WiddlyTinks.com

Wedding Countdown at WiddlyTinks.com
Perkenalan dengan bakal mak mertua..hehe


Hari jumaat balik kluang.. Dah la hujan lebat sebelum masuk highway…lebat gila wei..Risau betul..

Lepas keluar highway ayer hitam aku singgah kat gerai-gerai beli buah naga untuk bakal mak mertua..hehe.. Seganye wei.. Hujan-hujan renyai tu sanggup redah..hoho

Sabtu tu bersiap pagi-pagi nak gerak pergi kahang timur..Sesampai.. berkenalan dengan mak dia dan adik dia faridah…masih belajar dia uia..23tahun.. Borak-borak kosong.x langsung bertanya serius tentang kami…mungkin x nak ada tekanan ke atas kami.. Lebih banyak borak tentang keluarga dia.. Semuanya baik-baik belaka..Alhamdulillah.. Aku takut x biasa dengan keluarga dia.. Aku yang selalu dimanjakan dan takut untuk manghadapi kesusahan… Ya Allah Ya Tuhanku…sesungguhnya aku bersyukur atas pemberianmu, janganlah aku berasa tinggi diri setiap atas pemberianmu ke atas diriku..amin….




Januari –Masih berada di Putrajaya.. Menghadiri satu interview di Putrajaya..Sangat seronok berada di Putrajaya.. Pemandangan yang sangat cantik…

Februari – Aku telah mendapat 2 tawaran pekerjaan secara serentak.. Kedua-duanya adalah yang terbaik.. Apa harus aku buat.. Sangat keliru…Sangat confius… Satu di Putrajaya dan Satu lagi di Johor..

Mac – Aku telah membuat pilihan dan pilihannya di sini. Telah melapor diri di UTM pada 10 Mac 2009.. Perhubungan kami macam biasa.. Satu msg sent dan satu msg reply..hehe. Dua-dua jual mahal.. Cuba bayangkan setiap hari Cuma berhubung dengan 1 msg..2 hari 2 msg..huhu

April- Hari lahirku yang ke 22tahun dan gaji pertama pada tarikh yang sama..sangat happy.. My sweetheart keluar pada 26hb April 2009..JLN XXXX..hehe..

Mei- Belajar driving bersama my aunty.. Setiap minggu ulang alik balik kluang..Amat memenatkan..

Jun-First time date…

Julai- Perkenalan lebih rapat.

Ogos-Bertugas sebagai Petugas Konvokesyen ke -43 UTM.. Berbuka puasa bersama di Melaka dan BP Mall..

September-Hari lahir dia.. tapi aku x sambut pun..Entah ek.. Dulu beria-ia sambut hari lahir orang lain..tapi kita plak x dihargai…Ai linda awat nya cite hal sedih-sedih..sudah2..hehe..sory… Dia dating rumah..Berkenalan dengan ibuku..hehe

Oktober-Ke Putrajaya ambil barang..Berkenalan dengan adik dia..

November-Beli barang hantaran..Persiapan awal..

Disember-Mengambil kursus kahwin.Persediaan kearah yang lebih baik. Menghadiri temubual Pen Peg IT under CICT UTM.


Your Name

5S

Bagi kepada yang telah bekerja mereka akan mengetahui apa itu 5S..

Mari lihat keberkesanan 5S dalam alam pekerjaan.. No komen..Keceriaan atau keselamatan lebih penting..



Kaunter di salah satu fakulti UTM...


meja staf


Salah satu sudut dalam pejabat..yang pasti bukan pejabat aku..hehe



Bilik Pegawai...

Mengimbau kembali impian aku untuk tahun 2009 ini..ada yang tercapai dan ada yang x..Sekurang-kurangnya aku bersyukur setiap pemberianNYA keatas aku..Amin… Antara yang tercapai : hehe..


1- Pekerjaanku
2- Kereta Idamanku
3- Si dia..jejaka pujaan hati beta..hehe


Azam Tahun baru..2010..


1-Dah abis terus terang la ni..Perkahwinanku..Permudahkanlah Ya Allah..amin..x malu..muda-muda dah nak kahwin..gatal benor ko linda..hehe

2-Cita-citaku..masih belum berpuas hati

3-Muet bila nak amek ni…Sijil muet adalah perlu untuk mendapatkan sijil nikah..hehe (syarat kepada diriku sendiri)

Setakat ini, ni je la kot..hehe




Menarik kan jawatan ni…F29.. Cuma nak cerita betapa susah untuk menjawat jawatan ini..


                 Peringkat Pertama – Temubual


           Peringkat Kedua – Interview


           Peringkat Ketiga – Test IQ

Gler wei..punya la susah..kawan-kawan aku sekali interview dah dapat..mungkin lambat kot rezeki aku..mudah-mudahan.amin..





Kursus yang telah dihadiri selama 2 hari ini sangat banyak manfaat dan sangat menarik sekali.. Sangat teruja untuk mengaplikasikan dalam pekerjaan seharian.. Penceramah yang mempunyai pengalaman serta tidak bosan..


Ringkasan dari kursus ini kami didedahkan kepada penjagaan komputer…bagaimana untuk jadi pengguna komputer yang bijak..pengguna yang menjaga komputer dengan baik bukan hanya scan antivirus sahaja tetapi update windows adalah sangat penting, bagaimana untuk mengetahui history komputer, bagaimana untuk mengesan katalaluan sesuatu seperti katalaluan email,cimbclick..hehe..Jahat ye…

Di kursus ini juga kami didedahkan kepada penggunaan perisian untuk penjagaan komputer seperti :

1-Languard scanner
2-Lanspy scanner
3-Heavyload
4-FreahDiahnose
5-Dan banyak lagi..hehe





 Aku belum cite lagi pasal kursus kahwin la..x de gambar la...rasa rugi plak, nape la x      ambil..hmmm..xpe la..


Pagi-pagi sabtu tu, dia datang ambil aku. Sebelum tu dia ada bagitahu akak dia nak tumpang sekali pergi kerja..Sekali jalan je..Ok la kan.. Dia pakai bj kemeja lengan panjang dengan seluar slack dan aku pakai baju kurung pahang..Bile sampai sane, parking dah penuh itu tandanya orang lain dah ramai sampai.. Aku biasa je..xde rasa pape sebab aku rasa kursus kahwin ni lebih kepada kelas belajar tentang agama dan khususnya hal rumahtangga. Dia cakap dia berdebar..hehe.. Aku duduk 2 baris hadapan dan dia plak duduk depan sekali..hehe..Lambat..Dan penuh..


Kursus selama dua hari ini sebenarnya banyak benda yang aku x tahu. Banyak ilmu..tambah pengetahuan..Bagus..Sangat berguna kepada bakal-bakal suami atau isteri yang ingin berumahtangga..Best dan kelakar.


Aku nak cita ni pasal budak pempuan sebelah aku ini..Ya allah..ya ampun..bukan mengumpat ok..pengajaran kepada aku or orang-orang diluar sane.. Perempuan tu mengandung.. Kalau seseorang itu nak kahwin syarat-syarat yang perlu ada adalah salah satunya sijil pra-perkahwinan.. Budak ini perlukan sijil tu..Dia tebalkan muka ke atau buat-buat selamba.. Aku ingat budak tu sebaya aku..Dia cakap belas-belas..Dan denganbangganya cakap 16 tahun..Bayangkan.. mula-mula memang x perasan dia ni mengandung..dan x percayala kan perut dia buncit..Anggaran aku dia tengah mengandung 6 atau 7 bulan..Bayangkan besar x perut dia..Aku ingat perempuan je cite pasal dia..rupa-rupanya budak-budak laki pun same..Melalui cite-cite ada 2-3 orang yang telah mengandung..Mudah-mudahan aku dijauhkan dari semua tu..Amin...


Hari kedua plak, aku pakai baju kurung pink.. dan dia pakai baju melayu purple...