WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Hmmm.. Aku kat sini sorang-sorang jadi pandai-pandai la cari kawan. Hari ahad lepas aku ajak sida g bazar shopping raya, dah dia je yang ada kat kluang ini. nak ajak sape lagi kalau bukan dia.. aku beli kasut, ada sales 50% plak tu..naik gila aku..huhuhu. aku plan sebenarye cuma nak beli sepasang je, dah ada sales aku beli lagi sepasang..Ya ampun!! rambang mata.. try2 nak pakai kasut tinggi sebab aku ni kurang ketinggian..hahaha..apa lagi yang best ye..kak nurul cakap ada kebaya nyonya lawa, aku pun ada g survey..lawa la juga.harga mak ai..mahal ye RM 25+ sampai RM 35+.tapi seksi la..semalam ada gak chatting dengan kak nurul pasal jebaya nyonya ni....



me : kak smlm kita g survey kebaya nyonya..lawa la..harga dia rm29+ sampai rm35+ kalau nak adjust bj, kena tmbah rm15..kt situ ada fitting room
k.nurul : ai..hari tu aku tengok x la mahal macam tu..dh naik harga ke? ada lagi stok ke stok baju? lawa2 x?
me : lawa..tp seksi la kak..
k.nurul: pe la ko ni...seksi tu la cantik..ko try ke?
me : seksi sangt la, x mau la..jarang sgt..kena pakai tiub..
k.nurul : orang ada body lawa la
k.nurul : baru cair beb orang tengok..


coretan perbualan aku dengan kak nurul........




Semalam plak, geram gila aku dengan jackie dah la lambat gila buka pintu, penat aku tunggu kat luar tu..eeeegghhh!!!! rasa nak patah kaki...tapi pape hal pun terima kasih ye, teman aku kat sini kalau tak aku x de kawan la..huhuu..

Hari ini, hehehe..alhamdulillah.baru buka kedai dah ada customer, pastu ada 3 mamat askar plak datang, salah satu tu customer aku..aku suka kat dia..hehehe..tapi dia dah kahwin, aku suka kat dia sebab dia suka buat aku ketawa..hehe..dia tu gila-gila sikit..cute la dia tu..comel..sukanya aku kat dia..so sweet..perwatakan dia yang selamba buat orang yang berada di sekeliling dia happy je..aku ingat dia dah lupa nama aku..rupa-rupanya ingat lagi...so sweet la ko yan...huhuhu.petang ni plak aku menyampah dengan customer ini sorang..x paham bahasa..pastu boleh plak panggil aku baby...naik meluat aku..geli!!!!!!!!!!!!aku harap ko jangan datang lagi..aku tak suka kat ko!!!

Hari-hari yang aku lalui sekarang tak sama macam dulu. Kesibukan aku seorang mahasiswa dah lama aku tinggalkan, rindu sungguh zaman itu. Semuanya tidak akan kembali lagi dan aku perlu menghargai kehidupan aku sekarang. Aku perlu mulakan langkah baru untuk meneruskan misi aku yang pertama. Semoga lepas raya ini, apa yang aku harapkan menjadi kenyataan.

Semalam kak farah nak jumpa aku, dia turun kluang. Sebenarnya dia nak bagi aku hadiah konvo..hehe..dah lame kak kita konvo..
baru sekarang nak bagi.
( ckp dlm hati je )..hehe. Pape pun terima kasih ye kak farah..Sebenarnya kak farah ini sepatutnya jadi akak ipar aku, tapi sekarang dah jadi akak angkat aku kiranya la..faham-faham sendiri la ye..huhuhu..=(..

Pagi ini time aku tunggu bus, aku jumpa someone.aku ingat dia.Jxx 3189. No plat kereta dia. Hmmm..Kenal dia satu pengalaman manis buat aku dan aku pun tak mengharap apa-apa yang lebih dari itu sebab sekarang aku betul-betul focus pada matlamat hidup aku. Dia..mengajar aku erti kedewasaan dan kematangan, biarlah semua macam ini, walaupun kadang kala aku teringat akan kau..khir..selamat hari lahir..semoga kau panjang umur dan murah rezeki dan juga semoga kau cepat temu jodoh..amin..
Suatu hari Ibnu Abbas ditanya Tabi'in apa yang dimaksudkan kebahagiaan dunia.
Jawab Ibnu Abbas ada tujuh kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia iaitu:


1- Hati yang selalu bersyukur - Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."

2- Pasangan hidup yang salih - Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.

3- Anak yang salih - Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."

4-Lingkungan kondusif untuk iman kita - Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.

5-Harta yang halal - Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus," kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan." Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.

6-Semangat untuk memahami agama - Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7- Umur yang berkat - Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.
Itu lah satu-satu cerita atau drama bersiri seram yang tidak pernah aku miss. Sebelum ini semua cerita seram aku blacklist dalam diary hidup aku. Entah la lepas aku masuk asrama masa aku form 4, start dari tu aku jadi penakut yang teramat sangat.huhuhu.. Gelap sikit tak boleh, ini tak boleh, itu tak boleh. Susah betul aku ini. Segala-gala filem atau drama seram adalah musuh aku sebelum ini. Entah kenapa KEKASIHKU SERU mengubah segalanya..hehe

Episod pertama aku tengok drama ini, Cuma berkesempatan selama kurang daripada setengah jam (<30 minit) selepas tu aku masuk bilik, bukan sebab ngantuk tapi sebab takut. Hehehe. Episod kedua kurang daripada 10 minit, tv tu dah dimatikan. Aku tak tau macam mane aku boleh tersuka drama ini. Nasib baik aku boleh tengok semula drama-drama episode awal-awal kat website tv3. Time kasih tv3. Sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ini. Tentang agama islam yang indah, tentang makhluk2 ghaib, tentang iman dan terutama sekali tentang manusia. Drama ini juga banyak beri pengajaran kepada diri aku sendiri.. aku yang sering lalai dan alpa tentang tanggungjawab sebagai hamba, yang kadang-kadang melanggar perintah dan suruhan NYA. Yang lupa asal usul kejadian aku. Hamba kepada NYA..

Semalam episode 9, tinggal lagi 7 episod semuanya. Harap-harap aku sempat mengetahui kesudahan drama ini. Yang baik aku ambil sebagai pengajaran hidup aku dan yang buruk aku jadikan sempadan hidup aku. Aku teringin kata-kata ustaz aku dulu masa aku disekolah agama, darjat manusia ini kadang-kadang lebih mulia atau lebih baik dari darjat malaikat, dan kadang-kadang lebih hina atau lebih teruk dari seekor anjing. Itu semua terpulang dan terserah pada kita. Beristiqamah pada jalanNYA..
Semalam mak n pak angkat aku call, selalunya bila diorang call aku, mesti diorang tanya bile nak balik sane?..hmmm..ini yang tetiba aku jadi serba salah. Nasib baik semalam diorang tak Tanya…hehe. diorang cuma tanya khabar aku..alhamdulillah aku sihat..mak n pak macam tu juga..bukan aku tak nak pergi sane cuma keadaan yang tak mengizinkan aku kesana..tapi InsyaAllah kalau tiada arah melintang akhir tahun ini aku ke bumi jelapang padi tu..pedu…


Rindu nak makan ikan talang..hehe..banyak-banyak makanan kt pedu tu..ikan masin tu gak yang aku mengidam..nyum..nyum..hehe..dah la buat terliur aku je..rindu bendang pak yang luas terbentang tu..cantik gila permandangan kat sana kat sini habuk je yang banyak..aku naik rimas..Ada satu lagi yang aku teringat..kerbau pak..besar gler…mengalahkan 3-4 kali lembu…ada ke first time dia jumpa aku..dia nak kejar aku..giler punye kerbau!!!.x pasal-pasal aku kena menyorok disebalik pokok…bengong punye kerbau tu!!!..aku rase ko dah kena sembelih kan masa abang long kahwin ari tu kan…tu la padan muka…hahahaha..tu semua tinggal kenangan…satu masa dulu cerita tu berlaku..dan tak akan berulang lagi..Cuma untuk di ingat je..


Tadi
bos aku suruh cari perbezaan mouse Logitech..aduh..susah ye…name mouse ini VX Nano Cordless Laser Mouse and V450 Nano Cordless Laser Mouse. Harga VX tu RM299 and V450 tu RM169. Nape la barang-barang Logitech ni mahal-mahal. Ada ke orang nak beli..hehe.. Pape pun perbezaan pertama yang telah dapat dikenal pasti berdasarkan percarian di internet..huhuhu..ada teknologi guna la. Pertama dari segi material. Material VX ini lebih baik berbanding V450. Kedua dari sedi design, design VX ini direka untuk tangan kanan sahaja dan V450 untuk kedua-dua tangan. Ketiga VX ini mempunyai function buttons iaitu forward and back buttons manakala V450 tidak mempunyai function buttons. Keempat VX mempunyai hyper fast scroll berbanding V450. Kelima VX menggunakan bateri 2 AAA manakala V450 menggunakan bateri 2 AA. Bezanya 2AAA adalah lebih kecil berbanding 2AA. Persamaan antara kedua-duanya, pertama dua-dua wireless mouse, kedua plug and forget Nano receiver. Bermaksud dia punya peranti sangat kecik berbanding wireless mouse yang lain. Ketiga dua-dua barang Logitech dan keempatnya warranty selama 3 tahun..

hari ini bukan semudah semalam untuk dia bergelar manusia fatanah.. banyak yang perlu

dikorbankan. banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersandung,

rebah menyembah, sesekali melangkah gagah, tersenyum megah. dan semua ini

memerlukan pengorbanan, menuntut ke sabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul...usah digusar pada Anugerah Tuhan untuk kita..anggaplah bila

sesekali di duga....itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bagaimana untuk

menjadi manusia. Lalu perlukah dia menjadi insan fasiq untuk berjaya dengan meletakkan

amanah dan hasanah di laluan kidal perjalanannya..