WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Januari 2008 - Pengalaman praktikalku berjalan lancar. Banyak sungguh ilmu dan pengetahuan yang aku timba di Icon Computer. Kak Nurul, fauzi, kak raja, kak ina, kak eja, richard, mis chan, bos dan kaye. Kak nurul sememangnya wanita yang cantik..tak dapat aku nafikan..suka tengok dia..tapi setiap kelebihan pasti ada kelemahan..
Pengalaman yang lalu buat aku trauma dan kesedihan sering kali menerpaku...aku sibuk kan diri dengan aktiviti harianku untuk aku lupakan semuanya...

Februaru 2008 - Sepupuku bertunang. raya cina..aku cuti panjang.yang paling best aku dapat ampau raya cina..hehehe..dan yang paling sedih atukku meninggal dunia..
Air mata kadang-kadang menjadi temanku..Aku sedang kuatkan diri dan perbaiki semangatku yang telah musnah..

March 2008 - Bosku belanja makan di hotel...best ye...hehe..perkenalan aku dengan dia..dan aku telah dipindah ke Mynotebook..Hidupku hampir bosan di Mynotebook..Gaji pertamaku diterima walhal aku masih berpraktikal disini..

April 2008 - Dia ada interview dan aku ada presentation PD pada tarikh yang sama. Birthday aku yang ke 21 tahun..Semoga impian menjadi kenyataan. Aku ada pc fair untuk kedai aku saja..Aku mengisi borang kerja dan survey untuk sambung degree..Aku menghantar kawan abangku nikah di muar.

Mei 2008 - Pertama kali menyambut Hari Buruh.. Aku dan dia still berkawan. 30hb abangku bernikah. 31hb abangku bersanding di belah perempuan. aku juga sibuk untuk mencari kerja..

Jun 2008 - 1hb abangku bersanding di belah keluargaku.hidupku mula bosan.Keputusan sambung degree keluar. Namaku tidak tersenarai.. Aku memohon untuk buat rayuan..

Julai 2008 - Urusan konvokesyenku..Aku dapat masuk U..hehe.tapi malang sekali aku tidak pegi..

Ogos 2008 - Pc fair..Best sangat..Adik nur iman binti shahrin meninggal dunia..sepupu kecikku yang paling aku sayang...Majlis konvokesyenku berlangsung..Aku ke jb..melepas kerinduan kepada rakan-rakan sekolah...Semangat aku kembali berbunga...aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.

September 2008 - Puasa..Aku masih mencari kerja antaranya di UTM, KKM dan macam-macam lagi..aku hidup sendiri dengan kekuatan yang ada pada aku untuk keluargaku...

Oktober 2008 - Hari raya aidilfitri...Aku dapat interview di KKM..bosan teramat sangat di Mynotebook...menanti dan terus menanti...aku bagai nak gila...

November 2008 - Aku dapat interview di UTM..Aku dapat kerja di KKM..Hubungan aku dan dia kembali biasa..pada mulanya aku agak tertekan berada disini..ye la..semuanya baru..perlu ingat jalan..perlu ingat aras..kena belajar naik lif...hidup aku sendiri di sini..semuanya sendiri..

Disember 2008 - Aku masih lagi disini..aku ke Pedu kedah..alhamdulillah..semuanya selamat..amin..aku dan dia seperti biasa..just give n take...

2008 akan melabuh tirainya, 2009 akan menjelma..aku berdoa tahun 2009 akan menjadi tahun yang bahagia unbtuk aku..amin...

3 comments:

naz ilyn said...

salam kenal...

tercatat sebuah memori
di dalam sebuah diari
perjalanan hidup dijalani
terimbau dihujung jemari
terluang kesempatan jejari menari
terlipat menjadi sejarah peribadi

p/s: moga tahun mengganti membawa seribu erti... ayuh singgah ke laman saya...

bB sYasYa said...

wah2..
semuanye dicatat..
bgs2..
aku?ntah ape yg aku bt..
idup sungguh membosankan..
sapekah "dia" itu?
aku xpnh ketahuan ttgnya..
hahahah

As said...

'dia' adalah dia...
hahahahaha