyataan.. Mudah-mudahan amin...

Sekarang sangat sibuk dengan KURSUS INDUKSI, assigment individu, assigment group, persembahan kumpulan pengucapan awam dan sudut kreatif... Harap-harap cepat la masa berlalu.. amin..

Your Name

Tahun lepas aku pegi hoyenmoon kt langkawi kan...

Bertolak dari Putrajaya. Aku dan en suami bertolak malam dalam pukul 10 lebih dan sampai-sampai Kuala Kangsar dalam pukul 5 lebih.. Sepatutnya kitaorg kena turun kat kuala perlis, untuk naik feri ke langkawi. En suami tanya la kat pembantu bus tu, dah sampai Kuala Perlis ke bng??  Kuala Perlis dah lepas dah tadi..Ahh.. Aku dan En Suami terpingga-pingga dan kemamaian sebab baru bangun dari tidur... hehe

Apa boleh buat semua penumpang turun, x kan kitaorg nak stay plak kan.. Kitaorg ke tandas dulu dan pikir-pikir apa perlu kena buat.. Hari dah semakin cerah.. Sempat bersarapan dan menuju ke bus station. Bertanya sesuatu pada seorang pak cik disitu.. Macam mane nak ke Kuala Perlis.. . Pak cik tu cakap bus-bus kat sini x ke Kuala Perlis. Dia bgtau macam mane nak ke bus station lagi satu.. Jalan Terus belok kini belok kanan jumpa Balai Polis Jalan Terus Jumpa sempang....bla..bla..bla...aku pun ingat-ingat lupa...hehe..

Kitaorang pun ikut la macam mane pak cik tu cakap, jalan kejap..penat...pakai kasut tinggi plak mase tu... Membebel la en suami.. Tu la awak bawa beg besar sangat, x yah la pakai kasut tinggi2.. Dia membebel, aku plak benggang..Dah la penat berjalan, bawa beg lagi.. Yang dia tidor tadi nape?? Geram plak time tu...

Abg, tu pak cik tadi yang kita tanya kan?? Ahh... Pak cik tu follow belakang kitaorang.. Kitaorang dah sampai satu simpang, ada balai polis... Tadi pak cik tu ckp terus.. Dia tunjuk arah tangan dia..terus..Kitaorg pun terus..Pak cik tu bawa motor kapcai je.. Pak cik tu pusing tempat tu 2 kali.. Sampai je Station bus, pak cik tu dah tunggu dah kat sane.. Pak cik tu terus jalan...Kitaorg pun jalan... Pak cik tu tunjuk isyarat lagi, dia sentuh2 bus tu.. Tu tanda ya bus ni nak ke Kuala Perlis.. Kitaorang sampai je kat bus tu.. pak cik tu x tau ke mane...xsempat pun nak ucap terima kasih...

Disini, aku ingin mengucapkan bebanyak banyak terima kasih kepada Pak cik Kuala Kangga, kerana pak cik sorang, saya akan menganggap seluruh warga Kuala Kangga baik hati dan peramah... TERIMA KASIH BANYAK PAK CIK

* Bila diingat-ingat balik, semua ni pengalaman yang tak dapat dilupakan, berada di tempat orang awal2 pagi.. kami berdua je yang cakap bahasa johor...semua orang dengan lorat utaranya.. dengan beg, kasut tinggi, tersesat..benggang dengan en suami.. Bile dikenang-kenang balik... Ni semu pengalaman manis kitaorang....

Berbulan lama ye aku tidak beblog.. Entah kenapa diri ingin menyepi buat sementara waktu..

Biar aku melihat dunia tapi masa sentiasa terisi dengan perkara yang berfaedah...

Aku join kelas buat kek...Woo... x sangka u, aku dapat buat kek ala-ala kt kedai kek tu.. hehe.. Bangga gitu..hehe

Cita-cita sekarang ingin memiliki oven..hehe.. Jangan dah ada oven, malas nak buat kek..sudah la ko linda.. vakum hadiah kahwin pun x pernah buka-buka, nampak sangat tahap kemalasan aku ni ek..


Meh aku ajar cara-cara nak buat hiasan kek butter cream

Akak-akak yang sporting.. lepas ni kak ann ajak aku join clas spa plak...kena pikir2 kan..


Pertama sekali buat cream lepaan. Bahan2 terdiri dari cream well, gula icing, susu pekat, butter and perasa


Kedua, buat cream hiasan plak. terdiri dari shouterning, gula icing, butter and perasa.

Ko tengok senget benget kek aku, susah wei...tangan kena ada seni buat kek ni..

Keempat, buat hiasan menggunakan cream hiasan td. terpulang kepada kita sendiri.

Sudah hampir siap....


Taraaaa.....bile cikgu tiada, murid-murid sangat pandai tuk menokok tambah

Ni la hasil tangan semu... Tahniah semu...

Harga asal RM300.00
Set cadar pengantin ini lengkap termasuk cadar, sarung bantal besar 2, sarung bantal kecil 2, sarung bantal panjang 1, tirai belakang dan langsir bilik..
Baru guna sekali
Harga boleh runding
Berminat, bolah call saya 012-7130872 (linda)




PERLINDUNGAN / PERUBATAN / PENDIDIKAN
PELABURAN


Manfaat :



PERUBATAN
-Kad perubatan dari RM500 000 sehingga RM1.5juta
-Bayaran bil secara terus
-Bonus tanpa tuntutan sehingga RM500/TAHUN
-Elaun hospital sehingga RM400 sehari
-Elauan pembedahan sehingga RM12 500

PENYAKIT
-Pampasan sekaligus

KRITIKAL
-Pampasan tahunan

KEMALANGAN
-Pampasan kehilangan anggota akibat kemalangan
-Bayaran balik bil rawatan akibat kemalangan
-Pampasan mingguan akibat kemalangan
 KEMATIAN
-Pampasan kematian biasa
-Pampasan kematian kemalangan
-Elaun pengkebumian

KEHILANGAN UPAYA KEKAL
-Pampasan sekaligus
-Pampasan tahunan

CONTRIBUTOR
-Caruman percuma jika sakit kritikal


-Pelaburan dalam dana amanah
TAKAFUL KELUARGA

Pengenalan


Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.

 Apakah takaful keluarga?


Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa. Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000 setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000 setahun.


Konsep takaful dan takaful keluarga



Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.
 Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.



Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.


Jenis perlindungan


Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut:


• Keluarga biasa


-Takaful keluarga individu (perseorangan) – Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.
 -Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) – Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.


• Anuiti
Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara.


• Berkaitan pelaburan

Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.
 Takaful keluarga 'rider' merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. 'Rider' memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan.


Manfaat di bawah takaful keluarga


Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:


Daripada AP anda


Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.
 Daripada AKP anda


Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.
 Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat- manfaat berikut:


Daripada AP anda


Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.


Daripada AKP anda


Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.

 


Terma dan syarat utama


Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.


Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:


Caruman – Ini ialah ansuran caruman takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan ataupun tahunan.



Tempoh tangguh – Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.



Tempoh matang – Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluan anda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.


Ciri-ciri penting takaful keluarga


Sebahagian daripada ciri-ciri penting takaful keluarga ialah:


• Terbuka kepada semua individu berumur antara 18 hingga 55 tahun.


• Anda mempunyai pilihan tempoh matang.


• Tidak ada pelucuthakan jika berlaku pembatalan


• Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada caruman.


• Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.


• Menyediakan simpanan dan pelaburan jangka panjang.


Pengecualian


Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:


Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasa anda siuman atau tidak.


• Jika anda melanggar undang-undang.


• Jika anda memprovokasi serangan.


• Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.


• Jika anda menghidap AIDS atau HIV.


• Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.
Beritahu penama (wasi) anda
Beritahu penama anda tentang takaful keluarga yang anda sertai, sebarang perubahan yang telah dibuat dan tempat di mana anda menyimpan dokumen-dokumen tersebut.
Simpan dokumen-dokumen tersebut di tempat yang selamat. Letakkan maklumat-maklumat asas seperti nama pengendali takaful, jenis pelan, nombor sijil dan nama-nama penama di tempat yang berasingan.
Pastikan anda memaklumkan alamat penama anda dan pertukaran, jika ada, kepada pengendali takaful anda.


Bagaimanakah saya membuat tuntutan?
Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil anda. Semasa membuat tuntutan:
Maklumkan kepada pengendali takaful anda dengan segera. Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful keluarga.


Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:
• Salinan sijil kematian yang disahkan;


• Salinan kad pengenalan simati;


• Sijil takaful asal;


• Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan


• Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.


Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia


• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takaful atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan.


• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.


• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada FMB, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. FMB mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga.

• FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.
• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah.
• Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-
o RM200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaran
o RM100,000 bagi pelan takaful yang lain
o RM5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga
• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan itu kepada BNM.
Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di dalam buku kecil bertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.


 
VS

Takaful perubatan dan kesihatan





Pengenalan
 Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda dalam memahami takaful perubatan dan kesihatan. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.



Apakah takaful perubatan dan kesihatan?


Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.
 Konsep takaful dalam takaful perubatan dan kesihatan


Apabila anda menyertai takaful perubatan dan kesihatan, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti dimasukkan ke hospital atau didiagnosis menghidap penyakit tertentu.



Jenis perlindungan



Perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan adalah seperti berikut:
• Fi profesional dan perkhidmatan hospital – Pelan ini memberi perlindungan kepada anda terhadap perbelanjaan perkhidmatan hospital dan fi profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum dan/ atau bilangan hari.
• Manfaat penghospitalan – Di bawah pelan ini, anda akan diberi elaun harian bagi setiap hari anda berada di hospital disebabkan oleh penyakit dan/ atau kecederaan, tertakluk kepada bilangan hari maksimum.
• Penyakit kritikal – Pelan ini memberi manfaat sekali pembayaran sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam sijil.


Pengendali takaful boleh menawarkan pelan-pelan takaful tersebut secara individu atau gabungan. Anda perlu berhati-hati apabila memilih pelan yang memenuhi kehendak anda dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat, manfaat-manfaat, had-had, dan pengecualian sesuatu pelan takaful.

 
Bagaimanakah saya menyertai takaful perubatan dan kesihatan



Anda boleh menyertai takaful perubatan dan kesihatan melalui:



• Pelan individu - Anda menyertai pelan takaful secara individu; atau
• Pelan kumpulan - Pelan di mana majikan anda mencarum kepada dana takaful atau setiap pekerja mencarum kepada dana takaful. Jika pelan kumpulan itu disertai menerusi keahlian atau skim kad, anda perlu mendapatkan butir-butir lanjut mengenai terma


pengurusan di antara pengurus skim dengan pengendali takaful. Sila pastikan perlindungan di bawah skim tersebut ditawarkan oleh pengendali takaful yang berdaftar.


Kos pelan takaful individu secara amnya lebih tinggi daripada pelan takaful kumpulan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyesuaikan pelan takaful perubatan dan kesihatan untuk memenuhi keperluan anda berdasarkan kemampuan kewangan anda.


Manfaat yang dilindungi di bawah pelan takaful perubatan dan kesihatan



Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis pelan yang anda sertai. Anda perlu merujuk kepada sijil mengenai maklumat lanjut manfaat yang diberi seperti perkara yang dilindungi dan tidak dilindungi serta bila dan bagaimana manfaat akan dibayar.



Antara perlindungan yang dirangkumi di bawah pelan takaful perubatan dan kesihatan ialah:


• Penghospitalan

• Unit rawatan rapi

• Rawatan pesakit luar

• Lawatan pemeriksaan oleh doktor

• Pembedahan

• Bius

• Perkhidmatan ambulans

• Manfaat kematian

• Lawatan sebelum masuk hospital


Perlindungan di bawah pelan penyakit kritikal merangkumi 36 jenis penyakit kritikal lazim seperti di bawah:


• Serangan sakit jantung

• Pembedahan pintasan arteri konorari

• Kegagalan buah pinggang

• Pemindahan organ utama

• Sklerosis berganda

• Buta

• Pekak

• Hilang suara

• Kelecuran api yang teruk

• Penyakit terminal

• Jangkitan HIV daripada pemindahan darah

• Jangkitan HIV yang diperolehi melalui pekerjaan

• Anemia aplastik

• Tumor otak benigna

• Strok

• Barah

• Hepatitis fulminan

• Kelumpuhan

• Hipertensi arteri pulmonari utama

• Pembedahan injap jantung

• Pembedahan aorta

• Penyakit Alzheimer

• Koma

• Penyakit neuron motor

• Penyakit Parkinson

• Kecederaan teruk kepala akibat kemalangan yang menyebabkan trauma

• Distrofi otot

• Kuman ensefalitis
• Penyakit hati kronik
• Meningitis bakterial akut
• Sindrom apalik

• Pembedahan otak

• Poliomelitis

• Penyakit-penyakit koronari lain yang serius
• AIDS peringkat lewat
• Penyakit paru-paru kronik


Senarai ini mungkin berbeza antara pengendali takaful. Manfaat penyakit kritikal hanya akan dibayar sekiranya anda masih hidup sekurang-kurangnya 30 hari selepas didiagnosis menghidap penyakit kritikal.


Terma dan syarat utama


Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful perubatan dan kesihatan. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalamnya akan diguna pakai semasa membuat tuntutan.



Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:
 • Keadaan sedia ada – Penyakit yang sedia ada sebelum tarikh pelan berkuat kuasa, yang mana anda sedang menerima rawatan atau telah menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tersebut. Jika anda telah berjumpa doktor bagi sebarang kesakitan atau ketidakselesaan, ia akan dianggap sebagai tanda-tanda hilang upaya.
• Rawatan luar negeri – Anda boleh mendapat perlindungan terhadap rawatan yang diterima di luar negeri, tertakluk kepada pengecualian, had dan syarat yang dinyatakan di dalam sijil takaful.

• Salah nyata umur – Umur anda merupakan faktor utama di dalam takaful perubatan dan kesihatan. Jika anda tersilap menyatakan umur anda dan mengakibatkan caruman yang lebih rendah, sebarang tuntutan di bawah sijil tersebut akan dipro rata, bergantung kepada caruman yang dibayar dengan caruman yang sepatutnya dibayar.
• Tempoh layak – Kelayakan terhadap manfaat di bawah pelan takaful hanya akan bermula selepas 30 hari dari tarikh sijil berkuat kuasa.


Pengecualian


Takaful perubatan dan kesihatan pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:


• Penyakit sedia ada semasa memohon menyertai takaful.
• Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.
• Kehamilan atau kelahiran.
• Penyakit venereal, jangkitan atau parasit.

• Pembunuhan atau serangan fizikal.
• Pembedahan plastik atau kosmetik.


Bagaimanakah saya membuat tuntutan?


Sebelum anda menerima sebarang rawatan, hubungi pengendali takaful anda untuk memastikan sama ada perlindungan anda merangkumi rawatan yang akan anda terima.
 Jika perbelanjaan anda termasuk di bawah perlindungan sijil perubatan dan kesihatan, anda dinasihatkan untuk membuat perkara-perkara berikut:


• Memberi notis bertulis kepada pengendali takaful dengan segera.

• Menyediakan dokumen-dokumen berikut:

o Semua bil dan resit asal.

o Laporan lengkap doktor mengenai diagnosis penyakit yang dirawat.

o Pendapat doktor mengenai tarikh penyakit mula dihidapi.

o Keterangan ringkas mengenai kos rawatan termasuk perubatan dan perkhidmatan yang diterima.
 Penting bagi anda mematuhi nasihat perubatan kerana pengendali takaful tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda memerlukan rawatan atau perkhidmatan akibat kegagalan anda mematuhi nasihat tersebut.
 Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia


Æ’ Sekiranya anda mempunyai aduan mengenai produk atau perkhidmatan pengendali takaful anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan.


Æ’ Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) atau Bank Negara Malaysia (BNM), yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul bagi mengendalikan aduan anda.
 Æ’ Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada BPK, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. BPK mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga.


Æ’ BPK adalah sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.
 Æ’ Walau bagaimanapun, BPK tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah.



Æ’ Selain itu, aduan yang dirujuk kepada BPK adalah terhad kepada:-



o RM 200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaran

o RM 100,000 bagi pelan takaful yang lain

o RM 5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga

 
Æ’ Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa BPK, anda boleh mengemukakan aduan itu kepada BNM.



Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di bawah topik


Maklumat Am bertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.


*Pening-pening, x tau mane satu nak pilih.. Tengah survey2...


1-Ketahui apa yang disukai isteri, penuhilah apa yang diinginkannya dan hindari apa yang dibenci isteri.

2-Suami yang ingin mengatasi masalah keluarganya dan ingin menjalani hidup dengan tenteram, maka jangan sesekali meremehkan isteri. Sebaliknya, muliakanlah dia. Pujilah selalu di hadapan saudaranya atau saudaramu baik ketika mereka berada di hadapan mahupun tidak.

 
3-Ungkapkanlah kata-kata manis yang biasa disukai oleh setiap wanita seperti “semoga Allah selalu menjadikanmu kelihatan awet muda “ dan “janganlah kau tinggalkan aku” pada telinga isteri. Variasikanlah dalam mengucapkan ungkapan itu dengan penuh kejujuran.

 
4-Dengar dengan penuh perhatian ketika isteri bercakap terutama ketika dia meminta pendapat atau bantuan untuk menyelesaikan masalah.

5-Mencantikkan isteri dengan memberikan perhiasan yang bagus.



Aku nak share sesuatu kat korang.. Sumber ini daripada buku 20 tips agar dicintai suami



BERHIAS DAN BERDANDAN UNTUK MEMIKAT SUAMI


Kita tidak boleh lupa bahawa perhatian seorang wanita terhadap kewanitaan dan kecantikannya secara wajar merupakan sesuatu yang sangat perlu untuk diingat dan diterima sebagai kenyataan, dengan keyakinan bahawa lipstik paling indah yang menghiasi bibirnya adalah senyumanya yang manis, celak paling indah yang menghiasi sepasang matanya adalah pandangannya yang sayu dan lembut, pakaian paling cantik yang dia kenakan adalah kelembutan dan femininnya, serta minyak wangi paling harum yang dua pakai adalah kebersihannya.



MEMAKAI PAKAIAN INDAH

 
Oleh itu, seorang isteri harus memberikan hak kepada sepasang mata suaminya untuk melihat yang indah-indah sahaja, memberikan hak kepada sepasang telinganya untuk mendengar yang baik-baik sahaja serta memberikan hak kepada hidung dan citarasanya untuk mencium dan merasakan yang baik-baik sahaja. Isteri harus sentiasa memakai pakaian yang indah dan cantik yang menawan suaminya.

 
Dengan demikian dia dapat memiliki perasaan dan hati suaminya. Akan tetapi, bukan bererti bahawa perhatian terhadap masalah-masalah tersebut membuatnya mengabaikan urusan-urusan rumah tangga yang mencakupi mengasuh anak-anak, memasak, membasuh, membersihkan dan mengatur perabot-perabot rumah. Hal-hal seperti itu semuanya masuk dalam dalam tanggungjawab pemeliharaan serta tanggungjawab selaku pemimpin yang memang harus bertangungjawab terhadap kerja-kerja di dalam rumah.




MEMAKAI WANGI-WANGIAN

 
Isteri yang bijaksana tentu tidak melupakan memakai wangi-wangian di hadapan suami kerana ianya merupakan daya tarik tersendiri bagi suami yang inginkan isterinya kelihatan cantik dan wangi. Sebab badan yang berbau busuk akan sangat dibenci suaminya, apalagi suami yang baru pulang dari pejabat dimana dia melihat dan menyaksikan ramai wanita yang berdandan dengan dandanan memikat dan harum semerbak yang amat mempersonakan.




Tentu sekali ia sangat menginginkan isterinya seperti wanita-wanita yang baru saja dilihatnya. Oleh itu isteri mestilah memahami karakter suami agar suami semakin sayang dan mesra kepadanya.
Sangat-sangat bersyukur  misi dan azam tahun 2011 hampir separuh tercapai.. Padahal baru masuk bulan 4 untuk tahun 2011. alhamdulillah.. dan aku masih lagi mengejar misi-misi seterusnya.. Bercita-cita ingin bersama-sama bonda tercinta mengerjakan umrah.. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan perjalanan hidup hambamu ini..
Baru tergerak hati untuk publish gambar-gambar outdoor mase kahwin hari tu, walaupun sekarang tengah sibuk-sibuk UTMost...hehe.. relax jap ye..nak cuci mata...

Nampak clasik..thanz Hani n zul.


Baru lepas tukar baju.. tema merah dan hitam

Bersama bendara johor..hehe

Sangat suka gambar ni, cantik sangat
Ni di tasik kluang

Ni pun juga nampak klasik...lain dari yang lain

Cuaca pada hari tu ok sangat..alhamdulillah..


sweet...