WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Seusia hampir mencecah 22tahun.. terlalu banyak perjalanan hidup yang tidak mampu aku senaraikan atau menceritakan semunya di sini. Terlalu banyak dan ada sesetengahnya terlalu peribadi untuk aku ceritakan kepada sesiapa.. Biar aku simpan seorang..aku rela...

Pengembaraan aku selama ini telah menemukan aku tentang seorang kawan ini. Dari zaman persekolahan seusia 7 tahun kami telah berkenalan.. Kemudian meneruskan persekolah ke alam remaja dan kemudian mendapat tawaran belajar di sekolah teknik di daerah johor bahru. Memang tidak dapat dinafikan keluarga dia banyak menbantu aku. Menghantar dan mengambil aku dari kluang ke johor. Aku amat bersyukur tentang pertolongan itu...Amat-amat.

Kemudian aku meneruskan pengajianku ke tingkatan 6. Dia minat sejarah dan aku minat sejarah..Kami sekelas. Selepas itu aku telah mendapat tawaran membuat Diploma.. Aku tinggal kan dia dan sekolah itu.. Dan perjalanan kami mula berlainan arah..

Dia sekarang baru tahun dua dalam pengajian ijazah sarjana muda.. Antara perbualan antara aku dengan dia satu setika itu..

*kebetulan jumpa di bank
aku : ai, dari mane?
dia : dari umah dengan akak-akak, akak nak amek duit. Tengah rehat ke? (dia tahu aku keje masa tu)
aku : haah rehat, singah jap.. Tengah cuti ke?
dia : x la..Ada kenduri kat umah, balik 2 hari je, malam ni balik....
aku : oh...naik bus la ek..
dia : haah.. Keje kat kluang je ke? x try mintak keje lain ke? ( dah terasa panas je hati, masa itu aku baru lepas praktikal ..control..control)
aku : Ada gak.. Kalau ada rezeki ada la..Dah banyak mintak kerja tunggu panggil interview je..
dia : Hmmm, tak kan belajar kat johor nak kerja kat kluang je ke?? x nak try keluar johor ke??
Lain macam kita ni, bidang kita belajar banyak kerja kat area kuala lumpur, selangor, johor bahru...

* Keciknya hati tuhan je yang tahu.. Sabar je la..kawan punya pasal..dah lama kenal..
aku : Belum ada rezeki, kalau dapat kat luar johor..kita pegi la..kalau dapat dalam johor..kita terima juga... Kalau ada rezeki tak kemana..

Tamat........
Tengok la time ko nanti, aku akan balas kau2 punya..tunggu je la saat dan ketika itu...


Semalam bersama fida di Restoran Singgah Selalu Danga Bay.. Tempatnya sangat best...

1 comments:

Waniey said...

Linda.. g blog wani.. test ur IQ..