Pengalaman yang lalu buat aku trauma dan kesedihan sering kali menerpaku...aku sibuk kan diri dengan aktiviti harianku untuk aku lupakan semuanya...
Februaru 2008 - Sepupuku bertunang. raya cina..aku cuti panjang.yang paling best aku dapat ampau raya cina..hehehe..dan yang paling sedih atukku meninggal dunia..
Air mata kadang-kadang menjadi temanku..Aku sedang kuatkan diri dan perbaiki semangatku yang telah musnah..
March 2008 - Bosku belanja makan di hotel...best ye...hehe..perkenalan aku dengan dia..dan aku telah dipindah ke Mynotebook..Hidupku hampir bosan di Mynotebook..Gaji pertamaku diterima walhal aku masih berpraktikal disini..
April 2008 - Dia ada interview dan aku ada presentation PD pada tarikh yang sama. Birthday aku yang ke 21 tahun..Semoga impian menjadi kenyataan. Aku ada pc fair untuk kedai aku saja..Aku mengisi borang kerja dan survey untuk sambung degree..Aku menghantar kawan abangku nikah di muar.
Mei 2008 - Pertama kali menyambut Hari Buruh.. Aku dan dia still berkawan. 30hb abangku bernikah. 31hb abangku bersanding di belah perempuan. aku juga sibuk untuk mencari kerja..
Jun 2008 - 1hb abangku bersanding di belah keluargaku.hidupku mula bosan.Keputusan sambung degree keluar. Namaku tidak tersenarai.. Aku memohon untuk buat rayuan..
Julai 2008 - Urusan konvokesyenku..Aku dapat masuk U..hehe.tapi malang sekali aku tidak pegi..
Ogos 2008 - Pc fair..Best sangat..Adik nur iman binti shahrin meninggal dunia..sepupu kecikku yang paling aku sayang...Majlis konvokesyenku berlangsung..Aku ke jb..melepas kerinduan kepada rakan-rakan sekolah...Semangat aku kembali berbunga...aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.
September 2008 - Puasa..Aku masih mencari kerja antaranya di UTM, KKM dan macam-macam lagi..aku hidup sendiri dengan kekuatan yang ada pada aku untuk keluargaku...
Oktober 2008 - Hari raya aidilfitri...Aku dapat interview di KKM..bosan teramat sangat di Mynotebook...menanti dan terus menanti...aku bagai nak gila...
November 2008 - Aku dapat interview di UTM..Aku dapat kerja di KKM..Hubungan aku dan dia kembali biasa..pada mulanya aku agak tertekan berada disini..ye la..semuanya baru..perlu ingat jalan..perlu ingat aras..kena belajar naik lif...hidup aku sendiri di sini..semuanya sendiri..
Disember 2008 - Aku masih lagi disini..aku ke Pedu kedah..alhamdulillah..semuanya selamat..amin..aku dan dia seperti biasa..just give n take...
2008 akan melabuh tirainya, 2009 akan menjelma..aku berdoa tahun 2009 akan menjadi tahun yang bahagia unbtuk aku..amin...
Hmm.. Hari ini aku bekerja seperti biasa. Sabtu lepas ibuku menelefon aku dia kata aku ada mendapat surat interview kerja di perbadanaan putrajaya 7hb januari tahun depan. Aku tidak teruja sangat cuma ingin mencari pengalaman menghadiri interview. Aku cuma menanti dan mengharapkan sesuatu. Harap-harap tahun depan.. Kalau ada rezeki tidak ke mana.. aku akan sentiasa berdoa untuk pengharapan aku. Aku tiada contoh di atas aku.. dan aku akan menjadi contoh untuk adik aku..amin..
hidup ini hanya sementara
itu janji tuhan untuk hambanya
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
mungkin kita biasa dengar
tapi kita jarang amalkan
itu lumrah kita sebagai manusia
manusia itu ertinya lupa
bila ia teringat hanya keampunaan sahaja yang layak untuknya...
6.30 pagi - Baru aku bangun dari tempat beraduku
6.45 pagi - Sembahyang subuh
6.55 pagi - Pakai baju and make up sikit2..
7.10 pagi - Waiting Nadi Putra's bus..komplek ABCDE..
7.25 pagi - Sampai Komplek E..Kalau jam lambat sikit la aku sampai..
jalan ke office dalam 5-6minit
7.35 pagi - Punch Card..merah!!hehe..sebab aku masuk pkul 8..
7.40pagi - Beli sarapan kat bawah denigan kak wan.pilih-pilih..kuih
muih, nasi lemak, mee goreng dan nasi campur pun ada..
8.00pagi - Makan sambil start kerja..
8.30pagi - Online kalau tak ada kerja..
9.30pagi - Still online kalau tak ada kerja..Kalau ada kerja buat la..
12.50tgh - Bergerak bersama kak wan untuk beli makan tengahari..
1.00tgh - Balik dari cafe.. Makan dimejaku bersama kak wan..Kami
bungkus je...
1.50ptg - G solat zohor..
2.15ptg - start kerja balik..
5.00ptg- Sepatutnya aku sudah punch card untuk pulang ke rumah..
Still online..hehe
5.20ptg- Balik!!
5.50ptg- Sampai umah..
6.10ptg- Solat asar.
6.20ptg- Basuh kain, mandi, masak.(kalau rajin)huhu..
7.30mlm- Solat magrib..
8.00mlm- Tengok tv.
9.50mlm-Iron baju untuk esok
10.30mlm-Time to sleep
Siapa kita?
Persoalan?
Kita insan yang tercipta bukan untuk
menilai setiap daripada kita..
Bukan untuk mencari terbaik
Bukan untuk mencari kesempurnaan
dalam yang tersempurna..
Kita tercipta atas saling memerlukan...
Bagi Adam dan juga Hawa..
Dimana ada Adam, disitu juga ada Hawa..
Benar kau perlukan aku?
Jangan biar aku sendirian..
kucup dahiku..
peluk erat bahuku...
akan kujunjung kau sebagai
pembimbing dunia akhiratku..
Jangan lepas tanganku..
aku takut jalan sendirian...
yang benar
Aku sangat perlukan kau!
Dimana kau....
akuyangsedih
-adnilsa-
8.34pm
14/12/2008
Pangsapuri putra harmoni
ia ada, usah nafikannya..
aku cuba hilangkannya dan jauhinya..
aku tidak yakin aku mampu..
tetapi aku telah cuba...
perasaan yang wujud ini tidak mampu aku bendung...
akhirnya aku tewas..
aku korbankan diri aku sendiri untuk
satu perjuangan yang belum pasti..
tapi dahulu kau tahu apa yang aku tahu..
rasa hormat ini kian menebal sebagai insan manusia..
kita kian menjauh..
air mata menjadi taruhanku sekali lagi..
tapi untuk apa kau mendekatiku lagi...
jangan beriku harapan kerna
kau tahu apa yang aku tahu..
sebab itu kau kuanggap teman biasa...
kucuba kawal apa yang aku rasa..
aku takut aku rebah jua..
aku tidak pasti pada apa kesudahan kita..
kau tahu apa yang aku tahu bukan?
kau rasa apa yang aku rasa bukan?
aku rela kau pergi sekali lagi...
jangan hampiri aku lagi..
jika kau benar-benar ikhlas demi aku..
tunggu aku..
aku akan setia pada kau..
itu janji aku..ya!!
janji aku untuk kau....
-adnilsa-
8 Dis 2008
11.43pm
kluang johor.
Sebelah aku tu la Cik Nadia. Time kasih ye... Lain kali belanja lagi..huhuhu..
Abg Zukeri.. cute and funny..hehehe..i like!! tapi dah kahwin tau..hahahaSusah untuk aku gambarkan apa yang aku rasa sekarang.. Aku disini tak akan korbankan agama aku lagi.. tidak akan sama sekali!! itu yang aku paling jaga selain maruah aku..
Doaku semoga ALLAH merahmati setiap perjalanan hidupku disini..amin..
Semoga hubungan silaturahim ini berputus sampai kita mati!! Amin
Mejaku yang kosong pada minggu pertamaku bekerja..
Pagi semua..=) hehe.. Hari ni mood baik.. Semalam aku punch card merah 8.01 pg. Hari nie ok.
Semalam petang aku dah pindah rumah. Sedih gak tengok bilik aku sebab tak ada apa-apa..Aduh. Tapi x kesah la asalkan itu bilik sewa aku sendiri malas la nak tumpang-tumpang rumah orang memangla diorang tak kata apa tapi faham-faham sendiri la..
Hari ini aku bangun awal dan gerak awal. Kunci rumah hari ini aku dapat.. Aku tunggu bus dengan akak rumah itu sebab kami menuju tempat yang sama Komplek E. Pastu dia ke KPM aku plak Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku tak tunggu Noly or Kak La sebab aku belum ada pas lagi. Pagi tadi aku masuk terus ke kaunter mintak pas pelawat ditukarkan kepada lesen memanduku.. Berani tak berani aku naik je lif..Tekan butang 6. Pintu lif terbuka dan aku keluar lalu pintu utama, punch card dan menuju ke mejaku..hahaha.. Hari yang cukup memgembirakan.. Aku makin berani..Semua OK..tu la aku perlukan masa..berdikari ok??OK!!
Ok la aku nak start kerja dah ni..daaaa.. Lain kali aku show kat korang pict office aku k..
Perubahan yang berlaku perlukan pengorbahan untuk aku, aku pun tidak tahu kenapa dan bagaimana ia berlaku.. Kawan aku itu, dia dengan hidup dia dan aku dengan hidup aku.. Sama-sama dah besar ada haluan masing-masing, cuma aku perlu berhati-hati dalam pengatur perjalanan hidup ini. Aku tidak mahu menyesal dikemudian hari.
Semalam semuanya berlaku, DIA menguris perasaanku, kata-katanya cukup buat aku mengalir air mata tambah lagi persekitaraan baru untuk aku. Aku perlu ingat jalan, aku perlu ingat bus, aku perlu ingat aras-aras dalam bangunan ini dan aku takut naik lif. Tidak lama lagi aku akan berpindah. Banyak yang perlu aku fikirkan. Aku perlukan masa untuk semua ini. Aku perlu masa!
Untuk kawan-kawan yang sudi bagi sokongan untuk aku.. Terima kasih ye, aku benar-benar menghargainya..
Untuk DIA, biar masa yang menentukan semuanya. Aku serahkan semuanya pada ALLAH S.W.T. Ery ada kt kajang, dia ada kursus kat sana.. Kecil betul dunia ni..
Aku akan belajar hidup sendiri!!! Hidup berdiri di kaki sendiri tanpa perlu sesapa pun.. Aku akan sentiasa panjatkan doa semoga aku selamat tanpa keluarga disisi..
* Doaku semoga impianku mendahului segalanya sebelum perkara lain berlaku..amin..
Hari ini aku telah lapor diri untuk bekerja disini. Aku bakal menjadi warga putrajaya. Esok malam aku akan duduk di rumah sewa aku beralamat G-T3-U1, Presint 11 Putra Damai. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku berdoa apa sahaja rintangan yang bakal aku laluan bakal aku tempuh dengan kesabaran..
Aku belum tahu lagi aku berada di unit mana. Kejap lagi kot, pegawai yang uruskan aku tu busy.
Dia muncul lagi dalam hidup aku buat kali ini. Dia tahu aku suka kat dia. tapi mengapa begini..
Ya Tuhanku, apa harus aku lakukan.. napa perasaan ini harus begini.. Jangan air mata jadi taruhan lagi.. Doaku.. Jika benar kau jodohku, dekat kan dia padaku Ya ALLAH, sekiranya dia bukan jodohku jauhkan dirinya dariku Ya ALLAH..
Semoga impian dan cita-citaku mendahului segalanya sebelum perkara yang lain berlaku..Amin..
Hari ini merupakan hari terakhir ku disini dan tidak akan ada lagi aku disini, aku tidak perlu disini lagi.. masa aku telah berlalu..
Hari ini ramai customer. Penat la juga. Angkat berkotak-kotak printer. Service yang banyak. Hari ini dapat jual 2 laptop belum yang survey lagi dan beli aksesori. Hari pelanggan yang cukup memberangsangkan cuma aku tak cukup tidur. Semalam tetamuku dari UTHM datang. Norin yang pertama kali menjejak kaki dirumah usang ko dan juga Jaja. Borak dengan jaja sampai lewat malam, esoknya pula hantar jaja seawal pagi.. Sakit kepalaku belum hilang..
Kenanganku di MyNotebook..
barangan LOGITECH yang cukup MAHAL!!!. QuickCam Pro For Notebooks Image-perfec detail and clarity..
Selamat Tinggal MyNotebook...
Lemas!!!
Panggilan dari noly.. Aku dapat keje di putrajaya itu.. 7 October lepas, aku pergi sana untuk interview keje. Baru hari ini dapat.. ok la tu..tak sia-sia duit tambang aku..hehe
Cuma aku tak biasa kat sana je la.. Entah la..tempat orang mana nak sama dengan tempat sendiri..
Nie, aku berkongsi sama coretan diari hidup aku..
* Selamat tinggal Kluang, relakan aku pergi dari sini..
* Semoga rezeki dan kejayaan berpihak kepada aku..amin...
Perlukah selamanya begini, biar masa menentukan segalanya. Bukan jarak menghalang persahabatan ini, bukan masa menjauhkan perhubungan ini.. Kita masih muda, masih ada cita-cita, masih ada impian untuk digapai, ada tanggungjawab yang belum selesai. Hidup baru setahun jagung, cukup berani bercerita tentang kehidupan. Aku belum bersedia. Biar semuanya begini.
Aku suka kau sebagai kawan aku!!!! ya!! itu yang benar..Walaupun kita jarang berhubung tapi kau dan aku adalah satu jodoh. Aku percaya itu jodoh.. Kalau tidak tak mungkin semua ini berlaku..
Kenapa mesti kau ye??? Pasti ada hikmah disebalik segala-galanya berlaku..
Maafkan aku tentang perkara yang lepas...Semoga ianya menjadi asam garam persahabatan ini kerna aku terlalu sayang akan perhubungan ini..Sungguh!!
Doaku semoga impianku mendahului segala-galanya sebelum yang lain berlaku...amin..
makin lama aku disini, aku makin lemah, aku makin tidak bermaya, aku makin tidak bernafas dan yang pasti aku makin gila=(
Tentang semalam, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga rezeki berpihak kepada aku.
Cuma aku ingin berkongsi satu kejadian kepada sesape yang sudi melawat teratakku ini. Masa aku balik dari utm itu, aku naik teksi. Okla kan memandangkan aku bukan tahu sangat tentang jalan-jalan di bumi johor ini. Bagi aku, aku bukan jenis memandang rendah pada sesorang. Aku lebih suka berbudi bahasa kepada seseorang itu atau lebih tepat sekali reti hormat orang!!!
Aku amat hormat dia sebagai pemandu teksi dan lebih berusia dariku apatah lagi dia pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Kalau la pakcik ini ambil MUET, pasti dia layak mendapat band 5, pada pandangan aku la. Tapi dia amat bangga dengan diri dia sendiri. Itu paling aku tak berkenaan. Tidak perlu bangga dengan diri kita, setiap manusia pasti ada lemahnya. Pada mulanya aku sangat kagum dengan dirinya, tapi dengan sikapnya yang agak berlagak, buatkan aku meluat apatah lagi hilang langsung rasa kagum dengan dirinya yang pandai berkata-kata. Aku hormat dia hanya kerna dia lebih berusia dariku. Berdasarkan apa yang aku amati, cara dia cakap MACAM pada satu ketika dulu ada seseorang pernah memandang rendah kepadanya. Tapi yang pasti bukan aku.. Tapi yang menjadi mangsanya adalah aku..
Orang macam tu x layak untuk dikagumi tapi menjadi bahan ketawa orang lain ada lah..Buat sakit otak je untuk dipikirkan. Untuk pakcik semalam.. Bukan pakcik sorang je yang baca THE STAR!! Saya pun sama tau!!!!!!!!!!!!!!
Biar ombak masa laluku,
Jangan gelombang masa depanku,
Aku berdebar..sejak dari 2-3 ari ni..aduhh....nape harus begini??Ya ALLAH bantu la hambamu yang lemah ini..berikan lah sebaik-baik petunjuk kepadaku..aku yang merintih sendiri..memohon pengharapanMU..
Entah la..pertama kali aku mendapat surat temuduga kerja..aku suka!! sudah semestinya..tak sia-sia resume2..sijil2 dan surat permohonan yang aku print berhelai-helai dan gambar pasport yang entah keberapa kali dah aku cuci..akhirnya berhasil..Hari pertama tidak la berdebar..langsung tak ambil pusing tentang surat temuduga tu..Tapi hari ini merupakan persiapan untuk hari esok..aduhhhh...bagaimana ye menempuh hari esok..hari esok yang tinggal beberapa jam lagi..adduhhhh...
Aku dah beli ticket bus.KKKL. Jam 10pg. Single Seat. Tempat duduk ke-3. Harga RM9.80. Sebenarnya hari ini pun aku ada interview kt Cosmopoint Johor Bahru. Aku tak pergi, nape la orang Cosmopoint tu call aku..mengharap aku keje dengan dia ke??? Tetiba je petang ini pak cik aku call, dia cakap esok dia keje kat johor gak..nak tumpang dengan dia x???aduhhh..padahal aku sudah beli tiket..bagaimana lagi ye...
ahhhh..balik ini buat muka tak malu je la...jual balik kt kaunter KKKL itu..Entah diorang nak ke x nak ye...Esok adalah MISI seterusnya..Seawal 7 pagi, aku mesti telah bersiap..Mampu kah aku..sudah lame aku tak mandi seawal pagi itu..apatah lagi untuk bersiap..alaaa...untuk sehari dalam setahun je linda...=)...ok2...mesti boleh punye..first interview kt Cosmopoint JB sebagai trainer..kemudian petang itu ke UTM...
Interview yang kt utm tu aku berdebar...bagaimana ye...apa soalan dia akan tanya ye..Database ke??Coding PHP ke?? MySQL ke?? Coding VB ke?? Joomla ke??
Bagaimana hari esok untuk aku ye..Aku mengharapkan yang indah itu untuk bakal menjadi milik aku..tapi aku hanya khalif yang kerdil dimuka bumiNYA, yang tidak layak untuk memilih....apatah lagi meminta.
Walaupun kejadian ini berlaku kurang dalam 10 minit tapi bagi aku pengajarannya cukup banyak..Aku tak nak jadi macam akak tu..Aku x nak jadi pempuan kampong yang hanya mengharap dan bergantung pada suami. Aku akan bergantung pada diri aku sendiri!!! Lelaki?? Mengapa perlu begitu ye???
Aku suka cite ini sebab heroin nya cantik ya ampun!!! Pastu ada lagu dan tarian..ala-ala hindustan gitu..hohoho..Pastu suara heroinnya merdu nyaaa…Mungkin kena dengan jiwa aku kot, remaja, suka tengok dress up diorang, suka tengok gaya diorang, semua tentang cite ini aku suka tengok..
Aku bagi 3.9 bintang..huhuhu..macam ada something kurang untuk cukupkan 4 bintang..hihihi
Cun kan gambar diorang??????????
mati la aku..dah lame aku tinggalkan study ni..ni kena study balik.
aku ingat dia x nak guna, nape la tetiba baru cakap...
aku mintak masa sampai bulan Disember tahun ni..
Insyaallah aku sedaya upaya untuk siap kan..
Lagi satu mungkin sampai akhir tahun ini juga aku kerja kat sini, aku nak benti..
ye..aku nak benti!!!
1- Bagi aku, aku ini istimewa.( hahaha..) ye la mane lagi hendak jumpa orang bernama Raja Aslinda Binti Raja Muhammad di dalam dunia ini.hehe..
2- Hidup ini tak selalunya indah..perjalanaan hidup seseorang itu pasti ada onak dan duri, begitu juga aku. Suka atau tidak kita kena menghadapinya tapi itu semua terpulang pada individu itu untuk menghadapinya secara positif atau negatif. Kenyataan pertama untuk aku hadapi seusia 8tahun, aku telah kehilangan insan bergelar ayah..dia meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Cuma ada satu perasan sampai sekrang yang aku tidak tahu bagaimana untuk terangkan perasaan itu tetap ada..bila aku melihat seorang ayah dengan anak perempuannya berada depan mata aku..air mata ini terlalu mudah untuk mengalirkan. Aku juga terlalu rindu untuk salam cium tangan seorang ayah..mungkin ayah mertua kot nanti..hehe…Kenyataan Kedua, itu semua kenyataan hidup aku sendiri first time aku tinggal di asrama pada usiaku 16 tahun, lepas tingkatan 3. Aku betul-betul belum membiasakan diri tinggal di asrama walaupun telah setahun berlalu. Pada masa yang sama juga 4 Perdagangan 3, merupakan kelas yang tercalon sebagai kelas harapan. Aku betul-betul rasa tertekan, bagi aku pelajar-pelajar kelas itu bukan dikalangan pelajar pandai tetapi mereka semua berusaha untuk menjadi seorang yang pandai termasuk aku. Terlalu sengit persaingan di kelas itu, aku betul-betul rasa tertekan. Bagi aku selama 2 tahun aku disana, hidup aku betul-betul focus pada pelajaran. Dan sampai sekarang pesaing-pesaing aku adalah dikalangan mereka semua tapi mereka semua tidak pernah tahu. Aku tetap juga hendak berjaya. Kenyataan Ketiga ialah..hehe..malu nak bagi tahu..gagal dalam percintaan.Stop!! x boleh cakap lebih-lebih.huhuhu..Sebab itu juga aku ambil masa setahun untuk pulih..Sebab itu juga merupakan tekanan besar dalam hidup aku, Cuma aku simpan dalam hati je..hohoho..kesannya pada diri aku sendiri..muka aku abis tumbuh jerawat..hohohoho…
3- Aku merupakan ahli taekwan-do bertali pinggang biru..mesti korang tidak percaya kan??huhu..tapi itu la kenyataan nya.aku sertai taekwan-do semasa di tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Latihan aku pada hari ahad jam 8pagi hingga 10pagi..Budak-budak taekwan-do ini selalu ponteng duty asrama..hahaha..sebab masa duty asarama itu kitaorang semu ada latihan..
4- Nak kata aku kesal..bukan juga..mungkin aku serba salah..memilih salah satu antara dua pilihan yang baik..Pertama taekwan-do merupakan minat aku.sukar untuk aku gambarkan..aku terlalu minat tentang sukan itu..Bagi aku sukan itu dapat meningkatkan keyakinan diri sebab kita akan berasa selamat dan tahu mempertahankan diri apabila kita diserang. Kata-kata perangsang dari jurulatih aku sendiri.Sir Sallehudin memang banyak membantu meningkatkan minat aku dalam bidang ini. Berbalik pada perasaan serba salah tu kan..hehehe..Sebenarnya beberapa minggu sebelum spm menjelang aku kena buat dua persediaan iaitu untuk membuat latihan menghadapi peningkatan tali pinggang hitam atau spm..Aku kena memilih salah satu antara dua sebab aku tidak mampu memikul keduanya sekali. Aku memilih spm tapi minat aku sampai sekarang tidak pernah luput mengenai taekwan-do walaupun sedikit..Kalau ada rezeki Insyaallah tali pinggang hitam dalam genggaman aku. Satu lagi perkara yang membuat aku serba salah.. Tawaran untuk aku meneruskan pengajian ke UPM dalam jurusan Sains Komputer major rangkaian computer terpaksa aku lupakan.. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya bukan..begitu juga aku..minat untuk belajar tetap ada, tapi aku takut akan masa, aku perlu membalas jasa ibuku..sebab masa tak pernah kenal aku langsung..dan aku tidak dapat menjangkakan masa itu bagaimana..
Kalau masa itu kenal aku, tidak mungkin seusia 8 tahun aku kehilangan seorang ayah!!!
5- Bagi aku, aku seorang yang mempunyai sikap yang baik..hahahaha..tak boleh cite lebih-lebih..nanti orang cakap aku perasan..hohohoho..dan aku kurang senang mempunyai sikap itu, bukan apa tanggapan setiap orang berbeza-beza bukan. Mungkin dengan sikap aku itu, diorang menganggap aku ini lemah, aku ni tak berani, aku ini penakut, aku ini tidak bergantung pada diri sendiri. Aku bersyukur setiap perjalanan hidup aku ia mematangkan pemikiran dan cara hidup aku.. Cuma satu je korang semua tidak tahu tentang aku. Kalau seseorang itu buat baik pada aku, 10 kali ganda aku akan buat baik pada korang tapi kalau sekali korang buat jahat kat aku, 10 kali ganda aku buat jahat kat korang..hehe..Tapi insyaallah selagi hati ini dibaluti keimanan tidak mungkin kejahatan bermaharajalela..=)
6- Kelemahan aku adalah keluargaku..mak dan adik kesayanganku..
7- Ada satu benda buat aku takleh lupa tau..Geram la juga bila ingat-ingat balik, dulu masa aku sekolah rendah, sek menanggah cikgu-cikgu aku selalu cerita tentang universiti tentang sekolah asrama..Pastu aku ingat untuk masuk universiti kena masuk asrama. Lepas PMR aku bersungguh nak masuk asrama sebab nak masuk universiti. Bila dah besar ini tidak ada lah istilah macam itu Cuma tanggapan aku je masa kecil-kecil dulu..huhuhu. Tak apa lah jadikan itu sebagai pengalaman hidup untuk mendewasakan diri.
8- Aku dibesarkan dalam keadaan yang cukup sederhana.., aku tak pernah tak cukup makan, aku tak pernah tak cukup pakaian. Semuanya ada dalam keadaan sederhana, Betul cakap mak aku dan aku juga percaya kata-katanya. “Keluarga orang lain yang mak dan ayah mereka ada nape mereka lebih susah dari aku padahal aku hanya ada sorang mak. Dialah ibu dan dialah bapa.” Aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada, dan aku akan doakan kesejahteraan dan kesihatan ibuku selagi nyawaku dikandung badan.
9- Aku anak keturunan raja..Ya aku anak raja. Cuma aku kurang pasti tentang salahsilah latarbelakang keturunan keluarga arwah ayah.. Insyaallah kalau ada rezeki dan berkesempatan aku sendiri ingin mengenal dan mengkaji salahsilah latarbelakang keluarga arwah ayah. Cuma yang aku ingat aku pernah pergi kelantan sekali setahun sebelum arwah ayah meninggal dan selepas ayah meninggal kami semua terus putus hubungan dengan keluarga disana.
10- Dan akhir sekali tentang aku, aku Cuma manusia biasa yang ingin menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini. Aku seorang yang berjiwa seni. Aku suka akan karya, aku suka akan penulisan, aku suka akan pembacaan, aku suka akan kehidupan.
Aku baru bangun nape perlu jatuh lagi
Tidak!!! itu semua tidak akan berlaku selagi aku hidup…aku kuat..ye aku kuat..
Aku tak akan kalah lagi, aku tak akan menyerah lagi. Hidup perlu diteruskan walau apa pun berlaku. Setiap masalah pasti ada penyelesainya. Hidup ini jangan sesekali lari dari masalah sebab esok lusa bila masalah itu mendekati kita, kita akan jatuh sebab tidak tahu menghadapinya. Belajar menghadapinya walaupun air mata menjadi taruhan..
Aku tak akan kalah lagi, walaupun aku tak menang..itu yang pasti..
me : kak smlm kita g survey kebaya nyonya..lawa la..harga dia rm29+ sampai rm35+ kalau nak adjust bj, kena tmbah rm15..kt situ ada fitting room
k.nurul : ai..hari tu aku tengok x la mahal macam tu..dh naik harga ke? ada lagi stok ke stok baju? lawa2 x?
me : lawa..tp seksi la kak..
k.nurul: pe la ko ni...seksi tu la cantik..ko try ke?
me : seksi sangt la, x mau la..jarang sgt..kena pakai tiub..
k.nurul : orang ada body lawa la
k.nurul : baru cair beb orang tengok..
coretan perbualan aku dengan kak nurul........
Semalam plak, geram gila aku dengan jackie dah la lambat gila buka pintu, penat aku tunggu kat luar tu..eeeegghhh!!!! rasa nak patah kaki...tapi pape hal pun terima kasih ye, teman aku kat sini kalau tak aku x de kawan la..huhuu..
Hari ini, hehehe..alhamdulillah.baru buka kedai dah ada customer, pastu ada 3 mamat askar plak datang, salah satu tu customer aku..aku suka kat dia..hehehe..tapi dia dah kahwin, aku suka kat dia sebab dia suka buat aku ketawa..hehe..dia tu gila-gila sikit..cute la dia tu..comel..sukanya aku kat dia..so sweet..perwatakan dia yang selamba buat orang yang berada di sekeliling dia happy je..aku ingat dia dah lupa nama aku..rupa-rupanya ingat lagi...so sweet la ko yan...huhuhu.petang ni plak aku menyampah dengan customer ini sorang..x paham bahasa..pastu boleh plak panggil aku baby...naik meluat aku..geli!!!!!!!!!!!!aku harap ko jangan datang lagi..aku tak suka kat ko!!!
Semalam kak farah nak jumpa aku, dia turun kluang. Sebenarnya dia nak bagi aku hadiah konvo..hehe..dah lame kak kita konvo..baru sekarang nak bagi.
Pagi ini time aku tunggu bus, aku jumpa someone.aku ingat dia.Jxx 3189. No plat kereta dia. Hmmm..Kenal dia satu pengalaman manis buat aku dan aku pun tak mengharap apa-apa yang lebih dari itu sebab sekarang aku betul-betul focus pada matlamat hidup aku. Dia..mengajar aku erti kedewasaan dan kematangan, biarlah semua macam ini, walaupun kadang kala aku teringat akan kau..khir..selamat hari lahir..semoga kau panjang umur dan murah rezeki dan juga semoga kau cepat temu jodoh..amin..
Jawab Ibnu Abbas ada tujuh kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia iaitu:
1- Hati yang selalu bersyukur - Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."
2- Pasangan hidup yang salih - Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.
3- Anak yang salih - Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."
4-Lingkungan kondusif untuk iman kita - Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.
5-Harta yang halal - Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus," kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan." Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.
6-Semangat untuk memahami agama - Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.
7- Umur yang berkat - Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.
Episod pertama aku tengok drama ini, Cuma berkesempatan selama kurang daripada setengah jam (<30 minit) selepas tu aku masuk bilik, bukan sebab ngantuk tapi sebab takut. Hehehe. Episod kedua kurang daripada 10 minit, tv tu dah dimatikan. Aku tak tau macam mane aku boleh tersuka drama ini. Nasib baik aku boleh tengok semula drama-drama episode awal-awal kat website tv3. Time kasih tv3. Sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ini. Tentang agama islam yang indah, tentang makhluk2 ghaib, tentang iman dan terutama sekali tentang manusia. Drama ini juga banyak beri pengajaran kepada diri aku sendiri.. aku yang sering lalai dan alpa tentang tanggungjawab sebagai hamba, yang kadang-kadang melanggar perintah dan suruhan NYA. Yang lupa asal usul kejadian aku. Hamba kepada NYA..
Semalam episode 9, tinggal lagi 7 episod semuanya. Harap-harap aku sempat mengetahui kesudahan drama ini. Yang baik aku ambil sebagai pengajaran hidup aku dan yang buruk aku jadikan sempadan hidup aku. Aku teringin kata-kata ustaz aku dulu masa aku disekolah agama, darjat manusia ini kadang-kadang lebih mulia atau lebih baik dari darjat malaikat, dan kadang-kadang lebih hina atau lebih teruk dari seekor anjing. Itu semua terpulang dan terserah pada kita. Beristiqamah pada jalanNYA..
Rindu nak makan ikan talang..hehe..banyak-banyak makanan kt pedu tu..ikan masin tu gak yang aku mengidam..nyum..nyum..hehe..dah la buat terliur aku je..rindu bendang pak yang luas terbentang tu..cantik gila permandangan kat sana kat sini habuk je yang banyak..aku naik rimas..Ada satu lagi yang aku teringat..kerbau pak..besar gler…mengalahkan 3-4 kali lembu…ada ke first time dia jumpa aku..dia nak kejar aku..giler punye kerbau!!!.x pasal-pasal aku kena menyorok disebalik pokok…bengong punye kerbau tu!!!..aku rase ko dah kena sembelih kan masa abang long kahwin ari tu kan…tu la padan muka…hahahaha..tu semua tinggal kenangan…satu masa dulu cerita tu berlaku..dan tak akan berulang lagi..Cuma untuk di ingat je..
Tadi bos aku suruh cari perbezaan mouse Logitech..aduh..susah ye…name mouse ini VX Nano Cordless Laser Mouse and V450 Nano Cordless Laser Mouse. Harga VX tu RM299 and V450 tu RM169. Nape la barang-barang Logitech ni mahal-mahal. Ada ke orang nak beli..hehe.. Pape pun perbezaan pertama yang telah dapat dikenal pasti berdasarkan percarian di internet..huhuhu..ada teknologi guna la. Pertama dari segi material. Material VX ini lebih baik berbanding V450. Kedua dari sedi design, design VX ini direka untuk tangan kanan sahaja dan V450 untuk kedua-dua tangan. Ketiga VX ini mempunyai function buttons iaitu forward and back buttons manakala V450 tidak mempunyai function buttons. Keempat VX mempunyai hyper fast scroll berbanding V450. Kelima VX menggunakan bateri 2 AAA manakala V450 menggunakan bateri 2 AA. Bezanya 2AAA adalah lebih kecil berbanding 2AA. Persamaan antara kedua-duanya, pertama dua-dua wireless mouse, kedua plug and forget Nano receiver. Bermaksud dia punya peranti sangat kecik berbanding wireless mouse yang lain. Ketiga dua-dua barang Logitech dan keempatnya warranty selama 3 tahun..